Follow me~

07 January 2012

sangat menyentuh kalbu

masih teringat kata-kata Puan Maleeka, 
penyelia di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah, Perak.
walaupun sudah dua minggu berlalu, masih tertusuk dan tertanam di dalam hati ini.
mudah-mudahan aku bukan tergolong di dalam insan yang kufur akan nikmat yang Allah berikan

insyaAllah =)

Renungilah:
".. ibu bapa yang tinggalkan anak-anak mereka di rumah ini kerana mereka 

CACAT, 

KURANG UPAYA, 

tapi mereka sendiri 

LUPA,

bahawa mereka (ibu bapa) akan juga CACAT, 

KURANG UPAYA

apabila mereka tua kelak.."



Allah berfirman:
" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir " (Al-Insan: 2-3)



walaupun mereka kekurangan dari segi fizikal, mental ,emosi tp mereka mempunyai sebening hati yang sangat suci. jangan sesekali kita abaikan mereka. mereka juga sebahagian drpd kita (masyarkat). berikanlah sumbangan dlm bntk apa jua sekalipun, spt mana kita memberi sumbangan kpd anak2 yatim ketika tibanya Ramadhan mahupun Aidilfitri. mungkin kita lupa, sekarang mereka berada di dlm kekurangan upaya, tp kita juga akan bakal kekurangan upaya apabila tibanya tua kelak. hurm. sangat2 terkesan. 


Moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur

No comments: