Follow me~

17 May 2012

AKSIS '11-Betul ke?

Assalamualaikum

Malam tadi adalah malam yang bersejarah buat semua pelajar USIM yang telah menyumbang dalam pelbagai aspek dari segi kepimpinan, pengurusan, pencapaian dan sukan. AKSIS atau Anugerah Kecemerlangan Siswa/i USIM dah macam Anugerah Juara Lagu lak rasanya semalam. Nak kata berprestij atau tak anugerah tu la kan. Hehe. Siap berkarpet merah, ada tempat amik gambar wall of fame gayanya.

Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan Pencak Silat seramai lima orang tercalon untuk kategori yang sama iaitu Cemerlang Sukan Individu. Bila tengok buku aturcara, rupanya ada 15 orang lagi calon untuk kategori yang sama. Wah ! Sangat sengit. 

Berdebar juga tunggu keputusan. Dub..dab..dub..dab. Bila dah nak pengumuman bagi kategori tu, aku pulak sakit perut tiba-tiba. Nerbes. Huhu. Bila keluar teaser kat skrin, gambar aku first skali. Gulp ! Malunya. Huhu. Punya dok rakam teaser tu, rupanya ada tiga calon sahaja yang disiarkan. Lagi 15 takde. Lagi la aku menggelabah. Maknanya antara aku dan dua orang lagi calon yang akan dinobatkan pemenang. Aku makin berdebar. Tiba-tiba aku dengar nama aku. Erk ? ! Betul ke? Masih tak percaya. Kak Amal, partner silat aku cakap, " Liza menang la. Tahniah. " Aku pun melangkah ke pentas dalam keadaan masih tak percaya. Erm. Atas pentas, semua lensa kamera klik-klik dok amik gambar. Gugup. Aku tak perasan reaksi aku atas pentas. Huhu. 

Duduk kat kerusi semula. Masih tak percaya. Namun cuba untuk terima hakikat. Rasa malu yang amat sangat. Tak layak rasanya untuk menerima penghargaan ini. Moga aku dijauhkan dari sifat riak, takabbur dan sombong diri. Aku menerima kejayaan ni atas tiket pencapaian aku di dalam silat. Namun dari sudut hati kecil ni, perjuangan silat yang aku lakukan ini, bukan lah atas tiket individu. Aku berjuang untuk menaikkan kembali nama pasukan Pencak Silat USIM. Aku sayang team ni. Biarlah team ni tak sehebat mana, tak sehebat team yang ada di USIM namun satu je aku harapkan, ukhwah yang kekal dan berpanjangan. Biarlah orang tak nampak perjuangan yang aku lakukan untuk team ni, aku doakan yang terbaik untuk perjalanan team ni sampai lah aku grade nanti. 

Argh..mulalah nak mengalir air mata. Adeh. Ok. Stop2.

Terima kasih buat semua yang sudi kekal dalam keluarga Pencak's ni. Sayang korang ketat2. =)
Tahniah buat pasukan berjaya merangkul Anugerah Cemerlang Sukan-Berpasukan. 




Petang semalam, buku kecil warna merah dah siap. Yeeha ! Selamat tinggal Malaysia. Tinggal lah seketika apa yang ada di Malaysia. Moga setelah kembali ke Malaysia, aku akan terus bersemangat dan terus ikhlas dalam semua perkara yang aku lakukan..

" Hidupku..matiku..hanyalah kerana Allah yang Satu " 

InsyaAllah =)

14 May 2012

Sakitkah aku?

Tulang rusuk kiri aku terkeluar dan timbul sedikit. Dah lama aku perasan, tapi aku buat tak tahu. last week, waktu buat medical cek-up, aku tanya lah pada doktor. Lepas doktor tengok dan buat sedikit pemeriksaan, doktor minta aku buat x-ray. Gulp ! Erm. Doktor cakap kemungkinan tulang belakang aku bengkok atau pun kesan dari angkat barang yang berat. Bergetar jiwa dan raga aku.

Pagi tadi pula, aku ke kempen derma darah. Dah lama aku nak menderma darah. Tapi setiap kali aku cek darah, zat besi mesti tak cukup. Tapi, aku mencuba juga tadi, even dah lebih sepuluh kali, dan pasti jawapannya mesti mengecewekan. 2007 adalah tahun yang pertama aku menderma dan juga kali terakhir. Selepas pada itu, mesti tak lepas ujian zat besi. Bila pembantu kesihatan tu tahu masalah ini, dia sarankan aku jalani ujian Talasemia. Gulp ! Bergetar dada aku buat kali kedua. Kemungkinan kekurangan zat besi adalah disebabkan gaya pemakanan dan mungkin juga aku menghidap Talasemia. Allahurabbi. Rasa gelap tiba-tiba dunia ni.

Dugaan. Nak atau tidak, aku mesti ke hospital secepat mungkin sebelum perkara2 ni membelenggu pemikiran.
Moga baik2 sahaja keputusannya. InsyaAllah =)