Follow me~

11 March 2013

cuti-cuti langkawi

Assalamualaikum..

Hi u owls..this time aku nak sharing incredible moment masa cuti-cuti ke langkawi 5-7 mac minggu lepas. even this is my brape kali time dah ke sana, but yang membezakan ialah, aku pergi dengan kawan kelas yang rapat. geng aku ade empat orang. tapi, sorang dah tawen kan. so agak susah la nak ikut. kami2 yang masih bujang trang..tang..tang jelah ke sana. cuti-cuti ni dikira kerja gila juga, sebab ponteng kelas kot! haha. pemergian yang tidak diwar2kan. mati la kalu lecturer tahu. muahahaha..

Sepanjang 3H 2M, kami menginap di rumah makcik aku. dia dah bermastautin di sane sejak berkahwin dengan orang pulau. hehe. misi untuk bercuti, tapi dalam masa yang sama menziarahi makcik tercinta di sane. ^^

maknanie dan anak dia
 okey..now let's begin~
Dari LCCT flight jam 4.40 ptg dan smpai di Langkawi jam 5.30 ptg. muka nampak konfiden je nak pergi Langkawi, tapi dalam hati, cuak beb. tak datang kelas dua hari. hehe


syaima, aku, yan

Sekarang, aku ceritakan rentetan perjalanan sepanjang keberadaan aku dan kawan2 di sane.

HARI PERTAMA

Lepas maknanie aku jemput di airport, terus ke Pantai Cenang. tengok matahari terbenam. kalau kat Nilai kul 7.30 mlm dah gelap gelemat. kat sane, masih terang. malam pulak, kami berjalan sepanjang kedai di Pantai Cenang. cuci mata jela. nak beli baju ke, seluar ke, bukan dalam senarai.


senja pantai cenang




 HARI KEDUA

Misi seterusnya adalah menuju ke kereta kabel. maknanie kerja, jadi dia berikan kereta dan bekalkan peta mulut untuk ke sana. hehe. katanya tak susah. tapi, kami bawa jugak peta ni. takut2 la sesat ke. haha. rumah maknanie dekat je dengan pantai cenang, dan sewajibnya sampai ke kereta kabel hanya memakan masa 30 min. tapi, kami telah buat catatan terbaik iaitu 1 jam 30 minit. haha. hebat sungguh. rupanya tersalah masuk jalan yang jauh. but, sepanjang perjalanan banyak tahu tempat-tempat yang menarik kat sane. terutama view2 pantai. sampai kat sane pulak, lagi lah malang. kereta kabel tutup untuk proses penyelenggaraan. hoho. minggu pertama hari rabu WAJIB tutup ye. info baru ni.

Then terus la menuju ke Pekan Kuah. membeli-belah coklat di Haji Ismail Group. seperti diketahui umum, kat situlah harga coklat yang agak murah. penuh bakul dengan tempahan2 housemate kat Nilai nun. haha.

Habis borong cokelat, singgah ke Dataran Lang. tengok helang besar, tanda mercu Langkawi. makan tengahari pulak di KFC Jetty Point.



 Aktiviti petang. sangat best. inilah target utama kami.
> Island hoping (round 3 pulau) selama 4 jam.
> Parasiling

 Island Hoping bermula jam 2.30 petang. Perghh ! tengah2 panas bederang. terbakor segalanya. bot yang di pandu laju, rasa nak terbang. haha. sampai TDB je, mandi manda la. tak pandai berenang, kenalah sewa life jacket. kang ade yang jadi dugong lemas. haha. kat sane. dikelilingi mat2 dan minah2 saleh yang seksi meksi. kami2 je full dress. patutla depa heran tengok kami. depa selamba badak dan katak je dengan bikini dan seluar mandi. huhu. aku pulak yang malu tengok depa tuh ! sejam kat sini.


 

yeeha ! best2.
Next pulak, singgah Pulau Singa Besar. just utk pencinta alam, amik gambar helang yang banyak sangat2 turun untuk makan. pakcik yang bawak bot ni lempar makanan, then puluhan helang turun. klik 10x. besar helang2. takut pun ade aku tengok.


Akhir sekali, ke Pantai Beras Basah. sejam diberikan untuk aktiviti bebas. boleh la nak mandi-manda. snorkeling ke. aku cuba lah snorkeling. hampeh ! dah pakai alat snorkeling pun, air masuk hidung. sakit dan perit hidung dengan tekak. last sekali, memang jadi cam dugong la. dengan tak pandai berenang. haha.


Petang pulak, kami naik parasiling. naik belon dan tengok panorama dari atas secara live. subhanallah. cantek bangat !!

itu aku. star on the sky

HARI KETIGA

Pepagi lagi, pergi ke kereta kabel. takut ramai orang pulak. tapi sempat singgah ke Harbour apa ntah namanya. kat sini banyak kapal2 dari luar negara. mat2 dan minah2 saleh yang datang ke Langkawi secara berlayar, depa letak bot kat sini lah. maknanie cakap, selalunya 3 bulan jugak depa ni datang ke sini. depa park bot, then pergi la travel ke seluruh Malaysia. wah ! brilliant depa ni. hehe


Haaaa..ni kereta kabel. Ni kali kedua aku naik. tapi masih gayat. erkkk ! tinggi gile kowt. nak tercabut jantung. tergelak2 muka mat dan minah saleh yang naik skali dengan kami. huhu. i am scared !

  

nampak tak? cuak!
Turun dari kereta kabel, masuk pulak ke wayang 5D. 10 min je. baru lagi aktiviti ni. boleh la nak cuba. seolah2 naik roller coaster dan alami pengalaman yang mencabar.

Matahari pun dah tinggi, kami ke Pekan Kuah sekali lagi. ada beberapa barang nak cari. dalam perjalanan, singgah ke Beras Terbakar, shoping kain2 batik dan keychain nak bawa balik pada kawan2.


Badan pun dah letih, pulang ke rumah maknanie. Petang pulak, maknanie bawa kami makan mee rebus di gerai sebelah airport. betol2 sebelah dengan landasan. jadi, tengah2 makan, kapal terbang turun. 


Begitulah perjalanan aku dan kawan2. lepas makan2 tuh, sempat lagi, ke pasar malam. tengok2 juadah2 yang takde di Nilai nun. harga pun ok, murah dengan kuantiti yang sangat banyak. beza memang berbeza.
kekenyangan~

Flight pukul 10.40 mlm. sayu pulak nak tinggalkan maknanie. huhu. insyaAllah akan datang lagi. Dalam keletihan, tidur kejap dalam flight. Alih2 dah Nilai, welcome back. Alhamdulillah sampai.

=)

Kelas pulak menanti di hari Jumaat.