Follow me~

30 January 2013

hati luka kembali

yups. tak sangka, hati aku luka kembali. disebabkan apa, disebabkan cinta lagi. too sad. but what to  do. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. aku tak mahu mencari salah sesiapa. dan aku taknak mencari cinta itu kembali. hati aku kembali pasrah dan redha seperti dulu. aku bingung memikirkan.  aku sangka dia adalah yang terbaik untuk aku. aku sangka dia yang terakhir buat aku. tapi tidak. biarlah. usah dikenang apa yang dah jadi. usah mengharap pada yang tak pernah sudi dan hargai aku. aku tenang macam ni. biarlah masa yang menentukan.



hati aku kini milik Allah. titik.






09 January 2013

refleksi12+impian13

Assalamualaikum ;)

Kali ni entry wajib bila dah masuk tahun baru. Mula la nak terpikir2 apa yang nak dicapai pulak tahun ni. 2013. hurm.

Sebelum senaraikan yang 2013, yang tahun lepas dah tercapai ke cik liza? Hehe. Alhamdulillah, almost its happened. terima kasih Allah. tink.tink. jom kita buat cek-list sikit apa azam tahun lepas ye.

satu. aku berharap dapat berjumpa dengan jodoh. hehe. 
jadi ? Alhamdulillah telah berkenalan dengan seseorang yang tidak kusangka dan kuduga. selama ini hanya berkawan, dan akhirnya telah upgrade ke level seterusnya. insyaAllah, jika Allah membenarkan hubungan ini diteruskan, opkoz la aku nak mendapatkan hubungan yang diredhai olehNya. ameen2x. ngee~

dua. nak jadi muslimah yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
jadi? Alhamdulillah. aku menemui sahabat2 yang mampu untuk aku sentiasa di dalam biah solehah. walaupun tidak lah aku sebaik dan sealim muslimah2 diluar sana, namun aku sentiasa menjauhi laranganNya dan mendekatkan diri kepadaNya.

tiga. nak gembirakan hati mak abah.
jadi? Alhamdulillah. aku merasakan sejak masuk belajar ni, aku jadi anak yang mula ambil berat tentang keluarga. mungkin dah besar kan. kerap juga telefon mak, tanya hal-hal dirumah. sampaikan mak yang jarang telefon aku, dah start tanya bila aku nak balik kalau aku sibuk di hujung minggu. hehe. i love you mak. sekarang dah pandai jiwang2 dengan mak. yelah, esok lusa nak jadi isteri orang dah. ahaks. time ni lah nak berbakti dengan mak abah betul2. =(

empat. lima. dan enam. nak masak: sejak tinggal kat rumah sewa ni, macam dah masak even menu asyik berulang jek. haha. baru nak pandai la katakan. menabung: dah start dah, sebab fikir nak kawen kan. kenalah start kumpul duet. tapi, masalahnya, tak penuh2 tabungnya. haha. last, nak reduce weight: berjaya juga turun dari 50kg ke 47kg. tapi bertahan seminggu je. haha. sebabnya, sakit. then, mantain 49kg. oklah tue kan. hihi.

okey then, apa yang aku impikan pada tahun 2013 ni? jeng2. pikiaq jap. apa eh?

ha? erm..jap..

>>boleh tak aku nak impikan, aku nak sangat bertunang pada tahun ini. sebab aku nak sangat kawen tahun depan. haha. sesuai pada usia aku 25 tahun. erk. tua dah kot 25 tahun tu. btw, berdoa pada Allah. Dia Maha Mengetahui dari aku.

then,

>>aku nak beli motor. lebih tepat lagi, skuter. yeeha ! dah survey kat kedai motor area nilai ni. terjumpa lah kedai yang menawarkan harga yang sangat tertarik menarik lagi da bom kan. mampu aku nak beli. tapi... lesen L motor dah lama expired. hoho. kena wat lesen semula la jawabnya. sabar ye SUZUKI NEX. akan ku milikimu.

lagi2,

>> erm. yang ni agak penting rasanya. tinggal setahun je lagi, aku kat usim ni. jadi aku taknak la mensia-siakan peluang yang ada. aku nak membiasakan diri dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. rugi rasanya tak pergi. ini ajelah masa yang ada. takut nanti bila dah kerja, tak dapat peluang yang free macam ni lagi. ilmu agama ni penting. nak harungi dunia yang penuh pancaroba kat luar tuh. so, kena bersiap ! sedia ! haiyaaaaak !

rasanya, tahun 2013 ini, tak banyak yang ingin aku capai. sebabnya, azam 2012 masih perlu diteruskan. istiqamah. insyaAllah. banyak sangat nak diimpikan, belum tentu diri ini berdaya nak capai. insyaAllah. insyaAllah.

..padaMu aku meminta pertolongan dan padaMu juga aku berserah ya Allah..
=)

04 January 2013

bye2 pencak silat~

Assalamualaikum wbt =)

Penglibatan aku dalam arena sukan pencak silat kini telah pun berada di kemuncaknya. tidak pernah aku impikan untuk mewakili negara ke pertandingan silat. namun, itu semua telah pun aku rasa dan alami dan kini tersimpan kemas di dalam memori ini. kalau dulu bila tengok kejohanan silat disiarkan di tv, aku teruja sangat dan terfikir macam mane lah dorang boleh wakil Malaysia ke pertandingan tu. dan sekarang, bila aku terpilih untuk wakil Malaysia ke peringkat Sukan Universiti ASEAN, rasa macam tak percaya pada awalnya dan bila di saat-saat nak terbang ke Vientiane, Laos barulah terasa perasaan sebagai atlet Malaysia.

Seramai-ramai pelajar di USIM, hanya aku dan kawan aku sahaja yang dapat mewakili Malaysia dan dalam waktu yang sama hanya kami berdua yang mewakili USIM di kejohanan AUG. Perasaan bangga tu pastilah ada, tapi taklah bangga gila-gila. sebabnya kami ini pelajar dari sebuah universiti yang title nye islamic, dan kami pelajar universiti islamic ini mampu juga untuk berada setanding dengan pelajar-pelajar dari universiti lain. Syukur alhamdulillah, Allah yang memberikan kami rezeki ini, dan pada Allah jualah aku bersyukur. apabila berada sebaris dengan atlet-atlet elit negara, atlet-atlet SUKMA, aku terfikir aku hanyalah pelajar sebuah universiti dan tidak pernah mewakili mana-mana negeri ataupun mana-mana kejohanan berlevel antarabangsa. aku hanyalah insan kecil hanya bertapak di sebuah universiti yang hanya segelintir mengenalinya. aku hanya atlet kampung. namun aku tidak malu untuk berada bersama atlet-atlet yang hebat, disebabkan aku mampu untuk membuktikan pelajar USIM juga boleh ! perjuangan dan semangat yang aku bawa adalah sebagai pelajar USIM !!

kami pelajar USIM. nampak tak keUSIMan nye? nampakkan. ha3

Perjuangan AUG 2012 adalah tanda penamat aku di dalam dunia kejohanan pencak silat. kenapa? aku rasa hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. walaupun aku sudah memberikan jawapan kepada sesiapa yang bertanyakan soalan kenapa dan pastinya jawapan yang aku berikan tidak tersampai maksud seperti apa yang terbuku. tidak terluah ! pastinya ia adalah bersifat peribadi. mohon penerimaan secara terbuka kepada insan-insan sekalian. bukan aku untuk mementingkan diri tapi berilah diri ini ruang untuk mementingkan perkara-perkara lain yang ingin aku capai dalam hidup. cukuplah tempoh tiga tahun aku berada di arena sukan pencak silat. tiga tahun. walaupun satu angka namun banyak cabaran dan rintangan harus aku tempoh, harus aku ketepikan, harus aku korbankan. dan sekarang aku harus tebus kembali. kerana hidup ini hanya sekali dan tidak boleh direpeat-repeat.

Setahun lagi yang bakal menjelang ini, aku tidak akan ketepikan pasukan pencak silat USIM. banyak lagi pengorbanan yang perlu aku lemparkan demi sayangnya aku pada pasukan. mungkin orang akan kata aku gila, sudah2la, nak buat apa lagi. tapi, aku sendiri tidak tahu, mungkin dunia silat ni dah sebati dalam diri. aku boleh meneruskan perjuangan pencak silat tapi bukan dengan bergelar sebagai atlet tapi sebagai penyokong setia atau pencinta silat mungkin lebih tepatnya. :)

AUG 2012: wil owez remain in heart~

Gantung baju?? Itulah sebaiknya. Apa lagi yang ingin dikejar. Sudah cukup sudah. Hehe. Yup, sudah-sudahlah cik liza oi. agaknya orang dah muak tengok muka ni. haha. Aku gantung baju silat di arena pencak silat je dan insyaAllah aku tidak gantung baju di arena persilatan melayu. aku tersangatlah rindu untuk ke gelanggang semula. dah genap 3 tahun aku tak turun gelanggang. aku akan kembali aktif jika diberi keizinan olehNya. kena buka kitab kembali, berkarat gila otak. huhu

Kepada yang rindu nak tengok aku bersilat, insyaAllah. i'll be back. hehe