Syukur pada Allah, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas telah berlangsungnya Jejak Amal Eco Hunt 2011 "Kembara Sambil Beramal".
Seramai 24 orang sukarelawan daripada Darul Fitrah terdiri daripada pelajar Matrik UIA (Ayi, Shahrul, Ayin, Ali, Naim, Aishah, Zaleha dan Ishma) USIM (Zaim, Surianti, Hidayu, Asmah, Ikin, Yatie, Pijah, Nur, Hasmarina dan Haliza) dan KUIS (yg aku ingat hanya Muhammad. Hehe) yang membantu dalam menjayakan program amal ini.
Sabtu, 19 November 2011
1.30 ptg : Kereta kancil aku (5 org pelajar USIM) + Kereta kancil xtau sape punye (5 org pelajar KUIS) bergerak ke Kediaman Rasmi MB Selangor, Seksyen 6 Shah Alam
Di Kediaman Rasmi MB Selangor bersama Kak Saba, Pegawai Orang Asli di KOA KKB
3.00 ptg : Tiba ke destinasi dan menyambut kehadiran peserta Jejak Amal Eco Hunt (terdiri daripada 16 NGO) + Taklimat peserta
5.00 ptg : Aku dengan Zaim menjemput sukarelawan dari Matrik UIA di KTM Padang Jawa
6.00 ptg : Taklimat sukarelawan. Kami dibahagikan kepada 3 checkpoint iaitu Kampung Orang Asli (KOA) di Pulau Carey, Kuala Langat, Sg.Jang Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan Sungai Congkak, Hulu Langat. Aku telah terpilih ke??? Cer teka..
>>>> KOA Sungai Jang Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor nun di hujung
Selangor bersempadankan Perak>>
8.30 mlm : Kami perlu bergerak ke KOA yang telah ditetapkan. Kumpulan aku terdiri daripada lima org perempuan (Nur, Hasmarina, Aishah, Asmah dan Haliza) dan dua org lelaki (Ali dan Naim). Kumpulan kami perlu bergerak ke destinasi sendirian dan hanya berbekalkan peta mulut dari Kak Lieza Akil, dorongan semangat oleh Ustaz Mahadi dan pengalaman kami yang zero ke Hulu Selangor. Kak Lieza Akil dan Ustaz Mahadi adalah koordinator bagi sukarelawan. Disebabkan kereta pula ada satu kumpulan aku dipecahkan kepada dua. Aishah, Asmah dan Naim menaiki KTM ke Kuala Kubu Bharu dan aku, Ali, Hasmarina dan Nur menaiki kereta. Aku tak pernah memandu sampai ke KKB. Tersangatlah risau sebab aku seorang yang selalu sesat jalan bila tak familiar dengan jalan baru nie. Hurm..Bertawakal kepada Allah sebulat-bulatnya dengan harapan perjalanan kami selamat.
10.15 mlm : Aku sampai di KTM KKB dan menunggu rakan-rakan yang menaiki KTM. disebabkan perut dah berkeroncong, kami ke kedai makan dahulu. Makannnnn...
11.00 mlm : Naim, Aishah dan Asmah sampai di KTM KKB
11.15 mlm : Pegawai Orang Asli iaitu Kak Saba sampai di KTM KKB dan membawa kami ke KOA Sungai Jang. Jalan menuju ke KOA nie sangat mencabar. 10km jalan bertanah merah dan berlubang-lubang. Habislah.. kna alignment balik tayar kereta kancil aku. Huhu.
11.45 mlm : Tiba ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah.. Ingat dah bolehlah tidur. Tapi ! Kami perlu berbincang tugasan yang perlu diberikan kepada peserta berdasarkan keadaan sekeliling di surau dan gelanggang sepak takraw di kampung ini.
1.30 pagi : Tidur dalam keadaan yang amat penat. Setelah drive kereta berjam lamanya. Zzzzzz...
No comments:
Post a Comment