Assalamualaikum wbt
petang-petang macam ni, sambil dengar lagu Nazrey Johani bertajuk Muslimah, best jugak. mulalah hati ni nak sayu-mayu. adeh -.-'
apa yang aku fikirkan saat ni? terfikir nak sambung master lepas habis degree tahun depan. insyaAllah. jadi apa masalahnye? nak sambung memang senang, tapi..
aku nak sangat sambung kat oversea. tapi...
tahun depan grade dah umur 25 tahun. tapi...
apa yang tapi-tapi ni? haishhh
kemungkinan aku nak sambung ke oversea menjadi angan-angan sahaja. sebab, kalau ke sana, tiada siapa yang nak menyara keluarga aku. abah dah 62 tahun depan. mak pulak dah 50. tengok pada fizikal abah, dia kurang mampu untuk bekerja. apatah lagi, abah memandu bas kilang. aku pernah suruh abah berhenti kerja, tapi abah cakap, siapa yang nak bayar kereta dan rumah. aku tersentap. sememangnya, itu tanggungjawab aku sebagai anak sulung.
insyaAllah, mak dan abah. liza mohon mak dan abah diberikan kesihatan yang baik, bekerja untuk menyara kami anak-anak mak abah. mak abah tunggu ye, setahun lagi liza habis belajar. lepas tu, mak abah dah boleh duduk rumah ye. jangan kerja lagi.
sayang mak abah. <3
No comments:
Post a Comment