tak bestlah 7 Petala Cinta. Kenapa? Mungkin itu jawapan aku yang dah tengok banyak citer2 Islamik dari Indonesia mahupun Malaysia. Still citer Islamik dari Indonesia masih mengekalkan keislamikan nya. Bukan untuk condem filem Malaysia yang berunsurkan Islam, tapi peliharalah kecantikan Islam di dalamnya. Kalu perkara yang mudah itu tak mampu nak pelihara, maka orang yang melihatnya pasti akan memperlekehkan hasilnya.
Mungkin pembuat cerita ini nak menyampaikan mesej Islam di dalamnya, tapi ada perkara yang mungkin tidak dititik beratkan. Antaranya, pemakaian purdah oleh Saidatul Nafisah. Aku bertanya juga pada rakan-rakan. Kalau pakai purdah, kainnya diletakkan di atas batang hidung dan bukan dihujung hidung. Hu3. Kelakor aku tengok. Tambahan lagi, aku tak gemor tengok cara si alim Ustaz Hamka bergurau senda dengan tunangnya. Jika Islam diletakkan sebetulnya, pasti seorang muslim lagi alim dan muslimat lagi rendah hatinya takkan mampu untuk bergurau sebegitu. Nak memandang pasangan yang sudah menjadi tunang pun rasa tak mampu. Mahu pitam agaknya. Tapi, tidak digambarkan keIslamikannya di situ.
Mungkin juga aku rasa tak sedap tengok, sbb dah tahu background pelakonnya diluar lakonan. Kan best kalau dilakonkan oleh orang yang sebetulnya. Mean yang betul2 pakai purdah yang betul2 menjaga. Macam KCB. Siap wat audition lagi. Ramai gila muslimin muslimat yang datang tampil nak berlakon dalam KCB sebab di arahkan oleh alim Ustaz Habibur Rahman El-Shirazy. Sape yang taknak menyampaikan mesej dakwah melalui lakonan. Terbukti Azzam dan Anna Altafunnisa' masih mampu mengekalkan pendirian Islam walaupun dalam lakonan sebab mereka faham Islam, mereka amal Islam dan mereka tahu Islam. Aku pasti jika kat Malaysia pun, kalu dibuat audition tu, pasti ramai yang hadir. Banyak bakat2 terpendam muslimin dan muslimat ni. lagi2 yang masih menuntut di universiti. Dan bertambah best lagi, orang yang nak buat filem tu mendapat nasihat dan rujukan sebetulnya dari alim-ulamak kat Malaysia ni.
sekadar meluah -.-"
1 comment:
salam w.b.t...saya stuju 100%...
Post a Comment