Follow me~

27 November 2011

Selamat Bergraduasi Sahabatku

Assalamualaikum wbt

Semalam adalah hari yang bersejarah buat sahabat serumate zaman diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 

 Kenapa bersejarah??

Sebab....

 Bersama Miera (Diploma Perbankan Islam)

 Bersama Kak Fatin (Diploma Perakaunan)

Akhirnya mereka dianugerahkan dengan segulung diploma setelah berhempas pulas menelaah ilmu di sana.

Sayang mereka =)

Tahniah dan tahniah buat Nur Munirah aka Miera dan Nurul Fatihah aka Kak Fatin. Moga kalian dapat meneruskan perjuangan di bidang yang diminati dengan jayanya, tidak kira di lapangan akademik mahupun kerjaya.  =)

No comments: