Follow me~

27 December 2011

Mood Study Week

Assalamualaikum wbt =)

Pastinya semua pelajar IPT seMalaysia kini berada di minggu study week kan? Jadi, selamat menelaah buku untuk semua. Bukan menelaah fesbuk ye. Mentanglah2 dulu nak bukak fesbuk tak menyempat. Nak bukak je fesbuk, teringat kat assignment yg memanggil, nak bukak fesbuk je, teringat lecturer yang garang2.. Hu3.

Sekarang inilah masa yang sesuai untuk berfesbuk kan?. Sebab, tak perlu nak pikir2 assignment ke, written report yang tak siap ke, power point nak touch-up untuk presentation ke. Tapi..berfesbuk seadanya. Berfesbuk untuk sesuatu yang ilmiah la ye. Tanye member2 camne nak jawab soklan2 past year ke? soklan2 spot ke? Ha..ini baru betul. He3. 

Makanya..



SELAMAT MENGULANGKAJI BUAT SEMUA ^.^

MOGA KEJAYAAN MILIK KITA

REMEMBER ALLAH WELL, INSYAALLAH SUCCESS !

18 December 2011

Kita-Kita BerBroga

Ku daki jua
Bukit Broga
Bersama keluarga Pencak's USIM tersayang
(Coach Mae, Lukman Gewe, Lokman Tuah, Izam, Miji)
(Kak Amal, Nadia, Ikin, As, Azah, Ayun, Azah)


SAYA =)


Bila tengok kawan-kawan fb panjat Bukit Broga. Aku pon teruja jugak nak pergi jenguk bukit ni. Dalam gambar nampak cantik. Bila dah sampai, Alhamdulillah, superb ! Kesempurnaan alam ciptaan Allah. Tiada siapa yang dapat meniru setanding dengan kehebatannya.


Sepanjang perjalanan, bermula dari jam 5.10 pagi. Kami konvoi tiga biji kereta. 5.45 pagi tiba ke destinasi.
Semua ingat aku dah pernah jejak bukit ni. Tapi...tak pernah pun. Ki3. Apa lagi, redah la naik bukit dalam keadaan yang gelap gulita. Tak ingat langsung nak bawa torchlite. 


Sempat menunaikan solat Subuh atas bukit ni. Bersyukur pada Allah. Rasa kecil diri ini di pandangan Nya.

Gembira bila tengok korang pun gembira. =)

Harap korang semua enjoy ye. Walaupun tak dapat nak pergi mandi air terjun ke, air sungai ke. At least dapat juga kita together-gather hang-out. Asyik hang-out atas matress jek. Buhsan lah ! Hik3. Jangan marah ye coach. =)


Bye3 Bukit Broga. Moga ikatan persahabatan kami seutuh Bukit Broga. 

InsyaAllah. 

Ingat mision kita. Kejohanan Pencak Silat Taming Sari UKM 30 Januari- 5 Februari 2012

Berlatih bersungguh-sungguh !

Kecapi kejayaan. Amin =)

11 December 2011

Sesat di Dunia Tambun

Sesat?
Memang sesat
Sesat di The Lost World of Tambun.
Sesat yang sangat menyeronokkan !
Geng lost kami terdiri dari Zaim + Awie + Napi
+ Liza + Nur + Pijah + Ikin =)

Perjalanan dari Nilai-Tambun pada hari Jumaat 9/12 memakan masa selama 4 jam. Sangat penat. Tapi, naseb baik bukan aku yg drive. Sebabnya kereta yg kami naiki, manual. Aku expert kereta auto jek. Hik3. Sian driver, Zaim dan Awie.

(Berehat di RnR sekejap. Membetulkan urat2 tersimpul)



Kegembiraan terasa dan penat pun hilang tatkala sampai di The Lost World of Tambun pada jam 4.30 ptg (",)

Tujuan kami ke sini bukanlah untuk sengaja menyesatkan diri. Tetapi, bagi memenuhi sebuah kerja amal di Program Family Day Kesedar. Task kami hanya bersama anak2 Kesedar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM bagi memberikan suntikan semangat kepada mereka. InsyaAllah, bakal bersua kembali di kem yang bakal dianjurkan pada tahun depan. Bestnye =)

Permandangan di sekitar TLWoT

Anak-Anak Kesedar membaca ikrar Selamatkan Bumi Hijau
Agar-agar comel (sumee) utk kanak-kanak kecil Kesedar

Pewaris generasi Kesedar

Program Family Day ini selesai pada hari Ahad jam 10 pagi. Jadi, kami2 yang berotak bernas ini mula merangka hala tuju seterusnya. Tak pikir dah esemen2 yang menanti untuk disiapkan. Bak kata Zaim, dah alang2 berjalan, berjalan puas-puas ye. Pikir punya pikir. Nak mandi sungai. Nur dengan Ikin yang paling teringin nak mandi sungai. Alih2, dalam perjalanan, Zaim membelok kereta ke arah exit Gopeng. Apa ada kat Gopeng tuh ?!

Gua Tempurung !! Hahaha. This is my 2nd experience datang sini. Berjodoh betul aku dengan gua ni. Hehe. Maknanya, aku perlu mengambil ibrah dari pengalaman kedua. Bukan untuk suka-suki berjalan kemari. Tapi, perlu mensyukuri keindahan ciptaan Allah. Subhanallah ! Takjub akan keunikan pemandangan di dalam gua. Tak dpt nak upload gambar dlm gua nie, sbbnya kamera canggih sangat nak snap shoot yg cantek.

Keluar dari gua, menuju ke Lata Kinjang. Mandi air terjun. Best2. Alhamdulillah. Pengalaman yang tidak boleh dibeli, tapi perlu dicari. Sangat berharga.Terima kasih Allah.

Selamat sampai ke bumi Nilai pada jam 11 malam dan terus bertolak ke rumah terchenta di Cheras Batu 9. Tepat jam 11.58 malam tiba dengan selamat. Penat yang berbaloi2.

27 November 2011

Selamat Bergraduasi Sahabatku

Assalamualaikum wbt

Semalam adalah hari yang bersejarah buat sahabat serumate zaman diploma di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 

 Kenapa bersejarah??

Sebab....

 Bersama Miera (Diploma Perbankan Islam)

 Bersama Kak Fatin (Diploma Perakaunan)

Akhirnya mereka dianugerahkan dengan segulung diploma setelah berhempas pulas menelaah ilmu di sana.

Sayang mereka =)

Tahniah dan tahniah buat Nur Munirah aka Miera dan Nurul Fatihah aka Kak Fatin. Moga kalian dapat meneruskan perjuangan di bidang yang diminati dengan jayanya, tidak kira di lapangan akademik mahupun kerjaya.  =)

24 November 2011

Sepanjang Kembara Jejak Amal Eco Hunt 20-11-2011 (Ahad)

Tak terucap dek kata-kata. Pengalaman yang cukup indah. Dibawah nie, gambar-gambar yang sempat diambil, moga dapat menceritakan segala-galanya. Jom check it out ! 

Terima kasih tak terhingga kepada sukarelawan KOA Sungai Jang iaitu Ali, Naim, Aishah, Asmah, Nur dan Hasmarina di atas kerjasama memerah idea dan melakukan tugas dengan suka+rela. Moga ganjaran pahala menanti kita. =)


 Di kediaman MB Selangor, Seksyen 6 Shah Alam


Kumpulan peserta tiba di checkpoint: Membersihkan kawasan taman permainan

Kumpulan peserta kedua: Membersihkan kawasan dewan 

 Kumpulan peserta ketiga: Membersihkan tingkap surau

 Diantara sukarelawan daripada USIM

Membina tembok di tempak mengambil wuduk


Masyarakat orang Asli diraikan 






 Diantara sukarelawan daripada belajar membuat selempang, Aishah dan Asmah

 Nur mendekati anak-anak orang Asli

 Peace !
 Tekun nye..

 Ali bersama kanak-kanak lelaki orang Asli

 Line gelanggang sepak takraw telah siap. Jom main bola !!

 Gelagat Ali dan Naim bersama anak-anak orang Asli

 Asmah

Haliza dan Hasmarina, rajinnya..anak sapa la ni?  





 Dah penat main bola, kita minum. Seronok melihat mereka berkongsi air dalam barisan.



Hasmarina dan Naim

 Nur dan Naim












 Haiwan peliharaan yang sentiasa setia di sisi kami. Hehe

  Surau yang telah dibersihkan dan dikemas

 Tembok dah siap ! Air tak terpercik lagi

 Dewan dah bersih ! Lepas ni boleh belajar komputer



 Kepala paip dah pasang

 Sampah telah dikumpul


 Taman permainan dah bersih







 Jom main kapal terbang kertas















 Kami nak balik dah

Sebelum tu, bergambar bersama Tok Batin, kak Saba dan abg Iskandar