Follow me~

19 October 2012

surgeri pt.2

Hari selasa yang lalu, sepatutnya aku disurgeri.

Namun lain pula yang terjadi...

Jam 9 pagi aku sampai di HUKM. Risau juge sebab terlewat sedikit dari waktu yang doktor tetapkan iaitu 8-9 pagi. Nurse menyambut ketibaan aku dan pesakit lain dengan senyuman yang ikhlas. Getar dijiwa rasa sedikit tenang saat melangkah ke ruang Pusat Jagaan Hariaan Wad Surgeri di tingkat dua.

Setelah aku didaftarkan nama untuk disurgeri, seorang nurse datang untuk mengambil tekanan darah dan aku dipakaikan dengan tag pesakit.

i'm a patient ! hu3
Di kawasan ruang menunggu semakin lama, semakin ramai pesakit yang datang. Ramai dikalangan orang tua. Sedihnya melihat orang-orang tua juga bakal untuk disurgeri. Sakit apa ye? Orang muda macam aku, ada la juge dalam 3-4 orang. Setengah jam berlalu, datang doktor bius dan memanggil nama aku. Dr. Azmin. Aku masih ingat. Surat keizinan untuk bius siap aku tandatangan. Kemudian datang pula doktor bedah, seorang berbangsa Cina memberikan aku surat keizinan untuk pembedahan. Hati dah dub..dab..dub..dab.. Seorang demi seorang pesakit telah masuk ke ruang pembedahan.

Lama aku tunggu. Namun nama aku masih tidak dipanggil. Menguap pun dah lebih sepuluh kali agaknya. Jam pun sudah melewati jam 12 tengahari. Ruang legar pun agak lengang. Jam 12.30, tiba-tiba nurse memanggil nama aku. NORHALIZA MUAIDI.. ye..ye.. saya. Aku diberikan baju untuk disurgeri. Gulp ! Hati mula beristighfar.. 10 minit kemudian, aku dipanggil sekali lagi untuk bersedia sebelum disurgeri.

Mulut dah terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran yang aku mampu diwaktu itu. Aku duduk dalam keadaan resah. Hu3. Kemudian, datang doktor bedah. Rupanya doktor yang aku jumpa ketika appoinment terakhir.

Dah lama awak tukar baju tu?

Em. Baru je doktor. (Aku kehairanan dengan pertanyaan tu)

Sebenarnya saya nak minta maaf. 

Erk..

Dua kes surgeri sebelum ni ada masalah sikit, tu yang lewat sangat giliran awak. (Doktor membuka fail untuk merujuk kes aku). Sekarang ni, dah jam 12.30, doktor bius ada sampai jam 1 sahaja. Merujuk kes awak, ada dua tempat untuk disurgeri, jadi perlu bius penuh.

Aku mendengar dengan teliti. Erm.

Tapi, doktor bius tak boleh tunggu awak. Kalau nak surgeri juga, separuh je sempat untuk dibius. Nanti awak yang tak tahan sakit. Kita terpaksa tangguhlah. Jadi, macam mane? (Doktor tanya kepada aku. Sudah pasti dari penerangan yang diberikan, tiada pilihan jawapan. Hu3)

Gulp !

Erm..nak buat macam mane doktor. Takpelah, tangguhlah.


Begitulah berakhirnya penantian berjam lamanya di wad surgeri. Aku terima dengan hati terbuka. Doktor juga memberitahu tiada risiko yang merbahaya jika ditangguh. Kemungkinan, fibroid itu akan membesar sahaja.

Ok ! Sementara menunggu tarikh baru surgeri, dapatlah sebekas makanan hospital. Sebab dari jam 8 malam hari sebelumnya aku sudah berpuasa. Perut pun dah kruek..krek.. Aku pun makanlah. Tapi, sangat tak sedap ! Nak muntah ! Tapi, lapar ! Telan jugak. Huhu.


Nampak sedap, tapi...
Begitulah al-kisah bakal disurgeri. kui3.

No comments: