Follow me~

18 November 2012

Larian Pesta Konvo USIM

Assalamualaikum wbt..

Haha. masih tak percaya ! Tindakan drastik yang dilakukan semalam akhirnya telah berakhir. Aku menyertai pertandingan larian Pesta Konvo USIM. tak pernah-pernah aku join pertandingan camni. First tyme ni dan aku harus bangga kot.

Mula-mula daftar bawah kategori pelajar wanita USIM, tapi tukar ke kategori wanita terbuka di saat akhir. sebabnya kategori student mencecah 135 orang, yang terbuka hanya 10 orang. Hehe. Pagi tadi berlari la sepanjang 7 kilometer mengelilingi USIM. pergh ! sangat terbaik. letih la jugak. tapi aku non-stop berlari even tak dapat nak pecut mane. kawasan USIM banyak berbukit. mane la larat aku nak berlari.

Kategori bebas disertai orang luar. jadi, takdelah harapan nak menang first and second prize. giler laju kakak tu lari. mcm ala-ala tentera, tak pun polis. konsisten. tu dah dua orang. kompem dorg menang. yang depan aku pulak, sorang perempuan lari pun agak laju. tak terkejar aku. ingatkan staf USIM, rupanya dak palapes. dari sepanjang larian tu, aku tahu kedudukan aku yang keempat. so aku konsisten lari untuk dapatkan tempat keempat. huhu. kak Amal partner silat pon join gak. dia dapat tempat kelima. seiringan berlari walaupun mula-mula aku tinggalkan dia. tapi at last, dye leh kejar aku kat kawasan bukit. nak sampai garisan penamat, aku pecutlah sehabis boleh. Hehe.

Ingatkan hadiah sampai tempat ketiga, rupanya keempat dan kelima dapat juga. jadi, aku dan kak Amal dapat naik pentas la amik hadiah. suke3.


sejurus habis lari. senyum walau penat =)

budak silat yang join

yeay ! menang. walau no 4. hihi

16 November 2012

hanya Dikau sahaja yang memahami

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ini untuk terus bernafas di tahun baru 1434 Hijrah. Syukur ya Allah.

Sekarang ini, sedang meniti minggu yang agak mencabar bagi semester ini, aku dalam keadaan yang sangat serabut memandangkan banyak lagi tugasan akademik yang terbengkalai. Tambahan lagi kekangan waktu yang perlu dibahagi-bahagikan antara komitmen latihan silat dan pembelajaran.

Sebelum dua minggu ini, aku tidak terasa bahangnya. Tapi bila mendapat tahu bahawa aku perlu menghadiri latihan pusat pencak silat ke Asean University Games pada 19-23 November ni. Rasa terpana dan terkaku sekejap. Sebabnya, aku hanya berbaki seminggu sahaja untuk siapkan tugasan sepanjang 24 Nov-1 Disember sebelum aku kembali ke latihan pusat sepenuhnya dan terus terbang ke Laos bagi kejohanan pencak silat pada 2-23 Disember 2012.

Menjadikan diri ini tersangat ralat, disebabkan dua subjek yang belum dihadiri oleh pensyarahnya kerana menunaikan haji. Untuk semester ini, aku belum bertemu dengan beliau. Minggu pertama dan kedua kuliah, aku tiada kerana kejohanan silat. Bila minggu ketiga aku balik, beliau pula ke Mekah dan sampailah sekarang, sebulan setengah tidak bersentuh apa-apa bab bagi dua subjek di bawah beliau. Minggu depan beliau hadir, tapi aku pulak ke latihan pusat. Dan setelah aku balik nanti, aku hanya tinggal seminggu untuk mendapatkan segala-galanya. Tugasan? Aku tidak tahu bila dapat disiapkan bila dah masuk latihan pusat nanti. Terasa di awang-awangan kerana aku tidak mampu untuk memikirkan bagaimana keadaannya.

Habis kejohanan di Laos, sudah berada di study week. Yang tersangatlah pasti, aku tidak dapat belajar apa-apa untuk dua subjek itu. Dan, bagaimana aku nak menjawab soalan final exam nanti. Midtem test? Bila? Sungguh, Aku senak memikirkan.

Ya Allah, aku tahu Engkau telah menetapkan yang terbaik buat diri. Engkau cekalkan hati ini supaya aku tidak memutuskan perasaan kebergantungan kepada Engkau.

Tiada yang mampu memahami diri ini disaat ini, hanya Engkau Ya Allah. Bantulah diri ini.

Risau..result semester ini akan merudum jatuh. Dan pasti aku perlu untuk melakukan sesuatu jika kemungkinan ini menjadi kenyataan. =(

01 November 2012

korban & ziarah

Assalamualaikum wbt
Syukur walhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Korban kali ini, diri ini masih diberi ruang dan peluang untuk menziarahi dua buah kampung orang Asli di nun Hulu Selangor.

Bermula tahun lepas, ini adalah ziarah kali kedua bagi hari raya korban di KOA Kg Tun Razak, Kuala Kubu Bharu. Majlis korban yang diadakan pada hari Isnin baru ni mendapat sambutan oleh masyarakat orang Asli beragama Islam disini. Tapi, malangnya aku sampai lewat dan majlis telah pun berakhir, namun kemeriahan anak-anak orang Asli yang gembira melihat aku dan sahabat-sahabat sukarelawan, mereka tetap menunggu dan bermain, bermesra dengan kami. Girang gembira mereka ! Namun disudut hati aku, kegembiraan yang ditunjukkan oleh mereka masih gusar di hati ini. Bukan apa, kebanyakan dari mereka tidak bersekolah dan hanya mengharapkan bantuan zakat semata. Oleh sikap sesetengah ibubapa mereka yang hanya mementingkan wang dan bukanlah pendidikan, anak-anak akan menjadi mangsa dunia dek ketandusan ilmu pelajaran. Bagaimanalah nanti mereka akan mengharung dunia. Hanya mampu, bila berjumpa dengan mereka, sokongan moral dan memberitahu mereka pergi sekolah adalah sesuatu yang indah dan berharga selain menjadikan diri kami sebagai contoh. Mudah-mudahan ada hati-hati yang tercetus niatnya untuk ke sekolah. Amin

anak org asli di Kg Tun Razak
 

  

     

belia org Asli di Kg Serendah

kami-kami

Seterusnya aku dan sahabat ke KOA Serendah, disini ukhwah kami agak rapat dengan anak muda remaja orang Asli. Setiap kali kami ke sana,kami akan memasak dan menjamu makanan seadanya. Tidak berbekalkan dari mana-mana sumbangan tapi berbekalkan keizinan Allah dalam melakukan sekadarnya. Dengan niat, moga apa yang kami lakukan ini membuka mata dan meneguhkan rasa kecintaan mereka terhadap Islam. InsyaAllah. Kebetulan, mereka datang ke kawasan surau di tempat kami menginap, untuk melakukan sedikit aktiviti. Jadi aku dan sahabat juga turut serta sambil berbual bersama. Apa yang mampu, itulah seadanya :)

26 October 2012

Nasi Beriani Eidul Adha

Assalamualaikum

tetiba excited giler nk update blog. ha3
tyme tengah kembang kempis ni, tu yang nak merapu kat sini..

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H

Menu pagi raya ialah nasi beriani. Ingatkan mak aku yang nak masak. Beria benar mak beli bahan bagai. Last2, mak amanahkan pada aku suruh masak pagi raya ni. Mak khoje la pulak. Hu3.

Cane nak masak? Tak pernah masak nasi nih. Aku ikut jela resipi yang tertulis di belakang rencah nasi beriani maggi tuh disulami tawakal, doa dan keyakinan. Kih3. Siap je nasi beriani masak, tetiba kawan adik datang sekali dengan makcik dan nenek nya. Ho3.

Help2. Bayangkan kegelabahan yang aku alami. Lauk-lauk semua dah terhidang. Kena la jemput makan kan. Tapi..nasi nye aku belum cuba lagi. Adehh.. Erm2.. Hidang jela.

Sedap ke tak..? Sedap ke tak?

Sedap nye ! Nenek tu cakap. Makcik tu pun cakap sedap !

Alhamdulillah. Kembang kempis aku. Ha3. Alhamdulillah. Terima kasih nenek dan makcik. Nasib baik takde anak laki, kalau tak, boleh buat menantu. Ha3. Perasan.


nasi beriani :D




19 October 2012

surgeri pt.2

Hari selasa yang lalu, sepatutnya aku disurgeri.

Namun lain pula yang terjadi...

Jam 9 pagi aku sampai di HUKM. Risau juge sebab terlewat sedikit dari waktu yang doktor tetapkan iaitu 8-9 pagi. Nurse menyambut ketibaan aku dan pesakit lain dengan senyuman yang ikhlas. Getar dijiwa rasa sedikit tenang saat melangkah ke ruang Pusat Jagaan Hariaan Wad Surgeri di tingkat dua.

Setelah aku didaftarkan nama untuk disurgeri, seorang nurse datang untuk mengambil tekanan darah dan aku dipakaikan dengan tag pesakit.

i'm a patient ! hu3
Di kawasan ruang menunggu semakin lama, semakin ramai pesakit yang datang. Ramai dikalangan orang tua. Sedihnya melihat orang-orang tua juga bakal untuk disurgeri. Sakit apa ye? Orang muda macam aku, ada la juge dalam 3-4 orang. Setengah jam berlalu, datang doktor bius dan memanggil nama aku. Dr. Azmin. Aku masih ingat. Surat keizinan untuk bius siap aku tandatangan. Kemudian datang pula doktor bedah, seorang berbangsa Cina memberikan aku surat keizinan untuk pembedahan. Hati dah dub..dab..dub..dab.. Seorang demi seorang pesakit telah masuk ke ruang pembedahan.

Lama aku tunggu. Namun nama aku masih tidak dipanggil. Menguap pun dah lebih sepuluh kali agaknya. Jam pun sudah melewati jam 12 tengahari. Ruang legar pun agak lengang. Jam 12.30, tiba-tiba nurse memanggil nama aku. NORHALIZA MUAIDI.. ye..ye.. saya. Aku diberikan baju untuk disurgeri. Gulp ! Hati mula beristighfar.. 10 minit kemudian, aku dipanggil sekali lagi untuk bersedia sebelum disurgeri.

Mulut dah terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran yang aku mampu diwaktu itu. Aku duduk dalam keadaan resah. Hu3. Kemudian, datang doktor bedah. Rupanya doktor yang aku jumpa ketika appoinment terakhir.

Dah lama awak tukar baju tu?

Em. Baru je doktor. (Aku kehairanan dengan pertanyaan tu)

Sebenarnya saya nak minta maaf. 

Erk..

Dua kes surgeri sebelum ni ada masalah sikit, tu yang lewat sangat giliran awak. (Doktor membuka fail untuk merujuk kes aku). Sekarang ni, dah jam 12.30, doktor bius ada sampai jam 1 sahaja. Merujuk kes awak, ada dua tempat untuk disurgeri, jadi perlu bius penuh.

Aku mendengar dengan teliti. Erm.

Tapi, doktor bius tak boleh tunggu awak. Kalau nak surgeri juga, separuh je sempat untuk dibius. Nanti awak yang tak tahan sakit. Kita terpaksa tangguhlah. Jadi, macam mane? (Doktor tanya kepada aku. Sudah pasti dari penerangan yang diberikan, tiada pilihan jawapan. Hu3)

Gulp !

Erm..nak buat macam mane doktor. Takpelah, tangguhlah.


Begitulah berakhirnya penantian berjam lamanya di wad surgeri. Aku terima dengan hati terbuka. Doktor juga memberitahu tiada risiko yang merbahaya jika ditangguh. Kemungkinan, fibroid itu akan membesar sahaja.

Ok ! Sementara menunggu tarikh baru surgeri, dapatlah sebekas makanan hospital. Sebab dari jam 8 malam hari sebelumnya aku sudah berpuasa. Perut pun dah kruek..krek.. Aku pun makanlah. Tapi, sangat tak sedap ! Nak muntah ! Tapi, lapar ! Telan jugak. Huhu.


Nampak sedap, tapi...
Begitulah al-kisah bakal disurgeri. kui3.

15 October 2012

before surgeri

bismillah

dengan izin Allah aku akan melakukan surgeri untuk bilateral breast fibroadenoma.

dah bertahun fibroid ni bermastautin sejak aku di tingkatan 4 lagi. pada awalnya risau juga, takut kanser payudara ke. Alhamdulillah takde ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser.

dari zaman diploma aku asyik berulang ke hospital universiti kebangsaan malaysia, cheras. dari appointment biasa bersama doktor, hinggalah perlu untuk berulang kali, di ultrasound dan fnac untuk di ambil sel tisu. semua ini aku perlu lalui untuk memastikan iainya bukan kanser.

tahun 2010, aku dan menetapkan tarikh surgeri untuk pertama kali. tapi setelah opah dan pakman, pakcik paling rapat dengan aku, tahu tentang perkara ini, mereka berusaha menentang untuk aku membatalkan niat untuk surgeri. katanya aku masih muda dan berusaha dahulu perubatan islam. aku telah ke darus syifa', tapi fibroid tu terus membesar juga sehinggalah sekarang.

kini tahun 2012, dua tahun berlalu. aku kembali ke hukm untuk membuat temujanji kembali. kali ini aku nekad, sebab fibroid bukan ada di sebelah, tetapi ada dikedua-kedua bahagian. aku rasa sedikit takut. hasil dari pembacaan, fibroid ini jika mempunyai simptom membesar, kemungkinan akan menjadi kanser jika tidak dibuang. erk..gulp !

dua minggu lalu adalah temujanji yang terakhir sebelum tarikh surgeri di tetapkan. aku bercadang untuk disurgeri ketika cuti pertengahan semester iaitu ketika cuti raya haji. tapi, telah ditakdirkan Allah, dipercepatkan. sesak dada, sesak mental, sesak jiwa. betul ke aku nak surgeri?

masih lagi berfikir dan berfikir. harinya akan tiba iaitu esok 16 oktober 2012. jam 9 pagi. Allah, berikan aku kekuatan dan berikanlah aku kekuatan untuk menahan kesakitan. semalam, aku sempat tengok video bagaimana fibroid itu dibuang. walaupun nampak mudah, tapi aku masih juga takut. sebabnya, aku akan disurgeri !

rabbi yassir wala tua'ssir :[

aku kuat sebab mempunyai sahabat-sahabat yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan. nak menangis rasanya, dan tidak aku sangka keprihatinan yang diberikan. walaupun ini minor surgeri, tapi kasih sayang yang kalian curahkan seperti aku nak wat major surgeri pulak. huhu.

Allah, rahmatilah mereka :)

12 October 2012

u'll cherish mylife

selama berada di dunia kampus, mereka adalah geng gila-gila aku :)

tak penah gila semacam skrg neh. duk dgn dorang asyik nak bergelak ketawa jek. 

10 okt 2012: majlis sambutan 20 thn psikologi 


aku + ct + syaima + yan
walaupun karakter kami berempat berbeza, memang agak sukar bagi aku untuk memahami dorang ni waktu awal-awal kenal dulu. tapi sekarang, jeng2. semua nak dikongsi. 

dalam mengenali dorang, aku faham apa erti sharing is caring, menjaga hati, marah, jeles, berterus -terang dan mcm2 lagi lah. 

aku sorg yg simple dan of coz malas nak pikir benda remeh-temeh. paling takut dalam berkawan ni, adalah menyakitkan hati kawan dan marah kawan. huhu. paling tak pandai. 

tapi, kenal dengan dorang, mereka ikhlas dalam menyuarakan apa yang tak puas hati, kadang-kadang ada masa marah, tak puas hati. but lepas tu, ok balik. aku pulak hanya menjadi orang tengah. haha. sebab aku org yang takut nak gaduh-gaduh. hehe

to korang-korang: you'll cherish my skematic life (ala-ala ustazah gitu) ! kui3







28 September 2012

team Malaysia pencak silat

bismillah (",)

seminggu sebelum daftar masuk semester baru, aku dah mendaftar diri ke kem nadi di sungkai, perak. sempena persediaan atlit Asean University Games di Laos hujung tahun ini. terpilih atau tidak adalah bicara yang kedua. yang penting, bila berada di kalangan atlit-atlit universiti bertaraf negara ni, memang teruja rasanya. ^^

habes je kem tu, balik semula ke Nilai, dan esoknya melapor diri ke UTHM untuk pemilihan sebagai atlit pencak silat mewakili Malaysia ke Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012. Pergh ! Sangat tidak aku sangkakan. Akhirnya terpilih. Saingan yang ada sudah pasti dari UiTM, partner silat aku zaman remaja dulu. haha. but, nak dijadikan cerita. dia menolak tawaran dan aku dgn partner dapat mewakili Malaysia. :)

sesi latihan yang sangat padat. sesi pagi + sesi ptg + sesi malam. letih bukan kepalang. mula-mula sakit seluruh badan. yelah, lama tak dibelasah badan ni. nak-nak baru je beraya. semua kuih raya masih berkubur dalam perut ni. nasib badan la. awal-awal dtg, bersemangat waja. gigih ! tapi lama-lama rasa nak menangis, nak give up semua ada. bukan senang nak trenin. kata nak wakil Malaysia, kena lah lagak gaya trenin macam atlit Malaysia. azab2.

latihan yang sangat best bila dapat main futsal, main bola tampar dan main ragbi. even aku bukanlah top scorer atau pemain yang hebat, tapi aku telah memecahkan rekod tak pandai bermain kepada tahu lah nak bermain. kenangan kowt. first tyme aku boleh surf bola tampar, tiga kali pulak tu. semua lepas. sampai semua sorak dan bagi kata-kata semangat. lawak-lawak.

paling seksa, lari keliling UTHM bawa bata dua biji. rasa nak tercabut tangan. dengan kaki aku yang sakit. memang jadi orang yang terakhir sekali sampai. walau apa pun, pengalaman yang aku dapat akan aku kongsikan bersama team pencak silat USIM. InsyaAllah :)

masuk minggu seterusnya, iaitu minggu kedua di Batu Pahat adalah minggu kejohanan. debaran sangat terasa. dan paling tak diduga, saingan hanya pada Singapura sahaja. dan sangatlah pasti tanpa diragui aku hanya beranggapan, pasti aku akan berada di tempat yang kedua. Singapura adalah saingan yang terlampau hebat.

tapi Allah Maha Kaya. Aku mendapat tempat pertama. Walau tak semantap permainan dari pasukan Singapura, tapi itulah. Aku dan partner dapat tempat yang pertama. Pelik ! tapi ianya memang benar. hanya lafaz syukur mampu aku ucapkan. :)

Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan jayanya. ukhwah bersama team pencaksilat UTHM telah terjalin mesra, begitu juga bersama teamMalaysia. InsyaAllah panjang umur, berjumpa lagi dengan kalian semua. gelanggang silat tu bukanlah besar. pusing kanan, pusing kiri. bertemu kembali :)


teamMalaysia juara keseluruhan

rindu gelagat korang. haha

02 September 2012

jika dia

hiasan =)

Jika benarlah dirinya
yang telah Engkau catatkan untuk diriku
yang dapat menjadi Imam di dalam kehidupanku
yang dapat memberikan kebaikan kepada diriku
yang dapat menjadi pelindung buatku

Ya Allah satukanlah aku dan dia
Di dalam keredhaanMu
Mudahkan segala urusan kami
Dalam menuntuni sunnah kekasihMu
Membina mahligai bahagia

Namun..Ya Allah

Jika bukanlah dirinya yang telah Engkau tentukan
Dan ini adalah sebuah permainan syaitan
Serta igauan dari lamunan nafsu

Tiada apa yang aku mahukan
Hanyalah kau jauhkanlah dirinya dari diriku
Aku rela dan aku redha
Jika itu yang terbaik buat diri

RedhaMu
Paling utama





27 August 2012

ciri-ciri jejaka idaman..heh2

Bismillah..
Dah lama sebenarnya nak wat entry pasal nih. Hehe. Just nak make sure apakah ciri-ciri jejaka yang aku idamkan. So, aku akan list-downkan kat bawah nih. Huhu.

Aku doakan moga apa yang aku harapkan nih, akan dimakbulkan oleh Allah. Amin 10x !

Apatah lagi sekarang ni aku tengah menimbang tara seorang jejaka nih. But, im not sure very well adakah dia nih tergolong dalam ciri-ciri yang aku idamkan. Ermm..

So, let check-it out !


1) First for most-Wajib AGAMAnya baik =)
Kenapa dan kenapa ? Of course la, ini syarat yang paling utama. Once aku dah kahwin dgn jejaka itu, syurga yang selama ni bertapak di bawah kaki mak den yang suci tu akan berpindah secara otomatik kepada tapak kaki jejaka yang di panggil suami bila saat lafaz sakinah. Betul tak 2x? Bila dah saat tu, aku kena lah taat kepada jejaka itu. Bila dia beragama, means dia bukan hanya tahu agama, mahu beragama tapi wajiblah MAMPU untuk melaksanakan agama. Dia akan mendidik, mengajar dan membetulkan apa yang salah. Pasti ! rumahtangga akan dicucuri rahmat Allah. InsyaAllah. Even aku ada lulusan diploma pengajian islam, it doesn't mean aku tahu segala dan dia tak perlu untuk didik aku. NO-NO. Itu adalah tanggungjawab dia. Bestnye dapat dengar suami den berceloteh bab-bab agama. Heh2.

2) Kedua pulak? Hurm. Loving & Caring.
Dalam bahasa melayu nya adalah penyayang dan mengambil berat. Harus sayang dan mengambil berat kat den dan dapat terima ahli keluarga den, keluarga den ni takla besar mana. Semuanya gegurl. Dan den anak sulung, jadi dia akan menjadi menantu sulung lelaki dalam keluarga. Besar cabaran tuh ! Even aku dah jadi hak miliknya, tapi aku taknaklah terputusnya tanggungjawab aku terhadap keluarga. Aku nak berbakti sampailah ke akhir hayat mereka. I love my parents k !

3) Please, do not smoking !
Uhuk ! uhuk ! Semak la kalau asyik berasap. Lelah. Lama-lama aku mati dulu. Taknak ! Rokok pun dah difatwakan haram. So, sesiapa yang memang merokok tu, erm..memang aku terus reject. Tet ! Even hensem ke, pandai ke, beragama ke, once nampak rokok di tangan, memang tak masuk list. Erm. erm.

4) Tidak mengongkong.
Kalau mengongkong, umpama hidup kat penjara lah. Erk. Biarlah ada kebebasan untuk melakukan aktiviti luar. Aku berangan leh pegi vacation ke, hiking, jungle track ke atau apa saja yang melibatkan aktivti luar. Aku jenis yang lasak dan sukakan aktiviti lasak. Dapat pergi bersama amatlah aku suka ^^

5) Bertolak-ansur.
Dalam setiap perkara kenalah bawa berbincang dahulu. Jangan cakap sebelah pihak je nak dengar. Mesyuarat itu penting untuk keharmonian bersama. Kan harmoni rumah tangga. Hehe.

6)Sixth, izinkan saya smbung belajar.
Hasrat aku memang sangat-sangat nak sambung master dan kalau mampu phd kat luar negara andai mampu. Kalau tak, dalam Malaysia pun boleh, asalkan sambung ! If dapat sambung luar negara, aku nak sambung bersama-sama dengannya. Bestnye dapat sambung belajar sama-sama. How, romantic ! Kih3. Aku harap dia tak menghalang hasrat untuk sambung belajar ni. Aku nak belajar hingga ke liang lahad. InsyaAllah. Please support me k !

Aku rasa mungkin ni diantara ciri-ciri yang utama. Ini pun dah cukup penting. Yang lain mungkin boleh difikir-fikirkan. So, siapa yang menepati ciri-ciri ini insyaAllah bertuah hidup ini !

But, tak semua yang kita mahu itu, kita akan dapat. Berdoa ! Mudah-mudahan Allah makbulkan. Andai tak dapat, aku redha dan pastinya Allah tahu apa yang terbaik buat diri =)

25 August 2012

Jodoh..Bila?

Bismillah..

Hanya tuhan sahaja yang tahu siapa jodoh kita.

Erm.

Sangat abstrak untuk diterjemahkan ke dalam word yang mudah.

J.O.D.O.H ? !

Bila fikir pasal jodoh ni, aku sendiri buntu. Siapa jodoh aku sebenarnya? Macam mana nak tahu dia adalah jodoh kita? Macam mana kita akan bertemu jodoh kita? Bila lama-lama difikir, tension juga rasanya.

Kalau adalah buku manual, dah lama aku beli. Senang. Dah tau siapa orangnya, terus kawen. Hoho.

Tapi semuanya tak semudah itu. Macam mana lah agaknya orang boleh buat keputusan nak kawen? Erk.

Selama ni bila aku minat kat seseorang, aku hanya berdoa dan berharap dia adalah jodoh aku. Tapi tula, hanya mengharap..mengharap dan mengharap. Yelah, aku tak tahu sama ada dia jodoh aku atau tak. Siapa taknak kalau kita bertemu dengan orang soleh dan baik agamanya. Di akhir zaman ni, susah nak cari. Kadang-kadang sampai fikir, mungkin aku takde jodoh kat dunia kot. Redha je.

Tengok kawan-kawan sekolah yang dah bertunang dan bakal kawen, tipulah kalau sekelumit tidak cemburu. Tapi aku sentiasa doakan yang terbaik buat diri aku sendiri dan bersabar. Belum tiba masa untuk aku berjodoh.

Sejak aku tak putus cinta 3 tahun dulu, serius. Malas untuk mengenal lelaki. Bukan mudah aku nak bagi hati kat lelaki. Sebab aku takut, takut untuk putus cinta. Jadi, aku tutup hati ni sampailah tiba masanya aku fikir sesuai untuk kawen.

Sekarang umur aku dah 23 tahun. Belajar tinggal dua tahun. Bila bercerita soal jodoh, mak dan abah dah bagi greenlight. Tapi, bila ada lelaki beritahu yang dia sukakan aku, jiwa mula resah. Betul ke? Adakah kawan yang selama ni aku berkawan, dan tak pernah menyimpan apa-apa perasaan tu sukakan aku. Kalau dulu dia suka, aku tahu dia hanya bergurau. Tapi sekarang kalau dah masuk bab kahwin, aku tak tahu bagaimana corak langkah yang patut aku atur. Nak ke kanan tak kena, nak ke kiri takut rasa salah pulak. Erm.

Istikharah.. bukan senang nak dapat petunjuk melalui istikharah. Tapi aku buat juga. Tapi, bagaimana ye? Serba tak kena. Betul ke dia?

Jika benarlah dirinya, Ya Allah kau mudahkanlah segala urusan. Kalau bukan, Ya Allah, halanglah hubungan ini dari diteruskan. Biarlah yang selayaknya bertakhta di hati ini.....

17 August 2012

Ramadhan 1433H

Bismillah..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Ramadhan kali ini amat bermakna buat diri. Mudah-mudahan aku dapat mengaut pahala berganda-ganda lebih dari Ramadhan yang lalu.

Al-Quran ku :)
Moga dirimu menerangiku di hari Akhir kelak

InsyaAllah tinggal dua juzu' je lagi nak khatam Al-Quran. Syukur sangat diberi kesempatan ini. Pertama kali dalam hidup berjaya untuk menamatkan bacaan. Ketika berumur 23 tahun pulak tu. Erm, mesti dah ramai yang mungkin jauh lebih muda dari usia aku dah berjaya khatam. 

Waktu awal Ramadhan tu memang agak berkobar-kobar jiwa dan raga. Kali ini aku jangka uzur di pertengahan Ramadhan, jadi aku start dengan membaca dua juzuk dalam sehari. Alhamdulillah terasa mudah sangat. Satu juzuk aku dapat habiskan selama 40 minit. Lagi terasa mudah, bila aku menggunakan Al-Quran yang dipecah-pecahkan mengikut juzuk. Bila baca ikut juzu', memang rasa tak banyak pun. Aku cuba bertukar ke mashaf Al-Quran, memang rasa lain sangat. Nak ngabeskan satu juzuk tu terasa lama. Jadi, aku kembali kepada Quran yang kat atas tuh.

Bila ABC (Allah Bagi Cuti), aku mula terpikir, sempat ke nak habiskan nie? Hurm. Mula lah nak batalkan niat nak khatam. But, lama-lama aku fikir, aku bukannya buat apa-apa kerja di rumah. Hanya duduk je. Amatlah rugi kalau aku tak habiskan masa dengan membaca Al-Quran. Then, aku tanam semangat dalam-dalam, kasi kukuh, tak nak tercabut-cabut dah. Aku hitung punya hitung, kena dua atau tiga juzuk dalam sehari kena habiskan.

Aku baca Al-Quran sebelum subuh dan lepas Subuh untuk satu juzuk dan lepas Maghrib nak menunggu Isyak tu satu juzuk lagi. Alhamdulillah. Then cover masa qiyam waktu 10 malam terakhir.

Terasa tak sabar nak sambut Eid Mubarak kali ini, sebab ada sebab aku nak meraikannya dengan girang gumbira. Aku berjaya khatam Al-Quran ! Bestnye :)

So, takde excuse la kenapa tak sempat nak khatam Al-Quran. Allah dah anugerahkan 24/7, jadi manfaatkan sebaiknya. 

InsyaAllah, tahun depan boleh tadabbur pula. 


12 August 2012

Kad Raya Bertuah

Bismillah..

Puasa Ramadhan hanya tinggal seminggu je lagi. 10 malam terakhir juga hampir ke penghujungnye. Bak kata ustaz kat Ikim pagi tadi, bila dah sampai ke fasa terakhir ni kena la marathon. Lari laju-laju. Habis je Ramadhan tahun ni, kenan tunggu pulak tahun depan nak kejar pahala berganda-ganda. Itu pun kalau diberikan kesempatan hidup di muka bumi pinjaman Allah ni.

InsyaAllah apa yang termampu aku lakukan, aku buat. Sesungguhnya nak melakukan ibadat ni amat payah sebab diri manusia ini terdiri daripada nafsu. Andai kalah dengan nafsu tidur, maka tidurlah lebih enak dari menghidupkan malam dengan mencari Lailatul Qadar, malam terbaik dari seribu bulan.

Walau aku rasa tak sempat nak menghabiskan 30 juzuk Al-Quran, tapi aku akan pecut selaju-lajunya. Aku akan cuba. Jangan mengalah selagi pemegang mohor raja-raja belum isytihar esoknya raya. Hehe. Aja-aja fighting ! Andai lah tidak dapat aku habiskan khatam, insyaAllah moga Ramadhan kali ini lebih meriah pahala yang dapat aku kaut dan juga limpahan rahmat, maghfirah dan redhaNya pada aku hamba yang lemah lagi dhaif ini. 

Kesempatan raya yang akan menjelma tepat seminggu lagi, aku nak post kad raya la. Kebetulan dapat empat keping kad raya free dari Mouth & Foot Painting Artists Sdn.Bhd. Jadi aku taknak sia-siakan kad ni, aku nak bagi pada yang bertuah. Lepas post kat fesbuk, ada volunteer nak kad raya. hehe. Lagi sekeping, aku nak bagi pada kakak angkat aku, Miss Chanchira.


Moga kehadiran kad raya ni pada kamu-kamu Aminah & Kak Aisyah, Firdaus, Ali Imran dan Kak Chanchira menceriakan hari raya kalian. Terimalah pemberian yang tidak seberapa ini. InsyaAllah =)



02 August 2012

Be Grateful to HIM

"And whatever of blessings and good things you have, it is from Allah" -[An-Nahl, 53]


Be grateful :)

Yup..dan itulah yang sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Syukur pada Allah diatas segenap pemberiannya. 

Debaran untuk cek result exam semester ni daripada malam tadi lagi. Apakah perkhabaran yang bakal diterima melalui portal student. Dub..dab.. menunggu sistem yang failed !

Akhirnya dipagi Khamis yang hening ni, aku kembali membuka portal. Capaian aku berjaya satu demi satu. Then, tinggal untuk klik 'keputusan peperiksaan' je. Bismillah. Dub..dab

Aku tengok setiap subjek. Tengok gred. Alhamdulillah tiada C mahupun B-, dua gred ini yang akan melumpuhkan result. Aku berteka-teki. InsyaAllah, ada harapan ni. Aku skrol ke bawah untuk melihat PNGS. 

Allah..Allah..Syukur padaMu Allah. Doa aku dimakbulkan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kegembiraan yang bertimpa-timpa. Semester ini banyak kecemerlangan yang aku perolehi. Tiada yang menghampakan. Tapi, aku sedar setiap yang aku perolehi itu, adalah ujian. Ujian yang Allah turunkan dalam pelbagai bentuk. Ujian aku dalam bentuk kejayaan. Aku takut menjadi insan yang alpa dan lupa kepada Nya,  dan kepada kawan-kawan. Aku cuba untuk merendah diri.

Exam adalah bukan segala-galanya. Tapi setiap tugasan yang diberikan pensyarah itu adalah segalanya. Di situ pensyarah akan memberikan markah paling banyak sebagai carrymark. Pensyarah bukannya zalim untuk membiarkan murid-muridnya gagal. Tetapi, hakikatnya ramai pelajar tidak mengendahkan perkara ini dan hanya sambil lewa menyiapkan tugasan, bagai melepaskan batuk di tangga. Bila result keluar, hanya pandai memberi komen bahawa pensyarah rigid memberi markah ataupun pensyarah tidak reti mengajar. Nauzubillah.

Inilah yang aku sedar selama ini. Aku bukannya pandai. Tapi aku tidak akan melepaskan peluang yang diberikan pensyarah. Walaupun aku sering takut, aku akan gagal disebabkan aku sibuk di dalam aktiviti kokurikulum, yang hanya aku mampu adalah berikan yang terbaik di dalam kelas. 

Itu sahaja kuncinya. Bukan untuk berlagak pandai, tapi hanya berkongsi pengalaman. 

Yang penting bukan sahaja najah didunia, tapi YANG PALING PENTING, NAJAH DIAKHIRAT JUA. InsyaAllah =)

Dugaan bulan Ramadhan

Bismillah..

Lama tak berceloteh di belog neh
Bulan Ramadhan dah berlalu selama seminggu
Alhamdulillah, kali ni aku dapat gi terawih dengan adek bongsu,
naik moto. Merempit..prenggg..hehe
Aku nak bawa motor? Idok le
Belum pandai. Hehe. Jadi pembonceng berhemah je =)

Attoi..sakitnye :(
Masuk minggu kedua puasa, gigi geraham bongsu yang terakhir buat hal
Nak tumbuh habes
Sebelum ni dah tumbuh separuh, sekarang yang separuh lagi nak keluar
Sakitnya bukan kepalang, even ni dah hari keempat sakit
Bertahan..bertahan. Tak tahan, aku telan painkiller
Padahal painkiller itu untuk sakit lain waktu doktor bagi
Dah alang2 sakit gigi, aku telan juga
Huhu
Harap takde bagi effect, sebab dah tak tahan sangat



Cepatla tumbuh ye sayang2 gigi
Please be nice to me
Huhu

20 July 2012

we did it. yeay !

syukur..syukur..

baru pulang dari MASUM 2012 yang berlangsung selama seminggu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

banyak kenangan suka dan duka bersama-sama rakan Pencaks USIM, segala penat jerih, suka dan duka yang dilalui bersama mematangkan kami dan mengukuhkan tali persahabatan yang sedang terjalin.

syukur..syukur..

team membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa

dan saya berjaya menyumbang emas kepada team dan universiti. Alhamdulillah.

moga apa yang telah saya sumbangkan membawa seribu keceriaan terutama kepada coach, abg Mae yang tak jemu2 marah berulang kali pada saya dan partner atas kesalahan yang sama. sori coach. sesungguhnya saya amat degil. huhu.

pada semua team mates, saya amat rindu pada semua kenangan yang telah dicipta bersama. sayang kalian sangat2. 

korang la keluarga saya. : )




next year, kita bawa pulang lagi banyak pingat k. saya tahu kalian boleh !

08 July 2012

strive for masum 2o12

Bismillah

lari keliling kampus

harini dah masuk minggu ke dua trenin ke masum. hari-hari joging pagi dan malam. menghadap trek 10 pusingan. sangat terbaik. fitness alhamdulillah meningkat. tapi dah dua hari aku tak boleh nak berlari sangat. maybe muscle stress. pastu mula terhincut-hincut. sakit kot betis. dua minggu straight berlari tanpa henti. kaki pon dah penat.

gunting awang !

minggu yang sangat mencabar, bila coach cuti balik kampung amik isteri, pastu kunci stor kena amik dengan staf yang sangat busuk hati dengan team silat. pergh ! membara hati. nak melawan je ikutkan hati, tapi bayangkan aku ni hanya student dan dia tu staf, takpe. moga Allah lembutkan hati dia.

tunggu turn medical cek-up

lagi mencabar, dari ari jumaat-ahad, pusat sukan diguna oleh JPS buat kejohanan sukan. kteorg tak boleh guna trek. nasib baiklah budak2 laki team pandai bawa dan lead team trenin.

malam ni, coach turun. latihan akan diteruskan bersama coach seperti biasa.


02 July 2012

aku masih di bumi nilai

bismillah..

masih di bumi nilai
even cuti semester dah start dari minggu lepas lagi. tapi menggigihkan diri untuk ke trenin silat hari-hari. minggu depan dah start masum. pertandingan yang paling gah dan berprestij yang ada di peringkat universiti.

tapi, latihan kali ini berbeza memang berbeza. coach shawn bekas atlit negara dah tak bersama team silat usim. sangat terkesan bila kehilangan dia. tapi nak buat macam mana. bersama coach mae jelah. agak terasa tensen sebenarnya dengan keadaan team yang baru nak naik. harapan dari coach yang amat tinggi, tapi ada juga atlit yang ambil lewa dan tak konsiste trenin. kesatuan tu takde dalam team.

rasa sangat lain lah. dan harapan yang menggunung tinggi pada aku dan partner untuk dapatkan pingat untuk masum kali ini. selaku senior dan pemegang kedudukan nombor 4 pada masum tahun lepas. siapa taknak pecahkan rekod lama. bila coach dah tinggal sorang ni, fokus kepada aku n partner dah kurang. asyik main buah sama. dah dua tahun kot. even ada la tambah atau tukar sikit. tapi sikit sangat. keterujaan aku takde ! aku berharap dapatlah main buah baru masum kali ini. tapi...

aku rasa, cukuplah untuk masum kali ini. sebab, takde apa-apa perubahan yang akan berlaku jika keadaan masih macam ni. semuanya akan bergantung pada diri sendiri bila dah senior. tapi apa lebihnya senior nak dibandingkan dengan junior. sama je. cuma title dan pengalaman yang membezakan. dari segi kemahiran bagi aku masih sama. rasa tertekan bila di treat seperti 'awak senior, awak patut tahu apa yang patut dibuat'.
pergh! memang ayat mencengkam giler. honestly, even aku bersama coach yang sama hampir dua tahun, aku tak kenal dan aku tak faham apa yang coach mahu. kesian kan.

seperti yang aku rancang, enough is enough. aku nak cari peluang lain dan memberikan ruang kepada orang lain. kalau nak jaga hati orang je, last diri sendiri yang rasa seksa. ada cara lain untuk aku bantu team. bukan hanya semata curahkan keringat dan masa. banyak lagi cara lain. aku masih sayangkan team. dan aku takkan tinggalkan team. but, kena cari lain untuk aku supaya dapat menyumbangkan sesuatu kepada team pencak silat ini.

hwaiting liza ! strive for your last masum. insyaAllah.

24 June 2012

hobi ke?

Bismillah

apa kejadah dengan gambar di bawah?
hihi
teringat zaman sekolah dulu
aku pernah menang pertandingan mewarna
then, cuba untuk mengasah bakat kembali
aku belilah buku mewarna neh.
hoho



hasil mewarna lukisan yang pertama !
tada !

cantek tak?
dak housemate aku sume pelik dgn keje aku
pelik ke?
pikir jap...
hoho. asalkan aku bahagia ('',)

21 June 2012

dugaan


sesak jiwa, sesak juga dada. bibir sentiasa tersenyum tapi hati selalu menangis. Allahurabbi.

bukan senang nak lalui hidup ini tatkala diuji dengan pelbagai perkara. berat.

tatkala ni terasa nak roboh hati ini. Allah..Allah..

kawan-kawan aku nampak aku ni kuat, tegar, tegas tapi semua tertipu dengan aku. aku minta maaf kerana terpaksa hipokrit dengan korang. aku adalah selemah-lemah insan. tak daya nak senyum, tak daya ingin melangkah. tapi kerana korang yang aku sayang, senyuman ini adalah buat korang. (",)

sampai bila hati ni nak bertahan? terasa nak menangis di mana-mana saja. mesti orang cakap aku gila. tapi aku mungkin akan gila kalau aku tak menangis. jangan terkejut kalau aku tiba-tiba menangis di depan korang.

pergilah duka, datanglah bahagia, bawalah aku pergi bersama angin manja berteman pelangi ceria..

18 June 2012

kami yang ceria !

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..

hari sabtu yang baru je berlalu ni, aku telah menjayakan diri untuk merewang di kenduri kawen abg angkat aku di kg.sentosa semenyih. act, takdelah merewang mane pun. hehe. just tolong-tolong apa yang patut. aku ke sana dengan kakak angkat aku, kak sandra. made from thailand. hehe. 


miss chanchira. sawadikap =P


sampai je sane, terus melipat box kecil untuk bubuh bahulu sebagai hadiah untuk tetamu. 1000 keping kot. hoho.  siap je melipat, menaruk dan menyusun. kami dengan abg kepada pengantin melarikan diri. haha. ke pasar malam semenyih. laparrrr..cari makan le. lama tak jumpe dgn abg angkat jugalah, dengan abg pengantin ni.  malam tu pulak, kami ke downtown mines. sempat aku merembat blouse selai. suke2.

duta box kawen. ngeh2

esoknya, pagi2 lagi dah ke tempat kenduri. tolong sapu lantai depan umah. lecak sikit sebab hujan turun di pagi ahad. lepastu basuh gelas, tray lauk, pinggan dan tempat basuh tangan. letih den ha..sakit pinggang di bueknyo. dah letih, aku dengan kakak aku melarikan diri. hoho. tapi, kna pulak gosokkan baju pengantin laki. takpelah.

dah macam cinderella.lala
lepas kenduri aku pon balik ke nilai kembali. nak exam kot. cuak pon ade. dua subjek nak carry minggu ni. tapi control la cuak ni. kalu tak mahu haru juge. ni yang sempat memblog. hoho.

then malam nye, dak umah ajak makan malam bersama sebagai tanda hujung sem. sebelum masing-masing pulang ke hometown. baliklaaaa korang. aku, stay nilai until masum julai nanti. wakaka..



ousemate no.73. sek2 gilo-gilo blako.haha

ok. stop2. nak sambung study. argh ! tensen kembali.

16 June 2012

sabar dari incik RE =)

Assalamualaikum wbt
Selamat malam !

rehat sekejap dari menelaah buku Individual Lab Counseling. mata yang agak galak malam ni, boleh la nak menghabiskan chapter-chapter yang dah di spot keluar. insyaAllah. aja-aja fighting !

malam ni nak keluar lagi cerita incik RE saya yang telah lama pergi. 6 bulan lama yer kita berpisah. tadi, senior silat aku yang nak beli kereta tu, datang bayar duit kereta. dan aku dah bagi geran kereta pada dia.

at last, secara SAH ! incik RE dah dapat owner baru. tinggal nak pergi tukar nama je kat JPJ. JPJ ke? Ntah ! tak pasti. nanti la tanya abah. hihi.

sejak takde incik RE, Alhamdulillah aku sesekali tak merungut bila kena jalan kaki, naik bas mini dan naik bus usim nak ke mana-mana. syukur sangat-sangat. idea nak beli kereta baru pun dah dikuburkan. dan bakal digali bila dah grade nanti. mudah-mudahan.

insyaAllah, menanam kesabaran pastinya buahnya manis. tunggu jela. =)

13 June 2012

tunggu en.hubby :)

Assalamualaikum wbt dan selamat malam =)
malam ni dapat berehat sebentar dari kekusutan menelaah pelajaran. exam bersambung next wik hari rabu dan khamis. sempat le nak berfesbuk lelama malam ni.

dok kusyuk2 tgk fesbuk, tetiba terasa nak share picture ni. so swit mewit. ^^

Photo

mulalah aku nak berangan memalam ni. boleh tak?

hubby: saya selalu intai awak masa joging kat track tu. laju juga awak berlari. sampai tak tengok kiri kanan. saya nak tegur awak, tapi saya segan. nak juga ngorat awak, tapi saya baru tahun satu. yelah awak dah senior. sapelah saya. duit pun tak cukup nak makan sorang.


wiffy: saya pun selalu intai awak masa joging kat track. gagah perkasa juga awak ni. tapi awak tak perasan. saya buat tak pandang awak, saya tak tegur awak, sebab saya malu sangat dengan awak. saya tunggu juga awak ngorat saya.

hoho. ni lah ayat bila aku berseloroh dengan roomate aku. tetiba terkeluar. kih3. ni kesan bila hati dah terpaut pada sorang jejaka lagi ensem peribadinya. andai dia jodoh terbaik yang Allah tentukan untuk aku, aku akan terima dan tunggu sampai tiba masa dan waktunya. andai bukan dia juga, aku terima ketentuan dari Ilahi.

jeles juga kadang2, melihat sahabat2 sebaya dan seusia sudah menjadi tunangan dan isteri kepada suami tercinta.  selalu aku positifkan minda dan berfikir, sesungguhnya Allah itu Adil dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku.

mungkin sekarang ni Allah nak uji aku yang dikelilingi sahabat2 yang telah mempunyai pasangan masing-masing. aku tak pernah sedih, sebab aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku bila aku sedih dan keseorangan. lagi satu, aku selalu fikirkan umur aku ni masih muda lagi. aku akan fikirkan ada juga yang lebih tua dari aku juga masih tiada jodoh lagi. so, this is not a big deal rite? hehe. positifkan fikiran =)

akan ku tunggu waktu itu dengan penuh kesabaran =)

12 June 2012

final exam lagi?!

Assalamualaikum..

kalu difikirkan, syok sendiri pun ada tulis kat blog ni. bukan nye ada pembaca pon. haha. tapi, aku nak tulis juga..

sekarang ni tengah minggu exam. final exam untuk aku semester 4, tahun dua. wah ! next semester dah tahun 3 la. yeye ! sekejap je dua tahun berlalu masa. sedar tak sedar, tapi itulah hakikat.


semester ni aku nak tebus balik kekesalan aku waktu semester lepas. sem ni aku tak jadi FB addicted. no ! no ! Alhamdulillah aku berjaya. rasa bersyukur sangat dapat housemate yang sangat rajin study. aku pun jadi rajin juga. hihi. insyaAllah.

dua paper dah lepas. insyaAllah, moga aku perolehi setimpal dengan usaha yang aku dah buat. bila dah bertahun di dunia kampus ni, takde benda yang aku nak kejar kalau nak banding di zaman diploma dulu. dulu suka la nak bersaing dapat dean list ni. tapi insyaAllah, moga aku terus ikhlas menuntut ilmu, buat pedoman dan buah tangan di akhirat kelak. yang penting sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal pada Allah. andai dean list, itu adalah side dish dari Allah. hehe =)

bersyukur la dengan apa yang Allah beri. semua itu adalah ujian dariNya. nikmat ataupun bala itu pula exam dari Allah. result nanti kat akhirat kelak. kalau exam semester dunia je. sentiasa lah berwaspada !

29 May 2012

seri kenangan, seremban

assalamualaikum

hari ni buat pertama kali dalam hidup melawat ke rumah orang-orang tua di seri kenangan, seremban. alhamdulillah, lawatan yang terakhir dalam sem ni bagi memenuhi syarat subjek perkembangan psikologi orang tua. dan syukur sekali lagi pada Ilahi kerana aku rasa sangat bertuah dapat menjadi pelajar kaunseling. banyak yang aku dapat belajar tentang manusia dan erti kehidupan realiti.

sampai je di rumah seri kenangan, dari jauh aku melihat beberapa warga emas siap memakai baju batik menunggu kami di depan dewan. hati mula terusik. mereka menyambut kami dengan kemas dan rapi. kaki mula melangkah turun dari bas, jiwa pula runtun dan kolam air mata mula bertakung. adeh. satu perasan mula menyelinap. andai la aku di tempat mereka..

aku cuba untuk mengawal emosi. di dalam dewan, aku duduk disebelah antie muniamar. berbangsa india. sempat aku berborak kosong sementara majlis bermula. antie muniamar tinggal di perak tapi telah dihantar ke rumah ini.tiada siapa yang ingin memelihara beliau. beliau rasa lebih bahagia tinggal disitu dari mengingat kisah-kisah duka. hati aku mula bermonolog kembali. andai aku disitu... kali ni air mata deras mengalir. aku agak cover, takut dilihat oleh penghuni warga emas lain. bila majlis pengenalan berkaitan rumah seri kenangan oleh tuan haji, tuan haji memberitahu bahwa ramai yang berada disitu adalah kerana kehendak mereka sendiri. daripada tinggal sendirian tanpa jagaan anak-anak, mereka mencari tempat lain untuk berteduh dan kawan-kawan yang boleh bergelak ketawa menghilang duka lara.  

kami dibahagi2kan kepada nenek dan atok angkat. dan nenek angkat aku ialah makputeh. macam nama orang dolu2. makputeh agak sihat tubuh badan walaupun sudah berumur 70 tahun.. sempat berkongsi cerita bersama beliau. aku kalau boleh tidak mahu mengusik kisah duka beliau. biarlah kehadiran aku disitu dapat menghiburkan hati beliau. sempat bergurau senda dan ketawa. makputeh tak habis mengajak aku dan kay (clasmate) untuk duet menyanyikan lagu jefri din kenanganku. huhu. aku ni dah la tak layan lagu-lagu lama. apatah lagi nak menghafalnya. tapi bila makputeh asyik terus mengajak, takkan nak tolak pula. hati orang tua ni sensitif. bila dah nyanyi, ingat satu lagu je, hambik, 4 lagu sekali bantai. terkekek-kekek kami ni. 

makputeh =)


makputeh juga atas kerelaan sendiri untuk masuk ke rumah itu. disebabkan tiada siapa lagi di dalam hidupnya. ibu, ayah dan suami telah meninggal dunia. tinggallah seorang anak lelaki tetapi tidak mampu membuat apa bila dikongkong oleh isteri. alahai anak. kesian pada makputeh. beliau tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin mencari tempat mengadu dan luahan hati saja. 

sempat juga bertegur sapa dengan penghuni-penghuni lain. kesian melihat mereka. dimanakh anak-anak mereka. rasa zalim sangat, kenapa anak-anak sanggup meninggalkan ibubapa mereka begitu saja. tiadakah sifat kemanusiaan di dalam hati-hati mereka. tidak kah tiada sekelumit perasaan kasih sayang kepada ibu bapa mereka. redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. tidak redha ibu bapa, maka jangan bayangkan ingin ke syurga, bau apatah lagi. 

moga aku dapat terus berbakti kepada orang tua aku sampailah ke akhir nyawa mereka. tidak dapat sekali aku bayangkan bila mereka tiada di sisi aku lagi. 

mak dan abah. liza sayang kalian berdua. 

ya Allah, peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara diriku dan kasih padaku ketika aku masih kecil lagi.