Follow me~

18 November 2012

Larian Pesta Konvo USIM

Assalamualaikum wbt..

Haha. masih tak percaya ! Tindakan drastik yang dilakukan semalam akhirnya telah berakhir. Aku menyertai pertandingan larian Pesta Konvo USIM. tak pernah-pernah aku join pertandingan camni. First tyme ni dan aku harus bangga kot.

Mula-mula daftar bawah kategori pelajar wanita USIM, tapi tukar ke kategori wanita terbuka di saat akhir. sebabnya kategori student mencecah 135 orang, yang terbuka hanya 10 orang. Hehe. Pagi tadi berlari la sepanjang 7 kilometer mengelilingi USIM. pergh ! sangat terbaik. letih la jugak. tapi aku non-stop berlari even tak dapat nak pecut mane. kawasan USIM banyak berbukit. mane la larat aku nak berlari.

Kategori bebas disertai orang luar. jadi, takdelah harapan nak menang first and second prize. giler laju kakak tu lari. mcm ala-ala tentera, tak pun polis. konsisten. tu dah dua orang. kompem dorg menang. yang depan aku pulak, sorang perempuan lari pun agak laju. tak terkejar aku. ingatkan staf USIM, rupanya dak palapes. dari sepanjang larian tu, aku tahu kedudukan aku yang keempat. so aku konsisten lari untuk dapatkan tempat keempat. huhu. kak Amal partner silat pon join gak. dia dapat tempat kelima. seiringan berlari walaupun mula-mula aku tinggalkan dia. tapi at last, dye leh kejar aku kat kawasan bukit. nak sampai garisan penamat, aku pecutlah sehabis boleh. Hehe.

Ingatkan hadiah sampai tempat ketiga, rupanya keempat dan kelima dapat juga. jadi, aku dan kak Amal dapat naik pentas la amik hadiah. suke3.


sejurus habis lari. senyum walau penat =)

budak silat yang join

yeay ! menang. walau no 4. hihi

16 November 2012

hanya Dikau sahaja yang memahami

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nyawa kepada jasad ini untuk terus bernafas di tahun baru 1434 Hijrah. Syukur ya Allah.

Sekarang ini, sedang meniti minggu yang agak mencabar bagi semester ini, aku dalam keadaan yang sangat serabut memandangkan banyak lagi tugasan akademik yang terbengkalai. Tambahan lagi kekangan waktu yang perlu dibahagi-bahagikan antara komitmen latihan silat dan pembelajaran.

Sebelum dua minggu ini, aku tidak terasa bahangnya. Tapi bila mendapat tahu bahawa aku perlu menghadiri latihan pusat pencak silat ke Asean University Games pada 19-23 November ni. Rasa terpana dan terkaku sekejap. Sebabnya, aku hanya berbaki seminggu sahaja untuk siapkan tugasan sepanjang 24 Nov-1 Disember sebelum aku kembali ke latihan pusat sepenuhnya dan terus terbang ke Laos bagi kejohanan pencak silat pada 2-23 Disember 2012.

Menjadikan diri ini tersangat ralat, disebabkan dua subjek yang belum dihadiri oleh pensyarahnya kerana menunaikan haji. Untuk semester ini, aku belum bertemu dengan beliau. Minggu pertama dan kedua kuliah, aku tiada kerana kejohanan silat. Bila minggu ketiga aku balik, beliau pula ke Mekah dan sampailah sekarang, sebulan setengah tidak bersentuh apa-apa bab bagi dua subjek di bawah beliau. Minggu depan beliau hadir, tapi aku pulak ke latihan pusat. Dan setelah aku balik nanti, aku hanya tinggal seminggu untuk mendapatkan segala-galanya. Tugasan? Aku tidak tahu bila dapat disiapkan bila dah masuk latihan pusat nanti. Terasa di awang-awangan kerana aku tidak mampu untuk memikirkan bagaimana keadaannya.

Habis kejohanan di Laos, sudah berada di study week. Yang tersangatlah pasti, aku tidak dapat belajar apa-apa untuk dua subjek itu. Dan, bagaimana aku nak menjawab soalan final exam nanti. Midtem test? Bila? Sungguh, Aku senak memikirkan.

Ya Allah, aku tahu Engkau telah menetapkan yang terbaik buat diri. Engkau cekalkan hati ini supaya aku tidak memutuskan perasaan kebergantungan kepada Engkau.

Tiada yang mampu memahami diri ini disaat ini, hanya Engkau Ya Allah. Bantulah diri ini.

Risau..result semester ini akan merudum jatuh. Dan pasti aku perlu untuk melakukan sesuatu jika kemungkinan ini menjadi kenyataan. =(

01 November 2012

korban & ziarah

Assalamualaikum wbt
Syukur walhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Korban kali ini, diri ini masih diberi ruang dan peluang untuk menziarahi dua buah kampung orang Asli di nun Hulu Selangor.

Bermula tahun lepas, ini adalah ziarah kali kedua bagi hari raya korban di KOA Kg Tun Razak, Kuala Kubu Bharu. Majlis korban yang diadakan pada hari Isnin baru ni mendapat sambutan oleh masyarakat orang Asli beragama Islam disini. Tapi, malangnya aku sampai lewat dan majlis telah pun berakhir, namun kemeriahan anak-anak orang Asli yang gembira melihat aku dan sahabat-sahabat sukarelawan, mereka tetap menunggu dan bermain, bermesra dengan kami. Girang gembira mereka ! Namun disudut hati aku, kegembiraan yang ditunjukkan oleh mereka masih gusar di hati ini. Bukan apa, kebanyakan dari mereka tidak bersekolah dan hanya mengharapkan bantuan zakat semata. Oleh sikap sesetengah ibubapa mereka yang hanya mementingkan wang dan bukanlah pendidikan, anak-anak akan menjadi mangsa dunia dek ketandusan ilmu pelajaran. Bagaimanalah nanti mereka akan mengharung dunia. Hanya mampu, bila berjumpa dengan mereka, sokongan moral dan memberitahu mereka pergi sekolah adalah sesuatu yang indah dan berharga selain menjadikan diri kami sebagai contoh. Mudah-mudahan ada hati-hati yang tercetus niatnya untuk ke sekolah. Amin

anak org asli di Kg Tun Razak
 

  

     

belia org Asli di Kg Serendah

kami-kami

Seterusnya aku dan sahabat ke KOA Serendah, disini ukhwah kami agak rapat dengan anak muda remaja orang Asli. Setiap kali kami ke sana,kami akan memasak dan menjamu makanan seadanya. Tidak berbekalkan dari mana-mana sumbangan tapi berbekalkan keizinan Allah dalam melakukan sekadarnya. Dengan niat, moga apa yang kami lakukan ini membuka mata dan meneguhkan rasa kecintaan mereka terhadap Islam. InsyaAllah. Kebetulan, mereka datang ke kawasan surau di tempat kami menginap, untuk melakukan sedikit aktiviti. Jadi aku dan sahabat juga turut serta sambil berbual bersama. Apa yang mampu, itulah seadanya :)