Follow me~

29 May 2012

seri kenangan, seremban

assalamualaikum

hari ni buat pertama kali dalam hidup melawat ke rumah orang-orang tua di seri kenangan, seremban. alhamdulillah, lawatan yang terakhir dalam sem ni bagi memenuhi syarat subjek perkembangan psikologi orang tua. dan syukur sekali lagi pada Ilahi kerana aku rasa sangat bertuah dapat menjadi pelajar kaunseling. banyak yang aku dapat belajar tentang manusia dan erti kehidupan realiti.

sampai je di rumah seri kenangan, dari jauh aku melihat beberapa warga emas siap memakai baju batik menunggu kami di depan dewan. hati mula terusik. mereka menyambut kami dengan kemas dan rapi. kaki mula melangkah turun dari bas, jiwa pula runtun dan kolam air mata mula bertakung. adeh. satu perasan mula menyelinap. andai la aku di tempat mereka..

aku cuba untuk mengawal emosi. di dalam dewan, aku duduk disebelah antie muniamar. berbangsa india. sempat aku berborak kosong sementara majlis bermula. antie muniamar tinggal di perak tapi telah dihantar ke rumah ini.tiada siapa yang ingin memelihara beliau. beliau rasa lebih bahagia tinggal disitu dari mengingat kisah-kisah duka. hati aku mula bermonolog kembali. andai aku disitu... kali ni air mata deras mengalir. aku agak cover, takut dilihat oleh penghuni warga emas lain. bila majlis pengenalan berkaitan rumah seri kenangan oleh tuan haji, tuan haji memberitahu bahwa ramai yang berada disitu adalah kerana kehendak mereka sendiri. daripada tinggal sendirian tanpa jagaan anak-anak, mereka mencari tempat lain untuk berteduh dan kawan-kawan yang boleh bergelak ketawa menghilang duka lara.  

kami dibahagi2kan kepada nenek dan atok angkat. dan nenek angkat aku ialah makputeh. macam nama orang dolu2. makputeh agak sihat tubuh badan walaupun sudah berumur 70 tahun.. sempat berkongsi cerita bersama beliau. aku kalau boleh tidak mahu mengusik kisah duka beliau. biarlah kehadiran aku disitu dapat menghiburkan hati beliau. sempat bergurau senda dan ketawa. makputeh tak habis mengajak aku dan kay (clasmate) untuk duet menyanyikan lagu jefri din kenanganku. huhu. aku ni dah la tak layan lagu-lagu lama. apatah lagi nak menghafalnya. tapi bila makputeh asyik terus mengajak, takkan nak tolak pula. hati orang tua ni sensitif. bila dah nyanyi, ingat satu lagu je, hambik, 4 lagu sekali bantai. terkekek-kekek kami ni. 

makputeh =)


makputeh juga atas kerelaan sendiri untuk masuk ke rumah itu. disebabkan tiada siapa lagi di dalam hidupnya. ibu, ayah dan suami telah meninggal dunia. tinggallah seorang anak lelaki tetapi tidak mampu membuat apa bila dikongkong oleh isteri. alahai anak. kesian pada makputeh. beliau tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin mencari tempat mengadu dan luahan hati saja. 

sempat juga bertegur sapa dengan penghuni-penghuni lain. kesian melihat mereka. dimanakh anak-anak mereka. rasa zalim sangat, kenapa anak-anak sanggup meninggalkan ibubapa mereka begitu saja. tiadakah sifat kemanusiaan di dalam hati-hati mereka. tidak kah tiada sekelumit perasaan kasih sayang kepada ibu bapa mereka. redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. tidak redha ibu bapa, maka jangan bayangkan ingin ke syurga, bau apatah lagi. 

moga aku dapat terus berbakti kepada orang tua aku sampailah ke akhir nyawa mereka. tidak dapat sekali aku bayangkan bila mereka tiada di sisi aku lagi. 

mak dan abah. liza sayang kalian berdua. 

ya Allah, peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara diriku dan kasih padaku ketika aku masih kecil lagi. 

No comments: