Penglibatan aku dalam arena sukan pencak silat kini telah pun berada di kemuncaknya. tidak pernah aku impikan untuk mewakili negara ke pertandingan silat. namun, itu semua telah pun aku rasa dan alami dan kini tersimpan kemas di dalam memori ini. kalau dulu bila tengok kejohanan silat disiarkan di tv, aku teruja sangat dan terfikir macam mane lah dorang boleh wakil Malaysia ke pertandingan tu. dan sekarang, bila aku terpilih untuk wakil Malaysia ke peringkat Sukan Universiti ASEAN, rasa macam tak percaya pada awalnya dan bila di saat-saat nak terbang ke Vientiane, Laos barulah terasa perasaan sebagai atlet Malaysia.
Seramai-ramai pelajar di USIM, hanya aku dan kawan aku sahaja yang dapat mewakili Malaysia dan dalam waktu yang sama hanya kami berdua yang mewakili USIM di kejohanan AUG. Perasaan bangga tu pastilah ada, tapi taklah bangga gila-gila. sebabnya kami ini pelajar dari sebuah universiti yang title nye islamic, dan kami pelajar universiti islamic ini mampu juga untuk berada setanding dengan pelajar-pelajar dari universiti lain. Syukur alhamdulillah, Allah yang memberikan kami rezeki ini, dan pada Allah jualah aku bersyukur. apabila berada sebaris dengan atlet-atlet elit negara, atlet-atlet SUKMA, aku terfikir aku hanyalah pelajar sebuah universiti dan tidak pernah mewakili mana-mana negeri ataupun mana-mana kejohanan berlevel antarabangsa. aku hanyalah insan kecil hanya bertapak di sebuah universiti yang hanya segelintir mengenalinya. aku hanya atlet kampung. namun aku tidak malu untuk berada bersama atlet-atlet yang hebat, disebabkan aku mampu untuk membuktikan pelajar USIM juga boleh ! perjuangan dan semangat yang aku bawa adalah sebagai pelajar USIM !!
kami pelajar USIM. nampak tak keUSIMan nye? nampakkan. ha3 |
Perjuangan AUG 2012 adalah tanda penamat aku di dalam dunia kejohanan pencak silat. kenapa? aku rasa hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. walaupun aku sudah memberikan jawapan kepada sesiapa yang bertanyakan soalan kenapa dan pastinya jawapan yang aku berikan tidak tersampai maksud seperti apa yang terbuku. tidak terluah ! pastinya ia adalah bersifat peribadi. mohon penerimaan secara terbuka kepada insan-insan sekalian. bukan aku untuk mementingkan diri tapi berilah diri ini ruang untuk mementingkan perkara-perkara lain yang ingin aku capai dalam hidup. cukuplah tempoh tiga tahun aku berada di arena sukan pencak silat. tiga tahun. walaupun satu angka namun banyak cabaran dan rintangan harus aku tempoh, harus aku ketepikan, harus aku korbankan. dan sekarang aku harus tebus kembali. kerana hidup ini hanya sekali dan tidak boleh direpeat-repeat.
Setahun lagi yang bakal menjelang ini, aku tidak akan ketepikan pasukan pencak silat USIM. banyak lagi pengorbanan yang perlu aku lemparkan demi sayangnya aku pada pasukan. mungkin orang akan kata aku gila, sudah2la, nak buat apa lagi. tapi, aku sendiri tidak tahu, mungkin dunia silat ni dah sebati dalam diri. aku boleh meneruskan perjuangan pencak silat tapi bukan dengan bergelar sebagai atlet tapi sebagai penyokong setia atau pencinta silat mungkin lebih tepatnya. :)
AUG 2012: wil owez remain in heart~ |
Gantung baju?? Itulah sebaiknya. Apa lagi yang ingin dikejar. Sudah cukup sudah. Hehe. Yup, sudah-sudahlah cik liza oi. agaknya orang dah muak tengok muka ni. haha. Aku gantung baju silat di arena pencak silat je dan insyaAllah aku tidak gantung baju di arena persilatan melayu. aku tersangatlah rindu untuk ke gelanggang semula. dah genap 3 tahun aku tak turun gelanggang. aku akan kembali aktif jika diberi keizinan olehNya. kena buka kitab kembali, berkarat gila otak. huhu
Kepada yang rindu nak tengok aku bersilat, insyaAllah. i'll be back. hehe
No comments:
Post a Comment