Follow me~

12 February 2012

Jenguk Perdana Gayong 2012

Hari Jumaat lepas, sempat aku menjengah ke Perhimpunan Perdana Gayong 2012 kat Padang MPS, Seremban. Kali ni aku tak terlibat untuk membuat persembahan. Jadi hanya melawat sahabat2 segayong membuat persembahan. Lebih-lebih lagi sebagai anak gayong aku datang sebagai tanda sokongan terhadap event gayong yang agak besar. PM Malaysia datang tue =)

Sebahagian keluarga silat aku. Love them much <kak Sandra, Nabil, Ash, Angah dan chegu Fauzi>

Makcik aku, Maknanie pon datang sekali sebab bawa anak2 murid sekolah dia sebagai wakil dari Kedah. Aku pon amik kesempatan nak jumpa dia sekali la. Lama sangat tak jumpa. Dalam setahun setengah juga.  Kat sana juga, aku jumpa cikgu Mad iaitu cikgu yang mengenalkan aku dengan tumbuk dan tendang masa kat sekolah menengah. Serius, aku rindu saat2 latihan silat kat sana. Gelanggang Wangsa Maju Seksyen 2, menjadi saksi aku bersilat. Maaf cikgu Mad, bukan aku taknak menjengah ke sana, tapi kekangan waktu dan keadaan yang memaksa. Tapi, yelah bak kata cikgu Mad, itu alasan semata. Hu3. Kena sebijik. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku berjanji, aku akan kembali menjenguk dan berlatih di sana even sebulan sekali. Aku akan berusaha ke arah itu. InsyaAllah. =)

Aku banyak belajar pengalaman hidup melalui silat. Sedikit sebanyak mematangkan aku. Moga aku tak lupa pada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu selama ini. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan silat dan terima kasih cikgu Mohamad b. Mohd Nor, guru silat di Gelanggang SMKWM 2. Moga Allah memberkati hidup cikgu di dunia dan akhirat.
 

No comments: