Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ini untuk terus bernafas di tahun baru 1434 Hijrah. Syukur ya Allah.
Sekarang ini, sedang meniti minggu yang agak mencabar bagi semester ini, aku dalam keadaan yang sangat serabut memandangkan banyak lagi tugasan akademik yang terbengkalai. Tambahan lagi kekangan waktu yang perlu dibahagi-bahagikan antara komitmen latihan silat dan pembelajaran.
Sebelum dua minggu ini, aku tidak terasa bahangnya. Tapi bila mendapat tahu bahawa aku perlu menghadiri latihan pusat pencak silat ke Asean University Games pada 19-23 November ni. Rasa terpana dan terkaku sekejap. Sebabnya, aku hanya berbaki seminggu sahaja untuk siapkan tugasan sepanjang 24 Nov-1 Disember sebelum aku kembali ke latihan pusat sepenuhnya dan terus terbang ke Laos bagi kejohanan pencak silat pada 2-23 Disember 2012.
Menjadikan diri ini tersangat ralat, disebabkan dua subjek yang belum dihadiri oleh pensyarahnya kerana menunaikan haji. Untuk semester ini, aku belum bertemu dengan beliau. Minggu pertama dan kedua kuliah, aku tiada kerana kejohanan silat. Bila minggu ketiga aku balik, beliau pula ke Mekah dan sampailah sekarang, sebulan setengah tidak bersentuh apa-apa bab bagi dua subjek di bawah beliau. Minggu depan beliau hadir, tapi aku pulak ke latihan pusat. Dan setelah aku balik nanti, aku hanya tinggal seminggu untuk mendapatkan segala-galanya. Tugasan? Aku tidak tahu bila dapat disiapkan bila dah masuk latihan pusat nanti. Terasa di awang-awangan kerana aku tidak mampu untuk memikirkan bagaimana keadaannya.
Habis kejohanan di Laos, sudah berada di study week. Yang tersangatlah pasti, aku tidak dapat belajar apa-apa untuk dua subjek itu. Dan, bagaimana aku nak menjawab soalan final exam nanti. Midtem test? Bila? Sungguh, Aku senak memikirkan.
Ya Allah, aku tahu Engkau telah menetapkan yang terbaik buat diri. Engkau cekalkan hati ini supaya aku tidak memutuskan perasaan kebergantungan kepada Engkau.
Tiada yang mampu memahami diri ini disaat ini, hanya Engkau Ya Allah. Bantulah diri ini.
Risau..result semester ini akan merudum jatuh. Dan pasti aku perlu untuk melakukan sesuatu jika kemungkinan ini menjadi kenyataan. =(
No comments:
Post a Comment