Dalam perjalanan nak ke Serendah menaiki KTM, rupa-rupanya handphone aku tercicir dalam tren. Alhamdulillah telah ditemui oleh seorang wanita yg sangat baik hati. Dia pulak dlm perjalanan ke Tg.Malim nak balik ke kampung halaman. So, dari Serendah aku ditemani Yatie, Afie dan Yan ke Tg.Malim pula. 30 minit tunggu tren dan 30 minit juga nak sampai ke sana. Kesian tgk mereka. Aku dah give up nak pergi ambil handphone tu. Tapi, Yatie kuatkan aku. Mekacih Yatie. Kalau akak sorg2, kompem tak pergi ambil handphone tu.
Petang pukul 4 sampai ke Serendah kembali. Kawan-kawan yang dah lama sampai mengambil tugas memasak. Jadi kami yg terkemudian ni, makan ajelah. Hihi. Lepas tu kami ke Air Terjun Serendah yang tak berapa jauh dari tempat kami menginap iaitu rumah pegawai KOA, Puan Sabariah. Dah mandi manda, rasa segar sangat. Terasa badan di recharge semula oleh unsur2 alam semulajadi. Sungguh indah bercanda dengan alam ciptaan Allah. Ketika kami bergembira di sana, rupa-rupanya ada beberapa orang Asli berada disitu kerana risau akan keadaan anak mereka. Biasalah tepi hutan, banyak benda2 yang kita tak nampak dengan mata. Jam 6 kami pulang dan bersiap untuk makan malam dan solat berjemaah.
Dah lama tak solat berjemaah selama cuti dekat rumah ni. Bila dapat berjemaah terasa ukhwah itu hebat. Rasa dekat. Usai solat Maghrib dan Isyak, anak2 orang Asli dah mula mengerumi surau tidak sabar untuk berjumpa kami. Kawan2 yang lain dah pernah datang ke sini, tapi ini pengalaman pertama aku. Anak2 orang Asli sangat peramah. Tapi sayang, mereka belum mengenali Islam secara sempurna. Hanya dari segi namanya sahaja berbunyi Mohd, Nur, Siti dll. Perkara ini yang menjadi perkara utama kpd kami untuk dibincangkan dan dilanjutkan sebagai satu usaha dakwah.
Bersantai dengan anak-anak orang Asli best sangat. Sambil kami menjamu selera bersama mereka, banyak cerita kami kongsikan dalam menyelami hati mereka yang suci ini. Moga hidayah menyapa hati-hati mereka ini. InsyaAllah =)
Pagi Khamis yang indah, Alhamdulillah kami berqiyamullail. Dah lama tak berqiyam. Syukur pada Allah, aku diberi kesempatan didalam kealpaan dan kelekaan duniawi ini untuk bangun malam bersama kawan-kawan. Perancangan untuk bertemu Tuan Haji Othman pemilik Kem Rimba Hulu Tamu, Batang Kali tidak kesampaian. Kesulitan dari segi kenderaan. Kami hanya bergantung kepada sebiji kenderaan tetapi Nabil terpaksa pulang kerana isterinya kemalangan jalanraya. Innalillah. Namun, ikatan persahabatan yang lama terjalin antara aku dan sahabat baik aku ini, Afizah. Dia sanggup untuk datang dan menghantar kami ke KTM Serendah. Kebetulan dia tinggal di Serendah juga. Terima kasih Allah. Semuanya dipermudahkan.
Semuanya ke destinasi berbeza menaiki gerabak yang sama. Zaim, Haziq, Arif, Ayu dan Farhana menuju ke Klang. Aku ditemani Afiqah dan Yan ke Serdang, Nur dan Syikin ke Nilai dan Yatie ke Sungai Buloh. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dan sempat berfesbuk bersama mereka berkongsi keceriaan dalam keletihan di alam maya. Perkongsian yang hanya dapat ditafsir atas sebuah nama ukhwah yang bermatlamat kasih sayang dan redha Allah. Moga Allah mempermudahkan urusan kita yang murni ini. Amin 3x =)
Sebahagian kami 7 dari 12 =)
Selamat bertemu semester baru buat kawan2 dengan azam yang baru. Result exam pun dah keluar. Pastinya ada riak suka dan duka. Ingatlah, suka dan duka itu adalah nikmat dari Allah kepada kita semua. Bukan suka itu nikmat, duka pula azab. Tidak ! Sebab Allah itu Maha Pengasih. Allah tersangat kasih pada hambaNya. Jangan kita lupa. Dan pastinya aku juga belajar sesuatu dengan result yang aku dapat kali ini. Terima kasih Allah. Akhirnya selama bertahun aku di menara gading baru aku belajar apa erti sebuah kejatuhan. Nikmat bangkit dari rebah itu indah. Aku tak sabar untuk itu pada semester ini. InsyaAllah. Allah, I love YOU and I know YOU will owez with me =)
No comments:
Post a Comment