Follow me~

31 March 2012

im touched !

assalamualaikum wbt =)
sape nie? teka ?


walaupun dah seminggu cerita ni berlaku, tapi aku nak cerita juga. haritu nak update kat blog neh, tp biasalah kehidupan seorang student ni buzy. then tak sempat nak tulis. sekarang ni, aku teringat balik, so aku nak cerita jugak. haha.

apa yang berlaku last week? aku gembira sebab dapat melawat anak saudara kelas ! classmate aku sorang neh dah kawen, so ble dah kawen, mestilah dapat baby. hehe. masa dye pregnant tu, kteorang duk satu rumah kat asrama. awal2 pregnancy dye, dye selalu duk asrama. nak ulang-alik balik umah suami dye penat la. macam tak percaya jek member aku, sebaya dengan aku dah pregnant kot ! hehe. dari perut dye yang kempis, sampailah abes sem lepas, dah membulat perut dye. selalu tengok. agak nye camne lah kalu aku lak yang pregnant. beratnye perut ! kadang2 sentuh perut dye. hihi =) best2.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tatap jua baby yang selama ni dekat dengan aku. haha. im touched ! nur raudah irdina. sedap nama tuh. nnt jadi anak yg solehah ye. nnt jgn lupe antie liza tau. ah ! makcik dah aku. tua2. taknak mengaku boleh? mesti dah besar, pandai psikologi dan kaunseling, hari2 ikut mama gi kelas.

20 March 2012

this is not me

Bismillah..

lately rasa sangat diri ini keseorangan. terasa diri ini tidak bermakna. rasa diri tidak ada di pandangan orang. 

kenape ye?

rasa diri tidak mampu untuk menggalas sesuatu. rasa diri tidak mampu untuk melakukan sesuatu.

kenape ye?

rasa diri seperti dipandang sebelah mata. sakit rasa hati. layan la saya seperti kamu melayan sahabat-sahabat kamu. saya tak pernah membeza2kan orang. tapi kenapa semua ni terjadi pada saya. 

kenape ye?

beratnya dugaan ini. Allah..

jauhkan dari prasangka2 buruk di dalam hati. 

kadangkala terasa penat sangat. rasa tak mampu nak puaskan hati orang lain. rasa kecik di mata orang lain. 
terasa seperti orang lain hipokrit semata. tidak terasa keikhlasan mereka dalam persahabatan yang di jalinkan. tiada rasa kemanisan. kosong 0-0

Allah.. hanya Kau dihatiku =(

08 March 2012

aku rancang, Allah Penentu

Assalamualaikum wbt

Hati bergundah-gulana =(
Aku merancang:-

8 Mac : Forum: Bagaimana Meluah Rasa Cinta, Masjid UKM 
Aku merancang untuk bersama sahabat baik aku, Amal Athirah dan sahabat2 lain untuk ke forum ini. gather-gather mendengar forum dari salah seorang insan yang menjadi sumber inspirasi dalam dunia cintan cintun ni. Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi. Novel2 beliau diantara aku pernah baca dan memilikinya juga. Seindah Mawar Berduri diantara karya awal ustazah yang aku pernah baca waktu zaman sekolah. Mantap ! Alhamdulillah, memberi impak yang besar kepada aku saat mula ingin mengenal apa itu cintan cintun sesama insan.

Namun, ALLAH MAHA PENENTU. Aku diserang chicken pox dan perlu untuk berada di rumah selama mc diberi oleh doktor berkuatkuasa smpai hari ahad ini. Tak dapat aku bersama2 sahabat untuk mendengar forum tersebut.

14-16 Mac: Aku akan menjadi fasilitator di Kem KICKERS anjuran Dato' Fadzilah Kamsah waktu cuti sekolah ini. Tapi.... =(

17 Mac: Aku dah bubuh dalam kalendar dan book tarikh ini dari tahun lepas. Kenduri kawen coach silat kesayangan ni. Aku dah set up canteq2 tarikh ni. Takde sape leh kacau tarikh ini. Aku nak pergi kenduri kawen coach aku. Huwaaaaaa~ Nak nanges rasanya. Tapi.... =(

Tapi, ALLAH MAHA PENENTU..

Semalam aku dikhabarkan oleh classmate, kteorang kena pergi USM dan UUM 14-17 Mac. Ada pertukaran MoU USIM Kaunseling Kelompok. Aduh ! Semua perancangan aku musnah ! Erm. Tak terkata rasanya. Tak jadi fasi tu aku tak kisah, tapi yang kenduri tu.

Harap coach aku, abg Mae tak sedih la. Kena bagi hadiah besau-besau ni sebagai ganti. Aku tak bagitahu lagi pd adik2 pencak silat. Mesti dorang serba salah nak pergi. Takde orang tua la katakan. Huhu. Tula, sape suruh jadi tua di kalangan dorang. Moga korang tabah yek ! Takpe, korang pergi jugak tau ! Tak kira. Nanti abg Mae menanges tak tahu.

Pasti ! Ada hikmah atas segalanya. Aku merancang, dan aku tidak boleh lupa, di atas sana ada Maha Penentu Segala2nya. =)

06 March 2012

sakit, satu nikmat Allah =)

Assalamualaikum wbt

aku insan lupa. Allah mengingatkan aku padaNya melalui sakit yang ditimpakan.

terima kasih Allah =)




Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"
dah lama tak merasai nikmat sakit. last demam kuat masa kat kuis dulu. kalau tak silap tahun 2008. sebelum tu denggi tahun 2006. dan sekarang pulak chicken pox 2012. =) 
seminggu bakal berada dirumah. dasat jugak sakit nie. 30 minit duk dalam bilik doktor. mcm2 ditanya. yelah, bahaya bagi sesiapa yang pernah bersentuhan dengan pesakit chicken pox. sesiapa yang belum pernah dijangkiti, berwaspada lah ! kat sini ada sedikit info tentang chicken pox dan aku juga baru tahu. tq uncle Google =)

moga aku memperoleh nikmat yang dijanjikan Allah melalui sakit yang ditimpakan. jom baca petikan dari iluvislam.com berkaitan hikmah sakit.


 http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1455-sakit-antara-penghapus-dosa-dan-peningkat-darjat.html

"Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, 
aku hanya insan yang kerdil lagi lupa akan semua nikmatMu "

dah bertunang ! yeay =)

Assalamualaikum wbt..

Teringat zaman2 sekolah dulu. aku kenal dia sejak sekolah menengah lagi. Kami berkawan biasa2 je. tapi tak sangka, dari kawan biasa2 je, akhirnya kami jadi sahabat baik. masa tingkatan empat, aku pindah ke sekolah yang sama dengan dia. setiap pagi aku akan naik kete bersama. mama dia yg drive kami pergi dan balik dari sekolah. banyak kenangan suka dan duka. bila kenangkan saat2 indah bersama memang tersenyum sorang. tapi bila teringat waktu2 sedih yang dikongsikan, mahu menangis pun ada.

Dulu waktu tinggal kat Wangsa Maju, aku selalu pergi rumah dia. kadang-kadang kami keluar bersama. kami suka sangat pergi bookfair masa sekolah dulu. bila dengarnya ada bookfair, cepat2 decide tarikh. kalau tak mama dia yang hantar, atau kami naik lrt. rindu nya. hatta, dah abes zaman sekolah, kami ada juga berkesempatan ke bookfair bersama.

Aku sangat kagum dengan dia. memang pelajar contoh buat aku. aku masih ingat kalau masa sekolah dulu, dia takkan tidur dalam kelas. memang tak pernah nampak dia mengantuk dalam kelas. hanya aku tersengguk2  mengantuk. dia seorang pelajar yang rajin. tapi aku tak serajin dia. alhamdulillah, lepas spm dia dapat sambung pelajar dalam perubatan. hepi sangat buat dia. ketabahan yang dia alami sewaktu dia sakit masa tingkatan 3 dulu, tak pernah mematahkan semangat dia nak belajar.

masa dah berlalu telah lama. tapi aku rasakan baru semalam kami ke sekolah bersama2. gelak tawa, berkongsi pengalaman yang sama atau bertukar2 cerita. syukur, persahabatan kami yang dibina kini berusia 10 tahun. itulah, sedar tak sedar. masih aku ingat sampai sekarang, pernah sekali aku selak buku rujukan dia waktu sekolah dan aku terbaca sepotong ayat, mungkin aku dah lupa ayat nye yg tepat tapi kandungannya berbunyi,

"...Haliza sahabat dunia akhirat..."

Hati mana yang tidak tersentuh membaca ayat tu. aku ingat selama ini dia hanya anggap aku kawan biasa. tapi tidak, lebih dari biasa. sejak dari hari itu, aku tidak pernah mensia2kan persahabatan kami. even dia belajar di sebarang laut, bila tiba waktu cuti aku akan menziarah ke rumahnya walaupun sekejap. susah aku nak jumpa sahabat seperti dia. betullah..



"... Dialah sahabat aku dunia akhirat..."

Bila dia chat beritahu aku dia nak bertunang, air mata aku berlinang. speechless ! tak tau nak beritahu apa pada dia. tulah, dah sampai jodoh dia. syukur, dia dah menjadi tunangan orang hari Ahad lepas. aku tak sempat nak tengok dia waktu disarungkan cincin. hanya sempat menziarah dalam masa 2 jam sahaja. erm. cepatnya masa berlalu. dulu 13 tahun, kini dah 23 tahun. 10 tahun masa berlalu tanpa sedar setiap detik. lepas ini, takleh nak keluar2 selalu kalau tahun depan dia nak kahwin. erm....

bila fikir2kan, bila lah pulak jodoh aku nak sampai? biarlah jodoh aku yang akan menjadi sahabat baik aku menggantikan dia lepas ini. yang akan mendengar suka dan duka aku. takde siapa yang dapat menggantikan insan sebaik dia. 

moga yang terbaik buat dia di dunia dan akhirat. terima kasih buat dia yang selama ini baik terhadap aku. moga redha Allah sentiasa bersama dia. =)


03 March 2012

kawen oh ! kawen

Assalamualaikum  wbt..
Ngee..

Topik kawen bakal hangat sedikit pada tahun ini sbbnya kawan2 sewaktu diploma dulu ramai akan mendirikan masjid pada tahun ini. Alhamdulillah =)

Pembuka tirai perkahwinan pada tahun ini dimulakan kak Adibah. Tahniah kak ! Moga menjadi isteri yang solehah buat suami, dan menjadi suri berhari2 di mata dan hati suami. Hehe

bersama pengantin =)

Sahabat diploma exKUIS 2007-2010 =)