Follow me~

29 May 2012

seri kenangan, seremban

assalamualaikum

hari ni buat pertama kali dalam hidup melawat ke rumah orang-orang tua di seri kenangan, seremban. alhamdulillah, lawatan yang terakhir dalam sem ni bagi memenuhi syarat subjek perkembangan psikologi orang tua. dan syukur sekali lagi pada Ilahi kerana aku rasa sangat bertuah dapat menjadi pelajar kaunseling. banyak yang aku dapat belajar tentang manusia dan erti kehidupan realiti.

sampai je di rumah seri kenangan, dari jauh aku melihat beberapa warga emas siap memakai baju batik menunggu kami di depan dewan. hati mula terusik. mereka menyambut kami dengan kemas dan rapi. kaki mula melangkah turun dari bas, jiwa pula runtun dan kolam air mata mula bertakung. adeh. satu perasan mula menyelinap. andai la aku di tempat mereka..

aku cuba untuk mengawal emosi. di dalam dewan, aku duduk disebelah antie muniamar. berbangsa india. sempat aku berborak kosong sementara majlis bermula. antie muniamar tinggal di perak tapi telah dihantar ke rumah ini.tiada siapa yang ingin memelihara beliau. beliau rasa lebih bahagia tinggal disitu dari mengingat kisah-kisah duka. hati aku mula bermonolog kembali. andai aku disitu... kali ni air mata deras mengalir. aku agak cover, takut dilihat oleh penghuni warga emas lain. bila majlis pengenalan berkaitan rumah seri kenangan oleh tuan haji, tuan haji memberitahu bahwa ramai yang berada disitu adalah kerana kehendak mereka sendiri. daripada tinggal sendirian tanpa jagaan anak-anak, mereka mencari tempat lain untuk berteduh dan kawan-kawan yang boleh bergelak ketawa menghilang duka lara.  

kami dibahagi2kan kepada nenek dan atok angkat. dan nenek angkat aku ialah makputeh. macam nama orang dolu2. makputeh agak sihat tubuh badan walaupun sudah berumur 70 tahun.. sempat berkongsi cerita bersama beliau. aku kalau boleh tidak mahu mengusik kisah duka beliau. biarlah kehadiran aku disitu dapat menghiburkan hati beliau. sempat bergurau senda dan ketawa. makputeh tak habis mengajak aku dan kay (clasmate) untuk duet menyanyikan lagu jefri din kenanganku. huhu. aku ni dah la tak layan lagu-lagu lama. apatah lagi nak menghafalnya. tapi bila makputeh asyik terus mengajak, takkan nak tolak pula. hati orang tua ni sensitif. bila dah nyanyi, ingat satu lagu je, hambik, 4 lagu sekali bantai. terkekek-kekek kami ni. 

makputeh =)


makputeh juga atas kerelaan sendiri untuk masuk ke rumah itu. disebabkan tiada siapa lagi di dalam hidupnya. ibu, ayah dan suami telah meninggal dunia. tinggallah seorang anak lelaki tetapi tidak mampu membuat apa bila dikongkong oleh isteri. alahai anak. kesian pada makputeh. beliau tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin mencari tempat mengadu dan luahan hati saja. 

sempat juga bertegur sapa dengan penghuni-penghuni lain. kesian melihat mereka. dimanakh anak-anak mereka. rasa zalim sangat, kenapa anak-anak sanggup meninggalkan ibubapa mereka begitu saja. tiadakah sifat kemanusiaan di dalam hati-hati mereka. tidak kah tiada sekelumit perasaan kasih sayang kepada ibu bapa mereka. redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. tidak redha ibu bapa, maka jangan bayangkan ingin ke syurga, bau apatah lagi. 

moga aku dapat terus berbakti kepada orang tua aku sampailah ke akhir nyawa mereka. tidak dapat sekali aku bayangkan bila mereka tiada di sisi aku lagi. 

mak dan abah. liza sayang kalian berdua. 

ya Allah, peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara diriku dan kasih padaku ketika aku masih kecil lagi. 

27 May 2012

ditarbiah

Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari Bootcamp Teenbuilding bersama adik huffaz dari MITIB, Maahad Tahfiz Sains & Teknologi, Istana Bandar. =)



mula-mula nak datang ke kem ni, takdelah se excited mana. sebab memikirkan sudah berada di minggu2 akhir semester. assignment yang belum siap pun agak banyak. tapi, aku gagahi juga sebab sudah menjadi tanggungjawab kepada consultan untuk hadir. tiada alasan untuk perlu dicipta untuk mengelak. tapi, bila dah bertemu dengan adik2 semua, Alhamdulillah, jiwa dan raga seperti di bangkitkan semula dan teruja untuk mengenali mereka =)

aku sendiri, masih cetek ilmu. banyak2 sangat yang perlu aku timba. banyak lagi perlu aku gali dalam ilmu2 berkaitan menjadi fasilitator. gerun setiap kali aku hadir ke kem. mampukah aku berikan yang terbaik untuk adik-adik yang dahagakan ilmu dan tempat menjadi curahan luahan dan perasaan. lagi-lagi, ini kali pertama aku berhadapan dengan adik2 hafiz-hafizah yang begitu menjaga ikhtilat di antara muslimin dan muslimat.

aku tak berasa kekok untuk bergaul bersama mereka. dan permulaan gambaran yang dapat aku berikan, mereka ini, sangat2 baik orangnya. rendah diri sekali. Allahuakbar. inilah ayat yang selalu mereka lafazkan setiap kali dipuji. bagus sangat2. sempat juga aku berborak dengan beberapa ahli kumpulan. mereka berada di maahad tahfiz adalah atas kerelaan mereka sendiri. Allahuakbar ! mereka tahu bagaimana suasana di maahad tahfiz, yang menjaga dan tidak mengendahkan perkara2 lagha. tapi, maahad tahfiz jugalah yang mereka pilih. tidak menghiraukan sahabat2 yang lain berada di sekolah biasa dan menjalani kehidupan yang tiada terbatas. mereka selesa dengan apa yang mereka pilih.

terasa diri ini seperti ditarbiah ! aku yang seringkali lalai dan malas nak dibandingkan dengan adik2 hafiz-hafizah ni. bagaimana mereka boleh membataskan dari melakukan perkara2 lagha sedangkan jiwa remaja sentiasa berperang di dalam dada. Pergh ! Superb ! dada mereka dihiasi dengan ayat2 Allah. bila ditanya berapa juzu' telah dihafal? Alhamdulillah, 9 juz, 10 juz. Allahuakbar. Aku? Juz amma pun belum khatam untuk dihafal. bertuah menjadi seperti mereka. mereka adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menggalas tanggungjawab sebagai huffaz. aku doakan agar mereka sentiasa menjadi anak yang selalu membahagiakan ibu bapa mereka. aku takdelah berkongsi apa-apa pun ilmu dengan mereka. sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa nak dibanding. aku lebih ditarbiah oleh mereka !

Ya Allah, peliharalah hatiku, agar sentiasa istiqamah di jalanMu
tidak aku lebih dambakan cinta, selain cinta dariMu
cintaMu yang akan kekal abadi =)

25 May 2012

berjaya mencabar

bersama ketua program kaunseling: madam salhah abdullah

awal semester ni, ketua program kaunseling minta beberapa orang pelajar kaunseling masuk pertandingan student innovation competition. rasa nak masuk. tapi aku bukanlah suka bertanding bab-bab ilmiah gini. but, tengok takde siapa nak sahut cabaran, aku mencabar diri untuk masuk. mula-mula macam tak percaya. aku takut hangat tahi ayam je. 

di dorong oleh rakan-rakan seperjuangan, myteam dan ketua program yang begitu gigih dan begitu keterujaan dalam bertanding ni. Alhamdulillah dan tak sangka ciptaan myteam menang. tak sangka betul. tempat ke-3 kategori ummah ulum islamiyyah & ummah development. produk yang kami hasilkan ialah kajian kuantitatif: self-efficacy inventory for beginning counselor =)


ni pulak. poster yang aku hasilkan. suka tengok. =)

21 May 2012

sayang abah :'(

Assalamualaikum

sejak akhir-akhir ni mak selalu tanya bila nak balik. padahal aku dah gtau berulang kali. setiap kali telefon, mesti tanya, dan jawapan aku sama. " liza..cuti study week ni baru boleh balik. banyak assignment nak kena siapkan dulu. nanti liza balik la ye.." dan mak aku akan cakap " ok ". itulah ayat setiap kali. hati ni menjerit-jerit nak balik. tapi apakan daya. dulu boleh nak balik even beberapa jam kat rumah, sekarang dah takde kereta, yang mana termampu jelah.

but, aku akan olwez call mak. tanya kabar. tapi, bila dia dah tanya bila nak balik, aku tahu pasti ada sesuatu yang mak nak report kat aku la tu. erm. aku tahu, pastinya mesti masalah yang sama. aku sedih nak bertanya. but, i'm keeping to silent and wait until mak gtau hal sebenar. jaat ke aku neh? erm. im sorry mak.

then, pagi tadi. tak pernah2 mak tanya " dalam kelas ke". aku jawab. "tak2". then mak call. mula lah dia bercerita pasal abah. erm.... abah. abah. abah. aku sayang dia. kenapa ye abah?

bila aku kat rumah, aku tengok dia baik je. tapi, bila aku dah balik u, mesti mak gtau sakit hati dengan abah la. erm. abah dah tua. bila dah tua, semakin menjadi2 perangai nya. komen tu tak elok, ni salah, macam ni lah. kesian kat mak. penat kerja 12 jam, then balik asyik kena komen je. kenapa abah tak jaga hati mak?

aku nak marah kat abah? aku takde perasaan tu. adakah aku zalim dgn mak? aku sendiri tak tahu. aku sayang mak abah. satu je aku harapkan dari abah, bila la aku akan luahkan pada abah. aku tak kuat. aku lemah sangat. tapi aku sayang abah. ya Allah, bukakanlah pintu hidayah buat abah. andai kau tarik nyawa abah, biarlah dalam keadaan diri abah sudah bertaubat. berikanlah peluang pada abah. abah....

"..abah, solat lah. solat tu tiang agama. sampai bila abah nak biarkan diri abah tiada cahaya di dalam hati tu. abah tahu agama, tapi kenapa abah tak tunaikan tanggungjawab tu abah, abah fahamlah, liza sayang sangat kat abah, liza taknak abah masuk neraka, biar kita sekeluarga masuk ke syurga bersama-sama. dunia ni sementara je. umur abah pun dah tua, bila lagi abah nak bertaubat atas dosa-dosa abah tinggalkan solat...."

andailah, aku mampu untuk gtau abah..Allah..lemahnya aku..

sebut pasal abah, tiada air mata yang tumpah lagi. aku tak mampu untuk buat apa-apa. berat rasanya dugaan ni. ya Allah, tunjukkan aku jalan. Aku Sayang Abah :'(

jalan-jalan singapura

2nd link, can see spore from here
Assalamualaikum..

baru balik obersea la..ada bau tak? hehe

dalam kesempitan ruang masa yang ada, aku stil pegi jenjalan. ade peluang takleh lepaskan, betul tak? tapi kalau dalam kesempitan wang, tak seronok sikit la berjalan. dah hujung2 semester ni, biaselah. poket kering kontang.

sangat best dapat ke obersea even singapura. kota singa la katakan. ngauuuum ! mula2 obersea, lama2 opkoz la overrrrrrrr the sea yang jauh pula. hehe. trip ni under student USIM yang manage. so, aku follow je. nak tengok tempat orang.
almost high building in here

seriusly, seronok ! sebab aku ada buku kecil warna merah @ passport. teruja pulak tengok sendiri punya. pasni leh jalan2 lagi jauh. lepas tu, bila sampai di singapura. keterujaan aku terserlah sangat. wow ! canggih-manggih bangunan yang ada di singapura. macam tengok dalam tv je bangunan yang ada. kagum dengan seni reka bentuk setiap bangunan. semua lain-lain dan unik ! sangat unik !

sampai je di sana, aku pergi ke kedai sourvenir yang murah. kat orchard road tak silap. dapatlah 10$ untuk 3 helai tshirt of singapore dan 10$ untuk 2 packs of truffle chocolate made in turkey dan tak lupe aku beli keychain of singapore 16$ for 6.

then sempat melawat ke arab street, masjid sultan untuk solat jamak taqdim, merlion park, dan sentosa island. kat sentosa island aku dapat tengok macam2. tempat tu macam taman tema jugak la. aku sempat merasa song of the sea. superb ! pancaran gambar melalui laser ke arah air yang dipancut dari pantai. tak dapat nak ungkap bagaimana. tapi, sangat hebat.

unique !
darilah 8.30 pagi ke 10.30 malam di singapura, berjalan seharian suntuk, akhirnya exhausted ! best tapi letih la. dalam bas, apalagi tak ingat dunia la. huhu. 3 pagi sampai dalam keadaan mamai. adeh.

jam 9 pagi, kena datang kampus pulak. lagi haru-biru. separuh hari kat kampus pada hari Ahad? oh, sangat terbaik !




merlion park
tourist ckp ni mama lion =)
 
museum


kat merlion park dah boleh nmpk bgunan yg ade kapal kat bumbung. nama pe , tak tahu

temple at china town

universal studio
song of the sea

nak tulis banyak2 tak pandai, jadi. layan je la gambar yg mane ade ye? =)

last but not least, good to know, singapore a real fine place. tak percaya?
> no bird feeding 
> no smoking
> no urinating in lift
> no dumping
> no chewing gum
> no spitting
> no flower-picking
> no flushing

sume perkara di atas akan didenda sebanyak $ 500 bagi satu kesalahan. gulp ! 

17 May 2012

AKSIS 2011


Assalamualaikum wbt =)

Bersama rakan Pencak's (kak Amalina dan Nadia)
Masing-masing tercalon bagi Anugerah Cemerlang Sukan 2011

Kejayaan di malam AKSIS '11
i- Anugerah Cemerlang Sukan-Berpasukan
ii- Anugerah Cemerlang Sukan-Individu

..Alhamdulillah.. 


AKSIS '11-Betul ke?

Assalamualaikum

Malam tadi adalah malam yang bersejarah buat semua pelajar USIM yang telah menyumbang dalam pelbagai aspek dari segi kepimpinan, pengurusan, pencapaian dan sukan. AKSIS atau Anugerah Kecemerlangan Siswa/i USIM dah macam Anugerah Juara Lagu lak rasanya semalam. Nak kata berprestij atau tak anugerah tu la kan. Hehe. Siap berkarpet merah, ada tempat amik gambar wall of fame gayanya.

Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan Pencak Silat seramai lima orang tercalon untuk kategori yang sama iaitu Cemerlang Sukan Individu. Bila tengok buku aturcara, rupanya ada 15 orang lagi calon untuk kategori yang sama. Wah ! Sangat sengit. 

Berdebar juga tunggu keputusan. Dub..dab..dub..dab. Bila dah nak pengumuman bagi kategori tu, aku pulak sakit perut tiba-tiba. Nerbes. Huhu. Bila keluar teaser kat skrin, gambar aku first skali. Gulp ! Malunya. Huhu. Punya dok rakam teaser tu, rupanya ada tiga calon sahaja yang disiarkan. Lagi 15 takde. Lagi la aku menggelabah. Maknanya antara aku dan dua orang lagi calon yang akan dinobatkan pemenang. Aku makin berdebar. Tiba-tiba aku dengar nama aku. Erk ? ! Betul ke? Masih tak percaya. Kak Amal, partner silat aku cakap, " Liza menang la. Tahniah. " Aku pun melangkah ke pentas dalam keadaan masih tak percaya. Erm. Atas pentas, semua lensa kamera klik-klik dok amik gambar. Gugup. Aku tak perasan reaksi aku atas pentas. Huhu. 

Duduk kat kerusi semula. Masih tak percaya. Namun cuba untuk terima hakikat. Rasa malu yang amat sangat. Tak layak rasanya untuk menerima penghargaan ini. Moga aku dijauhkan dari sifat riak, takabbur dan sombong diri. Aku menerima kejayaan ni atas tiket pencapaian aku di dalam silat. Namun dari sudut hati kecil ni, perjuangan silat yang aku lakukan ini, bukan lah atas tiket individu. Aku berjuang untuk menaikkan kembali nama pasukan Pencak Silat USIM. Aku sayang team ni. Biarlah team ni tak sehebat mana, tak sehebat team yang ada di USIM namun satu je aku harapkan, ukhwah yang kekal dan berpanjangan. Biarlah orang tak nampak perjuangan yang aku lakukan untuk team ni, aku doakan yang terbaik untuk perjalanan team ni sampai lah aku grade nanti. 

Argh..mulalah nak mengalir air mata. Adeh. Ok. Stop2.

Terima kasih buat semua yang sudi kekal dalam keluarga Pencak's ni. Sayang korang ketat2. =)
Tahniah buat pasukan berjaya merangkul Anugerah Cemerlang Sukan-Berpasukan. 




Petang semalam, buku kecil warna merah dah siap. Yeeha ! Selamat tinggal Malaysia. Tinggal lah seketika apa yang ada di Malaysia. Moga setelah kembali ke Malaysia, aku akan terus bersemangat dan terus ikhlas dalam semua perkara yang aku lakukan..

" Hidupku..matiku..hanyalah kerana Allah yang Satu " 

InsyaAllah =)

14 May 2012

Sakitkah aku?

Tulang rusuk kiri aku terkeluar dan timbul sedikit. Dah lama aku perasan, tapi aku buat tak tahu. last week, waktu buat medical cek-up, aku tanya lah pada doktor. Lepas doktor tengok dan buat sedikit pemeriksaan, doktor minta aku buat x-ray. Gulp ! Erm. Doktor cakap kemungkinan tulang belakang aku bengkok atau pun kesan dari angkat barang yang berat. Bergetar jiwa dan raga aku.

Pagi tadi pula, aku ke kempen derma darah. Dah lama aku nak menderma darah. Tapi setiap kali aku cek darah, zat besi mesti tak cukup. Tapi, aku mencuba juga tadi, even dah lebih sepuluh kali, dan pasti jawapannya mesti mengecewekan. 2007 adalah tahun yang pertama aku menderma dan juga kali terakhir. Selepas pada itu, mesti tak lepas ujian zat besi. Bila pembantu kesihatan tu tahu masalah ini, dia sarankan aku jalani ujian Talasemia. Gulp ! Bergetar dada aku buat kali kedua. Kemungkinan kekurangan zat besi adalah disebabkan gaya pemakanan dan mungkin juga aku menghidap Talasemia. Allahurabbi. Rasa gelap tiba-tiba dunia ni.

Dugaan. Nak atau tidak, aku mesti ke hospital secepat mungkin sebelum perkara2 ni membelenggu pemikiran.
Moga baik2 sahaja keputusannya. InsyaAllah =)