Teringat zaman2 sekolah dulu. aku kenal dia sejak sekolah menengah lagi. Kami berkawan biasa2 je. tapi tak sangka, dari kawan biasa2 je, akhirnya kami jadi sahabat baik. masa tingkatan empat, aku pindah ke sekolah yang sama dengan dia. setiap pagi aku akan naik kete bersama. mama dia yg drive kami pergi dan balik dari sekolah. banyak kenangan suka dan duka. bila kenangkan saat2 indah bersama memang tersenyum sorang. tapi bila teringat waktu2 sedih yang dikongsikan, mahu menangis pun ada.
Dulu waktu tinggal kat Wangsa Maju, aku selalu pergi rumah dia. kadang-kadang kami keluar bersama. kami suka sangat pergi bookfair masa sekolah dulu. bila dengarnya ada bookfair, cepat2 decide tarikh. kalau tak mama dia yang hantar, atau kami naik lrt. rindu nya. hatta, dah abes zaman sekolah, kami ada juga berkesempatan ke bookfair bersama.
Aku sangat kagum dengan dia. memang pelajar contoh buat aku. aku masih ingat kalau masa sekolah dulu, dia takkan tidur dalam kelas. memang tak pernah nampak dia mengantuk dalam kelas. hanya aku tersengguk2 mengantuk. dia seorang pelajar yang rajin. tapi aku tak serajin dia. alhamdulillah, lepas spm dia dapat sambung pelajar dalam perubatan. hepi sangat buat dia. ketabahan yang dia alami sewaktu dia sakit masa tingkatan 3 dulu, tak pernah mematahkan semangat dia nak belajar.
masa dah berlalu telah lama. tapi aku rasakan baru semalam kami ke sekolah bersama2. gelak tawa, berkongsi pengalaman yang sama atau bertukar2 cerita. syukur, persahabatan kami yang dibina kini berusia 10 tahun. itulah, sedar tak sedar. masih aku ingat sampai sekarang, pernah sekali aku selak buku rujukan dia waktu sekolah dan aku terbaca sepotong ayat, mungkin aku dah lupa ayat nye yg tepat tapi kandungannya berbunyi,
"...Haliza sahabat dunia akhirat..."
Hati mana yang tidak tersentuh membaca ayat tu. aku ingat selama ini dia hanya anggap aku kawan biasa. tapi tidak, lebih dari biasa. sejak dari hari itu, aku tidak pernah mensia2kan persahabatan kami. even dia belajar di sebarang laut, bila tiba waktu cuti aku akan menziarah ke rumahnya walaupun sekejap. susah aku nak jumpa sahabat seperti dia. betullah..
"... Dialah sahabat aku dunia akhirat..."
Bila dia chat beritahu aku dia nak bertunang, air mata aku berlinang. speechless ! tak tau nak beritahu apa pada dia. tulah, dah sampai jodoh dia. syukur, dia dah menjadi tunangan orang hari Ahad lepas. aku tak sempat nak tengok dia waktu disarungkan cincin. hanya sempat menziarah dalam masa 2 jam sahaja. erm. cepatnya masa berlalu. dulu 13 tahun, kini dah 23 tahun. 10 tahun masa berlalu tanpa sedar setiap detik. lepas ini, takleh nak keluar2 selalu kalau tahun depan dia nak kahwin. erm....
bila fikir2kan, bila lah pulak jodoh aku nak sampai? biarlah jodoh aku yang akan menjadi sahabat baik aku menggantikan dia lepas ini. yang akan mendengar suka dan duka aku. takde siapa yang dapat menggantikan insan sebaik dia.
moga yang terbaik buat dia di dunia dan akhirat. terima kasih buat dia yang selama ini baik terhadap aku. moga redha Allah sentiasa bersama dia. =)
No comments:
Post a Comment