Follow me~

06 May 2013

kami teruji

Assalamualaikum wbt

speechless.
semalam baru perasaan struktur belakang adik bongsu tidak lurus. tulang belakang agak serong ke kanan.

adik bawah aku, ade skoliosis. tulang belakang bengkok sejak lahir. tapi baru detect last year. dalam hati aku, takkan adik bongsu aku pun ade skoliosis jugak. Allahu. sangat terkejut.

jadi, nak sahkan. aku teman adik bongsu ke PPUKM pagi tadi. waktu pemeriksaan awal, doktor hanya tengok dengan mata kasar, beliau beritahu bahawa struktur tulang belakangnya agak teruk. Allahu. aku kesian. tapi aku tak tunjukkan kebimbangan pada adik. erm.

sebelum ni jugak, adik bawah aku detect beta talasemia. baru je bulan lepas. erm. Allahu.

sekarang aku masih dalam pantauan doktor. Alhamdulillah, tiada beta talasemia, tapi perlu makan folic acid selama 3 bulan sebab hemoglobin rendah dari wanita biasa. lepas 3 bulan, datang semula untuk recheck.

mudah-mudahan tiada perkara yang teruk berlaku pada adik beradik aku. ya Allah. sesungguhNya, Engkau tahu apa yang selayaknya kami tempuhi. kepadaMu jualah kami bergantung. =(




No comments: