Follow me~

14 April 2013

kite berbadminton pulok

Assalamualaikum wbt

tak sangka, hanya ajak ayam-ayam untuk main badminton, akhirya menjadi.

yeay !
mula-mula aku ajak kak Amal dengan Nadia main hari jumaat petang. sebab dah bosan sangat duk dekat rumah sewa ni. tula, balik awal sangat. kih3
then Nadia bagi cadangan suruh ajak geng pencak sekali. ha..good idea. thumbs up !
bila aku post kat fesbuk group, sekali ramai pulak yang nak join. ini sudah bagus. hehe

yippie !
suke sangat. tempah 2 jam kat kompleks sukan airport. dekat je dengan usim. main dua jam tak hengat dunia. sakit pinggang kot. adeh. tak sempat nk warm-up bagai, terus hentam masuk court. hehe

awal-awal gegurl lawan gegurl. masuk jam kedua, coach suh beregu campuran. hambik kaw! mencicit nak kejor shuttle. memang naseb la geng dengan aku. penakut kena smash ! muahehe.

really enjoy~


12 April 2013

buku baru



wow..ini tambahan koleksi buku di rak dekat rumah sewa. ini baru rumah sewa, dekat rumah nun di cheras ade lagi. banyak tu banyak, tapi belum semua habis di baca. baca buku tu sikit, baca buku ni sikit. tu style aku membaca. nak fokus satu buku, hampeh ! setahun mahu nak habis. teruk betol aku ni.

kelekaan buat esaimen-esaimen yang ada, buat aku lupa dengan koleksi buku yang best-best ni. baru habes dengan koleksi hadis berbentuk komik vol 1. akan disambung buku seterusnya.

ha ! lupe pulak. semua buku ni aku beli dengan baucer buku yang kerajaan bagi. buku akademik banyak tak boleh beli dengan baucer, jadi manfaatkan dengan beli buku islami ni. wink.wink

10 April 2013

hati yang terusik

Assalamualaikum wbt

berjumpe lagi di blog. heee
acap juga aku menulis di blog time cuti ni
yelah, memanfaatkan masa yang ada sebelum sibuk

baru je dapat invitation walimah secara rasmi oleh sahabat baik
Amal Athirah Zarzilah nama nye
sahabat paling rapat masa sekolah
insyaAllah masih rapat walau dibatasi jarak

saat Amal bertunang lagi aku dah sedih
lepas ni tak boleh nak ziarah tiba-tiba
sebab dah jadi isteri orang

erm,
lihat sahabat2 yang menjejakkan kaki ke alam rumahtangga
hati mane yang tak terusik
dekat ruang fesbook
ramai sahabat handai menghantar kad kawen
aku just klik going
bila pulak orang lain akan klik going untuk jemputan aku
hehehe

terusik tu terusik juga
tapi aku tahu, belum masanya lagi
dah tiba masa nanti, pasti Allah akan berikan petunjuk
insyaAllah
moga ruang masa yang Allah berikan ini
menjadikan aku insan yang lebih solehah
untuk mendapatkan insan yang soleh

amin


# celoteh pepagi buto










08 April 2013

lupakan hasrat

Assalamualaikum wbt

petang-petang macam ni, sambil dengar lagu Nazrey Johani bertajuk Muslimah, best jugak. mulalah hati ni nak sayu-mayu. adeh -.-'

apa yang aku fikirkan saat ni? terfikir nak sambung master lepas habis degree tahun depan. insyaAllah. jadi apa masalahnye? nak sambung memang senang, tapi..

aku nak sangat sambung kat oversea. tapi...

tahun depan grade dah umur 25 tahun. tapi...

apa yang tapi-tapi ni? haishhh

kemungkinan aku nak sambung ke oversea menjadi angan-angan sahaja. sebab, kalau ke sana, tiada siapa yang nak menyara keluarga aku. abah dah 62 tahun depan. mak pulak dah 50. tengok pada fizikal abah, dia kurang mampu untuk bekerja. apatah lagi, abah memandu bas kilang. aku pernah suruh abah berhenti kerja, tapi abah cakap, siapa yang nak bayar kereta dan rumah. aku tersentap. sememangnya, itu tanggungjawab aku sebagai anak sulung.

insyaAllah, mak dan abah. liza mohon mak dan abah diberikan kesihatan yang baik, bekerja untuk menyara kami anak-anak mak abah. mak abah tunggu ye, setahun lagi liza habis belajar. lepas tu, mak abah dah boleh duduk rumah ye. jangan kerja lagi.

sayang mak abah. <3





07 April 2013

yippie.cuti.

Assalamualaikum wbt
Kembali bercuti pertengahan semester..yippie !

lama tak menulis di blog ni. tak menyempat. pack dengan kelas. almaklumlah dah senior la katakan. hari-hari kelas sampai malam. bila dah balik, lembik la jawabnye. kalau tak hebat result semester ni, tak tahula. hehe

so, sekarang dah start cuti, sempat la jari jemari ni nak menaip. hurm, jadi apa yang aku nak kongsikan ye? by the way dah lama aku nak sharekan sesuatu. apa tu? jeng2. aku dah beli motor !!! yeeha. Alhamdulillah. suke sangat. (bila anda rasa gembira kata hooray) hooray ! hehe. syukur sangat2. rasa dapat bernafas semula bila dah ada kenderaan ni. boleh kemana-mana tanpa perlu bergantung pada orang lain. aku beli motor lepas dapat insentif kemenangan AUG tempoh hari. rezeki Allah bagi. boleh la buat bayar deposit motor.


skuter sy comel :)

lepas tu, aku nak share berkaitan aku ke program super caliph di kem d semungkis, hulu langat minggu lepas. dah lama tak berprogram dan beraktiviti sebagai fasilitator. dalam kesibukan assignment dan kuiz, sempat memberikan masa untuk kerja-kerja komuniti. apa yang best sebenarnya? dalam kem ni menggabungkan peserta anak-anak KWSP dan pelajar tahfiz dari tahfiz bukit antarabangsa. uniknya, pelajar tahfiz ni kebanyakan dari Kemboja. teruja sangat dapat berkenalan dengan mereka. walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu, tapi aku cuba juga berkomunikasi dengan bahasa yang mudah. sejuk hati melihat anak-anak remaja menjiwai Al-Quran di dada. untung kedua orang tua mereka. Alhamdulillah.

akhir sekali, semalam majlis penutupan sukan antara fakulti dan penyampaian insentif sukan kepada atlit cemerlang 2012. Alhamdulillah aku dan kak Amal (partner silat) tersenarai. rezeki Allah bagi lagi. rasa bersyukur dan bertuah sangat. rezeki melimpah-melimpah. aku tak pernah lupa mengucapkan rasa syukur pada Allah, sebab aku yakin dengan Allah bahawa rezeki itu ada dimana-mana. hehe. semalam juga, waktu majlis berlangsung aku dengan partner di minta untuk membuat persembahan silat di depan naib canselor dan atlit2 sukan. Alhamdulillah berjalan dengan jayanya. sampaikan sewaktu nak bergambar dengan NC, siap ditanya dah ada pakwe ke belom? haha. motif? NC cakap ganas sangat bersilat, lari pakwe nanti. haha. ops~ NC, saya belum berpunya. sebab tu orang tak dekat dengan saya. takot kot. ngee~ kena sopan santun lagi lepas ni. hik2.

cuti seminggu ni, menghadap la assignment yang menimbun. moga terus tekal. insyaAllah. one year more to go !