Follow me~

28 February 2012

Baucer Buku dah abes !

Hehe

Assalamualaikum wbt..

Dengan ini aku menghabiskan Baucer Buku 1 Malaysia dengan membeli buku ini :


Awalnye aku tak tahu pun buku ini wujud. Tapi setelah disebut2 oleh classmate dan mengatakan buku ini bagus, aku pun pegi la jenjalan kat jualan buku di Pusat Keusahawan Pelajar USIM. 

Alih2 terserempak dengan buku ini. Tanpa segan silu, aku tengok harga dan sah2 pasti mahal tapi takpe. Berbekalkan baucer RM 100 yang masih berbaki, aku pun membelinya. insyaAllah harap tidak dilabel sebagai menyalah guna baucer la. ^.^

Setelah aku belek2, infromasi di dalam sangat berguna, Menggabung jalinkan fakta hukum dan sains. 

Mungkin aku orang yang dah terlambat beli, tapi pasti ada yang belum beli.

Apa lagi? Jom ke kedai buku sekarang !!

25 February 2012

nak senang, kena susah dulu

salam'alaik =)

('',)

bermulanya semester ini aku tinggal di rumah sewa. setelah lama berfikir, bagi aku ada banyak kelebihan dan kesenangan tinggal di rumah sewa. tapi, setiap orang mempunyai pendapat masing2 bergantung dgn keperluan masing2. 

dan, sudah seminggu berlalu untuk semester baru, baru jadual kuliah. jadual tutorial belum keluar lagi. pastinya semester ini sangat pack dengan 6 subjek dan hanya 4 bulan je nak habiskan semua silibus dan assignment2 yang pastinya berlonggok untuk setiap subjek. moga aku tabah ! hehe. ketabahan aku sedikit teruji juga sebab sekarang ni aku dah takde kereta. dari semester satu sampailah tiga aku bawa kereta. ralat sikit bila takde kereta ni. nak bergerak ke sana ke mari agak susah. terasa patah kaki. sangat2 terasa. sepanjang minggu ni memang rasa nak nangis je. but, aku tenangkan hati. aku tengok student2 yang takde kereta, bersusah payah naik bas dan jalan kaki datang kelas. kalu dorang boleh susah, why not aku tak. Alhamdulillah aku dapat sesuaikan diri sikit2. kena rajin berjalan la lepas ni. =)

tinggal kat rumah sewa ni, dah jauhla dari hiruk pikuk asrama. rasa rindu pulak. kalu dulu bosan2 aku selalu la pegi rumah member2 silat. borak2. yelah, time awal2 semester ni la nak lepak2 n borak2 sbb belum busy lagi.  serius rindu sangat2 especially kak Amal, partner silat aku. Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan kak Amal masa pegi library. menangis kerinduan sekejap. hu3. sedih kot! kalu tak, benda2 sedih aku citer kat dia. tapi, dah tinggal jauh ni, nak citer kat sape? Erm. takpe2, belajar bersusah2 dahulu..

pagi tadi juga, dah selesai doa selamat, solat hajat dan bacaan yasin di rumah sewa aku. semuanya pelajar lelaki dijemput. malu aku terkenangkan peristiwa pagi tadi. aku jadi orang yang paling lambat turun dari bilik. masa tu, pelajar2 lelaki dah stat memenuhi ruang tamu. bila aku turun dari tangga, rasa macam rombongan meminang yang datang. hu3. hati berdebor2 yang amat sangat masa lalu ruang tamu. memang aku tak toleh langsung sapa yang datang. malu2. agak2 nye macam tu lah kot perasaan orang datang meminang. hehe =) kelakar pulak bila mengenangkan. 

18 February 2012

kereta oh kereta !


Kereta aku sekarang yang dah rosak masih lagi di bengkel kat Sg.Ramal, Kajang. Menunggu member aku nak ambil. Tak sangka, ada juga orang nak beli even kereta tu dah takde enjin. Enjin meletup kot! Apalah nasib kereta kancil aku. Tapi RM 1k jela mampu dye bagi. But, its okey for me. At least ada yang nak beli. Sekurang-kurangnya i noe dat my kancil is still alive.

Dua minggu cuti semester aku kat rumah. Tapi dua minggu yang agak sibuk. Boleh dikatakan everyday aku ke Shah Alam. Menyiapkan kerja2 company sikit. Future job after graduate, InsyaAllah. Pagi2 aku akan keluar rumah jam 7 pagi tunggu teksi kat jalan besar nak ke bustop. Then amik bas depan Jusco Balakong to get tren kat KTM Serdang. 1 jam kemudian baru smpai stesen KTM Shah Alam. Macam ni lah rutin dalam hampir dua minggu. Quit tough for me. But, really need patient. Aku tahu pasti ada hikmah.

Nak beli kereta baru? Bila aku tanya mak. Mak kata tak mampu lagi. Its okey. Aku pun malas nak fikir dulu. Kerja tetap pun belum lagi. Tapi, aku memamg patah kaki rasanya. Aku seorang yang suka buat kerja outdoor. Mostly aku ke latihan silat, mengajar tusyen, atau jadi sukarelawan, sometime fasilitator. Tapi, semua ni aku dah tak dapat buat ataupun terbatas. 

Jadi, bersabarlah dahulu. Sabar buahnya manis. =)

Jadi, apa kena mengena dengan gambar kereta Saga ni? Erm. 


I'll  try to get it. When? Wallahu'allam.

17 February 2012

i'm learn everyday

Sebelum melangkah ke semester baru, kami team DarulFitrah iaitu group sukarelawan ke Kampung Orang Asli Serendah hari Rabu dan Khamis lepas. Tujuan kami ke sana adalah untuk menyusun organisasi team ini yang masih baru dalam industri sukarelawan. Even 12 orang sahaja yang boleh datang, tapi ini dah cukup berbaloi. Thanks guys !

Dalam perjalanan nak ke Serendah menaiki KTM, rupa-rupanya handphone aku tercicir dalam tren. Alhamdulillah telah ditemui oleh seorang wanita yg sangat baik hati. Dia pulak dlm perjalanan ke Tg.Malim nak balik ke kampung halaman. So, dari Serendah aku ditemani Yatie, Afie dan Yan ke Tg.Malim pula. 30 minit tunggu tren dan 30 minit juga nak sampai ke sana. Kesian tgk mereka. Aku dah give up nak pergi ambil handphone tu. Tapi, Yatie kuatkan aku. Mekacih Yatie. Kalau akak sorg2, kompem tak pergi ambil handphone tu.

Petang pukul 4 sampai ke Serendah kembali. Kawan-kawan yang dah lama sampai mengambil tugas memasak. Jadi kami yg terkemudian ni, makan ajelah. Hihi. Lepas tu kami ke Air Terjun Serendah yang tak berapa jauh dari tempat kami menginap iaitu rumah pegawai KOA, Puan Sabariah. Dah mandi manda, rasa segar sangat. Terasa badan di recharge semula oleh unsur2 alam semulajadi. Sungguh indah bercanda dengan alam ciptaan Allah. Ketika kami bergembira di sana, rupa-rupanya ada beberapa orang Asli berada disitu kerana risau akan keadaan anak mereka. Biasalah tepi hutan, banyak benda2 yang kita tak nampak dengan mata. Jam 6 kami pulang dan bersiap untuk makan malam dan solat berjemaah.

Dah lama tak solat berjemaah selama cuti dekat rumah ni. Bila dapat berjemaah terasa ukhwah itu hebat. Rasa dekat. Usai solat Maghrib dan Isyak, anak2 orang Asli dah mula mengerumi surau tidak sabar untuk berjumpa kami. Kawan2 yang lain dah pernah datang ke sini, tapi ini pengalaman pertama aku. Anak2 orang Asli sangat peramah. Tapi sayang, mereka belum mengenali Islam secara sempurna. Hanya dari segi namanya sahaja berbunyi Mohd, Nur, Siti dll. Perkara ini yang menjadi perkara utama kpd kami untuk dibincangkan dan dilanjutkan sebagai satu usaha dakwah.

Bersantai dengan anak-anak orang Asli best sangat. Sambil kami menjamu selera bersama mereka, banyak cerita kami kongsikan dalam menyelami hati mereka yang suci ini. Moga hidayah menyapa hati-hati mereka ini. InsyaAllah =)

Pagi Khamis yang indah, Alhamdulillah kami berqiyamullail. Dah lama tak berqiyam. Syukur pada Allah, aku diberi kesempatan didalam kealpaan dan kelekaan duniawi ini untuk bangun malam bersama kawan-kawan. Perancangan untuk bertemu Tuan Haji Othman pemilik Kem Rimba Hulu Tamu, Batang Kali tidak kesampaian. Kesulitan dari segi kenderaan. Kami hanya bergantung kepada sebiji kenderaan tetapi Nabil terpaksa pulang kerana isterinya kemalangan jalanraya. Innalillah. Namun, ikatan persahabatan yang lama terjalin antara aku dan sahabat baik aku ini, Afizah. Dia sanggup untuk datang dan menghantar kami ke KTM Serendah. Kebetulan dia tinggal di Serendah juga. Terima kasih Allah. Semuanya dipermudahkan.

Semuanya ke destinasi berbeza menaiki gerabak yang sama. Zaim, Haziq, Arif, Ayu dan Farhana menuju ke Klang. Aku ditemani Afiqah dan Yan ke Serdang, Nur dan Syikin ke Nilai dan Yatie ke Sungai Buloh. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dan sempat berfesbuk bersama mereka berkongsi keceriaan dalam keletihan di alam maya. Perkongsian yang hanya dapat ditafsir atas sebuah nama ukhwah yang bermatlamat kasih sayang dan redha Allah. Moga Allah mempermudahkan urusan kita yang murni ini. Amin 3x =)

Sebahagian kami 7 dari 12 =)

Selamat bertemu semester baru buat kawan2 dengan azam yang baru. Result exam pun dah keluar. Pastinya ada riak suka dan duka. Ingatlah, suka dan duka itu adalah nikmat dari Allah kepada kita semua. Bukan suka itu nikmat, duka pula azab. Tidak ! Sebab Allah itu Maha Pengasih. Allah tersangat kasih pada hambaNya. Jangan kita lupa. Dan pastinya aku juga belajar sesuatu dengan result yang aku dapat kali ini. Terima kasih Allah. Akhirnya selama bertahun aku di menara gading baru aku belajar apa erti sebuah kejatuhan. Nikmat bangkit dari rebah itu indah. Aku tak sabar untuk itu pada semester ini. InsyaAllah. Allah, I love YOU and I know YOU will owez with me =)

12 February 2012

Jenguk Perdana Gayong 2012

Hari Jumaat lepas, sempat aku menjengah ke Perhimpunan Perdana Gayong 2012 kat Padang MPS, Seremban. Kali ni aku tak terlibat untuk membuat persembahan. Jadi hanya melawat sahabat2 segayong membuat persembahan. Lebih-lebih lagi sebagai anak gayong aku datang sebagai tanda sokongan terhadap event gayong yang agak besar. PM Malaysia datang tue =)

Sebahagian keluarga silat aku. Love them much <kak Sandra, Nabil, Ash, Angah dan chegu Fauzi>

Makcik aku, Maknanie pon datang sekali sebab bawa anak2 murid sekolah dia sebagai wakil dari Kedah. Aku pon amik kesempatan nak jumpa dia sekali la. Lama sangat tak jumpa. Dalam setahun setengah juga.  Kat sana juga, aku jumpa cikgu Mad iaitu cikgu yang mengenalkan aku dengan tumbuk dan tendang masa kat sekolah menengah. Serius, aku rindu saat2 latihan silat kat sana. Gelanggang Wangsa Maju Seksyen 2, menjadi saksi aku bersilat. Maaf cikgu Mad, bukan aku taknak menjengah ke sana, tapi kekangan waktu dan keadaan yang memaksa. Tapi, yelah bak kata cikgu Mad, itu alasan semata. Hu3. Kena sebijik. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku berjanji, aku akan kembali menjenguk dan berlatih di sana even sebulan sekali. Aku akan berusaha ke arah itu. InsyaAllah. =)

Aku banyak belajar pengalaman hidup melalui silat. Sedikit sebanyak mematangkan aku. Moga aku tak lupa pada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu selama ini. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan silat dan terima kasih cikgu Mohamad b. Mohd Nor, guru silat di Gelanggang SMKWM 2. Moga Allah memberkati hidup cikgu di dunia dan akhirat.
 

06 February 2012

Pesilat..Mula !



team aku hanya membawa pulang 1 Perak sahaja
tapi momentum kesemua pesilat semua nya meningkat
keep it up k !
even team kita tak segah team2 lain
tapi, semangat sepasukan kita yang menjaga 
SYARIAT & IKHTILAT
sangat aku puji =)

Love to be in this team
Bersilat tu silat juga, tapi murka Allah kena ingat
p/s buat diri dan sahabat2 =)







05 February 2012

selamat tinggal RE

dah banyak dia berjasa dengan aku
sejak ada dia.. hidup aku sangat meriah
ke sana ke sini sentiasa dia dan aku

serius, hidup aku akan kembali seperti dua tahun yang lalu
naik teksi, bas rapid, tren komuter dan apa saja kenderaan awam yang ada

genap dua tahun dia bersama aku
ini adalah jalan yang terbaik buat aku dan dia
maafkan aku
jodoh kita sampai disini

dah berkali-kali air mata dan hati ini menangis
kali ini air mata sudah kering

terima kasih Allah atas nikmat yang Kau berikan sementara ini
aku takkan lupakan jasa2 dia
dia juga makhluk ciptaanMu

walaupun dia hanya lah sebuah kereta lama yang banyak berkorban
moga setiap roda2 yang berputar bersama aku dan dia
sentiasa di dalam keberkatanMu


selamat tinggal RE =(

01 February 2012

sambutan yang syahdu

my besday on my silat competition. 
31 januari 2012
 tamingsari 4 ukm : pingat perak ganda puteri =)


tak sangka. tahun ini sambutan hari lahir yang sangat best dalam hidup setakat ni. belum pernah kena prank camni. adeh. tensen sungguh. ingat betul2 la aku gadoh dengan coach silat sendiri pulak tue. hoho. tulah padahnya bila mulut ni senang je nak menjawab bila kena tegur. kena perbaiki tabiat ni.

rupa-rupanya aksi coach aku marah kat aku, adalah rekaan semata-mata. tapi, aku dah masak sangat perangai dia. memang leh kata, aku seorang anak murid yang sangat degil,panas baran dan suka menjawab. hoho. sori coach. tapi, yang best. coach aku pon dah masak sangat dengan ciri-ciri perangai aku ni.

lepas je aku selesai bertanding silat, coach aku dah meragam. aku tak perform la. apa la. hu3. last2 aku dengan coach tak bercakap. aku pun taknak tahu berapa markah yang aku dapat. bila tahu dpt no 2, tiada perasaan pun.sbb dah takde mood. time rehat, sume kena kumpul. dalam hati aku, memang aku la orang yang akan kena target. dan memang betul pon. tahan jela. mmg aku akui salah aku. aku tak nafikan. bila coach dah sentuh bab team silat ni dah macam family la. aku dah mula sebak. then, air mata aku tup tup jatuh berlinang. memang serius aku tacin bab2 camni.

kawan2 yang lain sume kena marah sbb tak beritahu sesuatu yang penting kat coach. sory geng. time tu aku dah pikir, tak gtau pasal besday aku ker? hurm. kalu betul, mmg sebak la aku. first time kot kena macam ni. aduh ! alih2, mmg betol pon. coach saje nak prank aku. malu kot. dari sebak terus berjurai dan teresak la. 

by the way, tqvm guys for the celebration. korg mmg terbaik ! pertama kali dalam hidup. selalu aku yang prank orang atau tgk orang kena prank time besday, kali ini, mmg aku yang terkena tanpa direla. hoho. terima kasih sangat2. terharu. 

barakallahufiikum. sayang korang ketat2. =)

                                                           coach yang sengal -->