Follow me~

13 October 2013

aku ikhlaskan

fuh ! fuh ! alamak berhabuk pulak belog nie
hehe. assalamualaikum wbt

lama giler tak mengupdate citer kat sini. rasa kemalaasan yang amat sangat. pejam celik. pejam pastu celik balik, rupenya dah 5 bulan tak bukak. kui3.

so, for dis time aku nak update pasal apa ye? erm. erm.

oklah, disebabkan aku baru balik dari te-len-ya-nu. eh..eh. terengganu la. aku baru je sampai dari gong badak, kuala terengganu jam 4.oo pagi tadi. seminggu aku kat sane sebab aku mewakili Pasukan Elit Gayong Malaysia ke Kejuaraan Pencak Silat Piala Perdana Menteri ke 17.

sebelum aku dapat mewakili Gayong Malaysia ade alkisahnye. aku rasa sangat bertuah dan aku merasakan Allah telah menyusunkan sesuatu bagi aku. dikala hati ni sangat kuat mengatakan kuat untuk berhenti bertanding, tapi dikala itu juga aku dilimpahkan dengan ruang dan peluang. untuk terima atau tolak semua atas kehendak diri tapi kehendak bersama partner aku. ye, bila aku berkeras untuk quit dulu, teruk jegak penangan yang aku terima. tapi, aku terima dengan tabah dan ikhlaskan hati.

lepas je game di Dataran Pahlawan Megamall, Melaka untuk Kejohanan Pencak Silat Piala Timbalan Perdana Menteri aku ditawarkan untuk bermain under Selangor ke Kejuaraan Silat Kebangsaan disebabkan pencapaian pingat emas di Piala TPM. Reaksi secara zahir, ye. aku suka. tapi, di dalam hati yang berbicara, lesu tidak seiring. Partner aku masih dan teruja untuk meneruskan perjuangan ini. aku ikhlaskan hati.

langkah pertama untuk mewakili Selangor tidak tercapai. jadi, aku ditawarkan untuk ke selection Negeri Sembilan. aku turuti. sebab aku tahu, Allah akan berikan jawapan yang terbaik untuk aku. tempat pertama milik aku dan partner. dan pasti kami akan mewakili Negeri Sembilan. semingu kemudian, Negeri Sembilan tidak dapat menghantar full team ke Terengganu. aku terima dengan redha. mungkin ini jawapannya.

kemudian, aku mendapat tawaran untuk bermain di bawah Pasukan Gayong Malaysia. dan, aku turuti sahaja langkah ini yang membawa. Alhamdulillah. sudah seminggu di sana dan aku memperolehi pingat Perakk. Syukur. Syukur. bagi aku game kali ini, penutup bagi kerjaya aku sebagai atlit. insyaAllah. sudah banyak kali aku berjanji pada diri untuk quit. namun, aku tidak lagi berjaya mengotakan janji hati. bila agaknya? bila agaknya orang lain akan menghormati dan menerima secara redha.

empat tahun bakal melabuhkan tirai. dan empat tahun jualah aku bertanding tanpa henti. cukup sudah. dan aku perlu tekad untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. stress menggila sebelum ke game memang aku lalui tersangat sukar. tuhan yang tahu. aku tiada masa untuk makan, tidur secara tetap dan bilik hanya persinggahan mata beradu. sekarang ni, aku tersangat rasa bersalah dengan partner sekumpulan tesis yang terpaksa cover masa dan kudrat untuk distribute questionnaire di sekolah. lepas tu di tambahkan lagi dengan serabutnya jawatan naib setiausaha dalam program di bawah fakulti yang aku tidak ingin sama sekali pegang. ini semua kerana gara-gara ingin jadikan aku sebagai best student di hari konvokesyen nanti. stress ! dan ditambah lagi dengan jawatan pengarah program seminar untuk subjek. ya Allah. bukan aku tak ikhlas. tapi masa untuk aku menggalas jawatan di dalam aku tidak bersedia mental dan fizikal.

ikhlaskan hati. ikhlaskan hati.
permudahkan ya Allah.

sekarang, menunggu untuk
#di marah oleh supervisor yang rasminya Ketua Program Kaunseling merangkap setiausaha program fakulti
#menghadap kawan yang terpaksa menggalas kerja aku secara tidak rela

sungguh. aku tak tahu nak handle macam mane lagi

No comments: