Follow me~

08 March 2012

aku rancang, Allah Penentu

Assalamualaikum wbt

Hati bergundah-gulana =(
Aku merancang:-

8 Mac : Forum: Bagaimana Meluah Rasa Cinta, Masjid UKM 
Aku merancang untuk bersama sahabat baik aku, Amal Athirah dan sahabat2 lain untuk ke forum ini. gather-gather mendengar forum dari salah seorang insan yang menjadi sumber inspirasi dalam dunia cintan cintun ni. Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi. Novel2 beliau diantara aku pernah baca dan memilikinya juga. Seindah Mawar Berduri diantara karya awal ustazah yang aku pernah baca waktu zaman sekolah. Mantap ! Alhamdulillah, memberi impak yang besar kepada aku saat mula ingin mengenal apa itu cintan cintun sesama insan.

Namun, ALLAH MAHA PENENTU. Aku diserang chicken pox dan perlu untuk berada di rumah selama mc diberi oleh doktor berkuatkuasa smpai hari ahad ini. Tak dapat aku bersama2 sahabat untuk mendengar forum tersebut.

14-16 Mac: Aku akan menjadi fasilitator di Kem KICKERS anjuran Dato' Fadzilah Kamsah waktu cuti sekolah ini. Tapi.... =(

17 Mac: Aku dah bubuh dalam kalendar dan book tarikh ini dari tahun lepas. Kenduri kawen coach silat kesayangan ni. Aku dah set up canteq2 tarikh ni. Takde sape leh kacau tarikh ini. Aku nak pergi kenduri kawen coach aku. Huwaaaaaa~ Nak nanges rasanya. Tapi.... =(

Tapi, ALLAH MAHA PENENTU..

Semalam aku dikhabarkan oleh classmate, kteorang kena pergi USM dan UUM 14-17 Mac. Ada pertukaran MoU USIM Kaunseling Kelompok. Aduh ! Semua perancangan aku musnah ! Erm. Tak terkata rasanya. Tak jadi fasi tu aku tak kisah, tapi yang kenduri tu.

Harap coach aku, abg Mae tak sedih la. Kena bagi hadiah besau-besau ni sebagai ganti. Aku tak bagitahu lagi pd adik2 pencak silat. Mesti dorang serba salah nak pergi. Takde orang tua la katakan. Huhu. Tula, sape suruh jadi tua di kalangan dorang. Moga korang tabah yek ! Takpe, korang pergi jugak tau ! Tak kira. Nanti abg Mae menanges tak tahu.

Pasti ! Ada hikmah atas segalanya. Aku merancang, dan aku tidak boleh lupa, di atas sana ada Maha Penentu Segala2nya. =)

2 comments:

srikandy dieb said...

sabar ye liza....insyAllah ada hikmahne tu...Allah Maha mengetahui segalanya

Norha Lieza said...

betul tu kak. mudah2an =)