Assalamualaikum wbt
Syukur walhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Korban kali ini, diri ini masih diberi ruang dan peluang untuk menziarahi dua buah kampung orang Asli di nun Hulu Selangor.
Bermula tahun lepas, ini adalah ziarah kali kedua bagi hari raya korban di KOA Kg Tun Razak, Kuala Kubu Bharu. Majlis korban yang diadakan pada hari Isnin baru ni mendapat sambutan oleh masyarakat orang Asli beragama Islam disini. Tapi, malangnya aku sampai lewat dan majlis telah pun berakhir, namun kemeriahan anak-anak orang Asli yang gembira melihat aku dan sahabat-sahabat sukarelawan, mereka tetap menunggu dan bermain, bermesra dengan kami. Girang gembira mereka ! Namun disudut hati aku, kegembiraan yang ditunjukkan oleh mereka masih gusar di hati ini. Bukan apa, kebanyakan dari mereka tidak bersekolah dan hanya mengharapkan bantuan zakat semata. Oleh sikap sesetengah ibubapa mereka yang hanya mementingkan wang dan bukanlah pendidikan, anak-anak akan menjadi mangsa dunia dek ketandusan ilmu pelajaran. Bagaimanalah nanti mereka akan mengharung dunia. Hanya mampu, bila berjumpa dengan mereka, sokongan moral dan memberitahu mereka pergi sekolah adalah sesuatu yang indah dan berharga selain menjadikan diri kami sebagai contoh. Mudah-mudahan ada hati-hati yang tercetus niatnya untuk ke sekolah. Amin
anak org asli di Kg Tun Razak |
belia org Asli di Kg Serendah |
kami-kami |
Seterusnya aku dan sahabat ke KOA Serendah, disini ukhwah kami agak rapat dengan anak muda remaja orang Asli. Setiap kali kami ke sana,kami akan memasak dan menjamu makanan seadanya. Tidak berbekalkan dari mana-mana sumbangan tapi berbekalkan keizinan Allah dalam melakukan sekadarnya. Dengan niat, moga apa yang kami lakukan ini membuka mata dan meneguhkan rasa kecintaan mereka terhadap Islam. InsyaAllah. Kebetulan, mereka datang ke kawasan surau di tempat kami menginap, untuk melakukan sedikit aktiviti. Jadi aku dan sahabat juga turut serta sambil berbual bersama. Apa yang mampu, itulah seadanya :)
1 comment:
seronoknye dpt peluang mcm ni..
Post a Comment