Follow me~

27 May 2012

ditarbiah

Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari Bootcamp Teenbuilding bersama adik huffaz dari MITIB, Maahad Tahfiz Sains & Teknologi, Istana Bandar. =)



mula-mula nak datang ke kem ni, takdelah se excited mana. sebab memikirkan sudah berada di minggu2 akhir semester. assignment yang belum siap pun agak banyak. tapi, aku gagahi juga sebab sudah menjadi tanggungjawab kepada consultan untuk hadir. tiada alasan untuk perlu dicipta untuk mengelak. tapi, bila dah bertemu dengan adik2 semua, Alhamdulillah, jiwa dan raga seperti di bangkitkan semula dan teruja untuk mengenali mereka =)

aku sendiri, masih cetek ilmu. banyak2 sangat yang perlu aku timba. banyak lagi perlu aku gali dalam ilmu2 berkaitan menjadi fasilitator. gerun setiap kali aku hadir ke kem. mampukah aku berikan yang terbaik untuk adik-adik yang dahagakan ilmu dan tempat menjadi curahan luahan dan perasaan. lagi-lagi, ini kali pertama aku berhadapan dengan adik2 hafiz-hafizah yang begitu menjaga ikhtilat di antara muslimin dan muslimat.

aku tak berasa kekok untuk bergaul bersama mereka. dan permulaan gambaran yang dapat aku berikan, mereka ini, sangat2 baik orangnya. rendah diri sekali. Allahuakbar. inilah ayat yang selalu mereka lafazkan setiap kali dipuji. bagus sangat2. sempat juga aku berborak dengan beberapa ahli kumpulan. mereka berada di maahad tahfiz adalah atas kerelaan mereka sendiri. Allahuakbar ! mereka tahu bagaimana suasana di maahad tahfiz, yang menjaga dan tidak mengendahkan perkara2 lagha. tapi, maahad tahfiz jugalah yang mereka pilih. tidak menghiraukan sahabat2 yang lain berada di sekolah biasa dan menjalani kehidupan yang tiada terbatas. mereka selesa dengan apa yang mereka pilih.

terasa diri ini seperti ditarbiah ! aku yang seringkali lalai dan malas nak dibandingkan dengan adik2 hafiz-hafizah ni. bagaimana mereka boleh membataskan dari melakukan perkara2 lagha sedangkan jiwa remaja sentiasa berperang di dalam dada. Pergh ! Superb ! dada mereka dihiasi dengan ayat2 Allah. bila ditanya berapa juzu' telah dihafal? Alhamdulillah, 9 juz, 10 juz. Allahuakbar. Aku? Juz amma pun belum khatam untuk dihafal. bertuah menjadi seperti mereka. mereka adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menggalas tanggungjawab sebagai huffaz. aku doakan agar mereka sentiasa menjadi anak yang selalu membahagiakan ibu bapa mereka. aku takdelah berkongsi apa-apa pun ilmu dengan mereka. sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa nak dibanding. aku lebih ditarbiah oleh mereka !

Ya Allah, peliharalah hatiku, agar sentiasa istiqamah di jalanMu
tidak aku lebih dambakan cinta, selain cinta dariMu
cintaMu yang akan kekal abadi =)

No comments: