Tulang rusuk kiri aku terkeluar dan timbul sedikit. Dah lama aku perasan, tapi aku buat tak tahu. last week, waktu buat medical cek-up, aku tanya lah pada doktor. Lepas doktor tengok dan buat sedikit pemeriksaan, doktor minta aku buat x-ray. Gulp ! Erm. Doktor cakap kemungkinan tulang belakang aku bengkok atau pun kesan dari angkat barang yang berat. Bergetar jiwa dan raga aku.
Pagi tadi pula, aku ke kempen derma darah. Dah lama aku nak menderma darah. Tapi setiap kali aku cek darah, zat besi mesti tak cukup. Tapi, aku mencuba juga tadi, even dah lebih sepuluh kali, dan pasti jawapannya mesti mengecewekan. 2007 adalah tahun yang pertama aku menderma dan juga kali terakhir. Selepas pada itu, mesti tak lepas ujian zat besi. Bila pembantu kesihatan tu tahu masalah ini, dia sarankan aku jalani ujian Talasemia. Gulp ! Bergetar dada aku buat kali kedua. Kemungkinan kekurangan zat besi adalah disebabkan gaya pemakanan dan mungkin juga aku menghidap Talasemia. Allahurabbi. Rasa gelap tiba-tiba dunia ni.
Dugaan. Nak atau tidak, aku mesti ke hospital secepat mungkin sebelum perkara2 ni membelenggu pemikiran.
Moga baik2 sahaja keputusannya. InsyaAllah =)
No comments:
Post a Comment