Follow me~

11 December 2011

Sesat di Dunia Tambun

Sesat?
Memang sesat
Sesat di The Lost World of Tambun.
Sesat yang sangat menyeronokkan !
Geng lost kami terdiri dari Zaim + Awie + Napi
+ Liza + Nur + Pijah + Ikin =)

Perjalanan dari Nilai-Tambun pada hari Jumaat 9/12 memakan masa selama 4 jam. Sangat penat. Tapi, naseb baik bukan aku yg drive. Sebabnya kereta yg kami naiki, manual. Aku expert kereta auto jek. Hik3. Sian driver, Zaim dan Awie.

(Berehat di RnR sekejap. Membetulkan urat2 tersimpul)



Kegembiraan terasa dan penat pun hilang tatkala sampai di The Lost World of Tambun pada jam 4.30 ptg (",)

Tujuan kami ke sini bukanlah untuk sengaja menyesatkan diri. Tetapi, bagi memenuhi sebuah kerja amal di Program Family Day Kesedar. Task kami hanya bersama anak2 Kesedar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM bagi memberikan suntikan semangat kepada mereka. InsyaAllah, bakal bersua kembali di kem yang bakal dianjurkan pada tahun depan. Bestnye =)

Permandangan di sekitar TLWoT

Anak-Anak Kesedar membaca ikrar Selamatkan Bumi Hijau
Agar-agar comel (sumee) utk kanak-kanak kecil Kesedar

Pewaris generasi Kesedar

Program Family Day ini selesai pada hari Ahad jam 10 pagi. Jadi, kami2 yang berotak bernas ini mula merangka hala tuju seterusnya. Tak pikir dah esemen2 yang menanti untuk disiapkan. Bak kata Zaim, dah alang2 berjalan, berjalan puas-puas ye. Pikir punya pikir. Nak mandi sungai. Nur dengan Ikin yang paling teringin nak mandi sungai. Alih2, dalam perjalanan, Zaim membelok kereta ke arah exit Gopeng. Apa ada kat Gopeng tuh ?!

Gua Tempurung !! Hahaha. This is my 2nd experience datang sini. Berjodoh betul aku dengan gua ni. Hehe. Maknanya, aku perlu mengambil ibrah dari pengalaman kedua. Bukan untuk suka-suki berjalan kemari. Tapi, perlu mensyukuri keindahan ciptaan Allah. Subhanallah ! Takjub akan keunikan pemandangan di dalam gua. Tak dpt nak upload gambar dlm gua nie, sbbnya kamera canggih sangat nak snap shoot yg cantek.

Keluar dari gua, menuju ke Lata Kinjang. Mandi air terjun. Best2. Alhamdulillah. Pengalaman yang tidak boleh dibeli, tapi perlu dicari. Sangat berharga.Terima kasih Allah.

Selamat sampai ke bumi Nilai pada jam 11 malam dan terus bertolak ke rumah terchenta di Cheras Batu 9. Tepat jam 11.58 malam tiba dengan selamat. Penat yang berbaloi2.

3 comments:

penaberkala said...

amboi, datang perak tak roger dah eh,haha
best tak tambun? duk 5 taun sini tak pernah lagi sampai sana

sejak bila ada blog ni?

young-mama-life said...

amboi.. syoknyer berjalan2... ni yg jeles ni.. hehe

Norhaliza M said...

khairul @penaberkala. saya baru je ade blog ni. tak smpi sebulan. he3. tambun best la jugak. tp tak g men2 pon kat sane. juz berprogram. tp dr komen2 org kat sane, sunway lagoon lg best.. sblm abes blaja d utp tu, pastikan singgah le ke tambun tu.. hehe