Follow me~

07 January 2012

sangat menyentuh kalbu

masih teringat kata-kata Puan Maleeka, 
penyelia di Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Batu Gajah, Perak.
walaupun sudah dua minggu berlalu, masih tertusuk dan tertanam di dalam hati ini.
mudah-mudahan aku bukan tergolong di dalam insan yang kufur akan nikmat yang Allah berikan

insyaAllah =)

Renungilah:
".. ibu bapa yang tinggalkan anak-anak mereka di rumah ini kerana mereka 

CACAT, 

KURANG UPAYA, 

tapi mereka sendiri 

LUPA,

bahawa mereka (ibu bapa) akan juga CACAT, 

KURANG UPAYA

apabila mereka tua kelak.."



Allah berfirman:
" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir " (Al-Insan: 2-3)



walaupun mereka kekurangan dari segi fizikal, mental ,emosi tp mereka mempunyai sebening hati yang sangat suci. jangan sesekali kita abaikan mereka. mereka juga sebahagian drpd kita (masyarkat). berikanlah sumbangan dlm bntk apa jua sekalipun, spt mana kita memberi sumbangan kpd anak2 yatim ketika tibanya Ramadhan mahupun Aidilfitri. mungkin kita lupa, sekarang mereka berada di dlm kekurangan upaya, tp kita juga akan bakal kekurangan upaya apabila tibanya tua kelak. hurm. sangat2 terkesan. 


Moga kita menjadi hambaNya yang bersyukur

02 January 2012

Azam 2012 =)

2012 
23 tahun
tua ke muda?
dah layak kawin ke belum?
hu3
kawin je tahu? 

walau apa2 pun, bagi aku umur itu bukanlah sebarang angka. sbbnya setiap tahun, angka2 itu akan bertambah. melalui pertambahan itu juga aku menilai kematangan yang aku lalui.

hurm. 23 tahun? 23 tahun bagi aku satu titik permulaan ke alam dewasa. kalau tahun lepas 22 tahun dan tahun sebelum itu 21 tahun, baru nak mematangkan diri seiring dengan umur yang masuk 20-an. tapi 23 tahun itu mesti matang ! wajib ! hehe.

resah, gelisah tak senang duduk. tahun ini juga bakal melihat sahabat2 masa diploma dulu akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangan terchenta. bukannye jeles. tapi, aku memikirkan siapalah bakal imam aku kelak..? hurm..wondering. bila agak2nya aku akan kawin ek? hihi. tahniah pada sahabat2 exclassmate yang bakal mendirikan masjid tahun ini. InsyaAllah, aku akan meraikan hari kebahagiaan kalian. tak sabar nak tgk wajah2 berseri korg sumer. =)

ini wish list aku utk tahun nie:

1-aku doakan moga2 Allah pertemukan dengan jodohku.
 jika itu perkara yang baik buatku dan Allah tahu apa yg terbaik buat aku. =)


2-of course, wanna be a better muslimah then previous year.


3-aku selalu akan gembirakan hati mak+abah+adik2 aku


4-nak belajar masak. hehe. kantoi tak pandai masak

5-nak berjimat cermat & menabung


6- nak reduce weight dlm 2 kg lagi. hehe. gemuks !


Hehe. InsyaAllah, I can do it !!

Moga, berjalan dengan lancar semuanya. =)




01 January 2012

Kritikan Membina @ Menjatuhkan?

Kritikan. Kita tidak dapat lari dari kritikan dari mulut orang yang bernama manusia. Sebab kita ini bukanlah manusia yang sempurna. Kadang-kala kita juga pernah melakukan sesuatu yang menjengkelkan hati orang tanpa kita sedari. Kritikan yang diperolehi ada yang membina dan ada yang dapat menjatuhkan semangat seseorang. Tapi bagi aku, diri sendiri yang menjadikan diri itu jatuh atau bangkit disebabkan oleh kritikan itu. Come on la ! Think positive. Jangan nak merasakan diri ini sempurna tanpa memerlukan sebarang kritikan dari orang lain. Selalulah merujuk kepada kawan terdekat tentang diri kita. Kalau malu nak merujuk kepada kawan2, please..Allah is always with us. Mengadulah kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar.

Ini, aku nak kongsikan feedback aku berkaitan post kat fb tentang seseorang yang mendapat kritikan tentang dirinya yang menjatuhkan semangat dan memalukan.

Aku tulis:


saya pun disini mendapat kritikan. even saya merasakan itu bukan saya, tp sy perlu merenung sejenak. kadg2 kita terlalu syok dgn diri sendiri atau orang kata syok sendiri. tp, bila ade surat2 mcm ini, dikira bgus utk saya. sbb selama ini kita tak tahu apa pandangan org pada kita. ibaratkan, kwn baik kita sendiri pon kdg2 makan hati dgn kta, tp tak penah nak ungkap sbbnye nak jaga hati. tp, cube fikir, smpai bila kita nak hanyut dgn kehidupan kita. andai komen2 yg dpt tu bukan diri sendiri, jgn cepat melatah dan kalu tak dpt trime buang dlm tong smpah. andai kita rase perlu utk di muhasabah, ambil berat perkara itu dan upgrade diri. komen2 yg kita dpt itu adalah tanda kasih syg kwn2 pd kita. kalu bukan kwn yg tegur sape lg nak tegur. tp, mungkin bahasa dalam surat tu yg agak tak menjaga tutur katanya, itu yg menyebabkan ade yg panas hati. tu bg saya kekurangan dlm aktvt ini. apa komen yg dpt haraplah disimpan dalam peti sendiri dan jgn diwar2kan. sbb ibarat membuka aib sendiri. same2lah kita muhasabah diri ye..


Tapi, dalam memberikan kritikan juga perlu ada adab2nya. Janganlah terlalu kasar. Perlulah dengan hikmahnya. Barulah terkesan di dalam hati dan akan memikirkan akan perkara itu. Tapi, kalau bahasa nya kasar mcm jalan raya, tajam macam kulit durian..Pergh pasti perit nak terima.. 

Fikir-fikirkan..

Diri ini perlukan muhasabah 

Muhasabah dalam menjadikan diri ini lebih dekat kepada Pencipta

Allah..Bantulah aku