Follow me~

02 April 2012

kasut sukan baru =)

assalamualaikum wbt =)

hari ini jutaan tahniah buat diri sebab berjaya membeli kasut sukan baru. hehe
aku nak beli kasut sukan baru? itu pun sepuluh kali pikir nak beli. sayang duet punya pasal. tapi kasut sukan ni sangat penting buat aku. atlet pencak silat la katakan. kena la jaga fitness. hu3.

ni first time beli kasut mahal kot. walaupun tak semahal kasut sukan orang2 lain, tapi harga RM 49 tu sangat mahal dah bagi aku. kasut sebelum ni orang yang bagi. jadi, takkan nak mintak yang mahal2 kan. just berpada2. dulu pakai kasut sukan cap Power. tapi hayat kasut tu dalam setahun lebih je. sebab terkopak masa menjelah Bukit Broga. sadis betul. kasut tu masih cantik, tapi just tercabut tapak je. ikutkan hati yang kedekut ni nak pergi jahit balik je. tapi, semangat nak pergi cari tukang kasut tu tak berapa nak gigih.

sesungut keluar dari celah kasut yang terkopak. haha
then tadi dalam dok meneman member pergi bayar bil tepon kat area Giant Nilai, sebelah tu pulak kedai kasut Mizi, aku pon masuk la. dalam walet ada RM 50 jek. saje tengok2, ade pulak kasut Line 7 ni. harga pon berpatutan dgn duet yang ada dalam walet. kat rak tu pun, kasut tu lah paling murah. haha. tapi tak tahu la cap ni berkualiti ke tak. kualiti ke tak no dua. asal nampak tahan okla dari takde kasut. hu3.kedekut giler aku neh. yang penting aku boleh kembali berjoging dengan semat bergaya. kalu tak, keroks pink aku jadi mangsa selama tak berkasut neh.

hitam itu menawan. ungu itu tertawan. hihi

wah ! tak sabar nak berjoging dengan kasut Line 7 neh =)

No comments: