Follow me~

07 January 2012

sangat menyentuh kalbu

masih teringat kata-kata Puan Maleeka, 
penyelia di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah, Perak.
walaupun sudah dua minggu berlalu, masih tertusuk dan tertanam di dalam hati ini.
mudah-mudahan aku bukan tergolong di dalam insan yang kufur akan nikmat yang Allah berikan

insyaAllah =)

Renungilah:
".. ibu bapa yang tinggalkan anak-anak mereka di rumah ini kerana mereka 

CACAT, 

KURANG UPAYA, 

tapi mereka sendiri 

LUPA,

bahawa mereka (ibu bapa) akan juga CACAT, 

KURANG UPAYA

apabila mereka tua kelak.."



Allah berfirman:
" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir " (Al-Insan: 2-3)



walaupun mereka kekurangan dari segi fizikal, mental ,emosi tp mereka mempunyai sebening hati yang sangat suci. jangan sesekali kita abaikan mereka. mereka juga sebahagian drpd kita (masyarkat). berikanlah sumbangan dlm bntk apa jua sekalipun, spt mana kita memberi sumbangan kpd anak2 yatim ketika tibanya Ramadhan mahupun Aidilfitri. mungkin kita lupa, sekarang mereka berada di dlm kekurangan upaya, tp kita juga akan bakal kekurangan upaya apabila tibanya tua kelak. hurm. sangat2 terkesan. 


Moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur

02 January 2012

Azam 2012 =)

2012 
23 tahun
tua ke muda?
dah layak kawin ke belum?
hu3
kawin je tahu? 

walau apa2 pun, bagi aku umur itu bukanlah sebarang angka. sbbnya setiap tahun, angka2 itu akan bertambah. melalui pertambahan itu juga aku menilai kematangan yang aku lalui.

hurm. 23 tahun? 23 tahun bagi aku satu titik permulaan ke alam dewasa. kalau tahun lepas 22 tahun dan tahun sebelum itu 21 tahun, baru nak mematangkan diri seiring dengan umur yang masuk 20-an. tapi 23 tahun itu mesti matang ! wajib ! hehe.

resah, gelisah tak senang duduk. tahun ini juga bakal melihat sahabat2 masa diploma dulu akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangan terchenta. bukannye jeles. tapi, aku memikirkan siapalah bakal imam aku kelak..? hurm..wondering. bila agak2nya aku akan kawin ek? hihi. tahniah pada sahabat2 exclassmate yang bakal mendirikan masjid tahun ini. InsyaAllah, aku akan meraikan hari kebahagiaan kalian. tak sabar nak tgk wajah2 berseri korg sumer. =)

ini wish list aku utk tahun nie:

1-aku doakan moga2 Allah pertemukan dengan jodohku.
 jika itu perkara yang baik buatku dan Allah tahu apa yg terbaik buat aku. =)


2-of course, wanna be a better muslimah then previous year.


3-aku selalu akan gembirakan hati mak+abah+adik2 aku


4-nak belajar masak. hehe. kantoi tak pandai masak

5-nak berjimat cermat & menabung


6- nak reduce weight dlm 2 kg lagi. hehe. gemuks !


Hehe. InsyaAllah, I can do it !!

Moga, berjalan dengan lancar semuanya. =)