Follow me~

07 April 2013

yippie.cuti.

Assalamualaikum wbt
Kembali bercuti pertengahan semester..yippie !

lama tak menulis di blog ni. tak menyempat. pack dengan kelas. almaklumlah dah senior la katakan. hari-hari kelas sampai malam. bila dah balik, lembik la jawabnye. kalau tak hebat result semester ni, tak tahula. hehe

so, sekarang dah start cuti, sempat la jari jemari ni nak menaip. hurm, jadi apa yang aku nak kongsikan ye? by the way dah lama aku nak sharekan sesuatu. apa tu? jeng2. aku dah beli motor !!! yeeha. Alhamdulillah. suke sangat. (bila anda rasa gembira kata hooray) hooray ! hehe. syukur sangat2. rasa dapat bernafas semula bila dah ada kenderaan ni. boleh kemana-mana tanpa perlu bergantung pada orang lain. aku beli motor lepas dapat insentif kemenangan AUG tempoh hari. rezeki Allah bagi. boleh la buat bayar deposit motor.


skuter sy comel :)

lepas tu, aku nak share berkaitan aku ke program super caliph di kem d semungkis, hulu langat minggu lepas. dah lama tak berprogram dan beraktiviti sebagai fasilitator. dalam kesibukan assignment dan kuiz, sempat memberikan masa untuk kerja-kerja komuniti. apa yang best sebenarnya? dalam kem ni menggabungkan peserta anak-anak KWSP dan pelajar tahfiz dari tahfiz bukit antarabangsa. uniknya, pelajar tahfiz ni kebanyakan dari Kemboja. teruja sangat dapat berkenalan dengan mereka. walaupun mereka tidak fasih berbahasa Melayu, tapi aku cuba juga berkomunikasi dengan bahasa yang mudah. sejuk hati melihat anak-anak remaja menjiwai Al-Quran di dada. untung kedua orang tua mereka. Alhamdulillah.

akhir sekali, semalam majlis penutupan sukan antara fakulti dan penyampaian insentif sukan kepada atlit cemerlang 2012. Alhamdulillah aku dan kak Amal (partner silat) tersenarai. rezeki Allah bagi lagi. rasa bersyukur dan bertuah sangat. rezeki melimpah-melimpah. aku tak pernah lupa mengucapkan rasa syukur pada Allah, sebab aku yakin dengan Allah bahawa rezeki itu ada dimana-mana. hehe. semalam juga, waktu majlis berlangsung aku dengan partner di minta untuk membuat persembahan silat di depan naib canselor dan atlit2 sukan. Alhamdulillah berjalan dengan jayanya. sampaikan sewaktu nak bergambar dengan NC, siap ditanya dah ada pakwe ke belom? haha. motif? NC cakap ganas sangat bersilat, lari pakwe nanti. haha. ops~ NC, saya belum berpunya. sebab tu orang tak dekat dengan saya. takot kot. ngee~ kena sopan santun lagi lepas ni. hik2.

cuti seminggu ni, menghadap la assignment yang menimbun. moga terus tekal. insyaAllah. one year more to go !


No comments: