Follow me~

06 February 2013

Pembedahan Fibroadenoma

Assalamualaikum :)

Semalam pepagi lagi dah bertolak ke PPUKM. Appointment pembedahan pada hari Selasa bertarikh 5 Februari 2013. Gulp ! Sampai juga tarikhnya. Perasaan saat itu? Kadang2 rasa takut, kadang2 rasa berserah je. Tawakal. Semua adalah. Hehe.

Sampai kat Tingkat 2, Wad Jagaan Harian Surgeri, ramai yang dah menunggu. Rata2 semua pakcik dan makcik. Yang muda belia ada dalam dua orang tak silap aku, ada sorang gurl duduk sebelah aku. Aku tanyelah pada dia operate apa? Rupenya sama. Fibroadenoma juge. Huhu. Disebabkan dia sampai awal sikit dari aku, so dia masuk dewan bedah dulu. Lega..

Dalam pukul 10 lebih camtu, nurse dah panggil aku menunggu kat ruang dalam menuju ke dewan bedah. Datang seorang doktor, pakaikan syringe, tempat saluran masuk air kat tangan. Risau sakit, alhamdulillah biase je rasanya. Lepas tu, datang dua orang nurse suruh aku baring atas katil then dia tolak masuk ke Wad Bedah 2. Erkk. Time ni dah berdebar gila. Nak kena bedah. Ready ! Rupanya belum lagi. Aku just waiting kat situ. Tunggu gurl yang masuk before aku siap. Tunggu punye tunggu, nak tertidur pun ada, mengantuk. Sejuk, nak buang air rasa. Baju bedah bukannya tebal.

Tak lama lepas tu, gurl tu keluar. Ditolak dengan katil, gas oksigen ditekup di mulutnya. Aku dengar suara dia macam sakit. Erkk. Risau dah menular. Huhu. Datang seorang doktor, cakap nak masukkan aku dalam bilik bedah. Dia tolak sampai kat katil bedah. Aku bergerak ke katil tu. then dengan pantas, doktor tu pasangkan wayar2 apa entah, cek BP, tekup mulut aku dengan oksigen, last inject ubat bius. Mula2 ok, lama2 kepala sakit sangat, dada rasa sempit, dan aku tak tahu apa berlaku lepas tu.

Kemudian aku sedar, sedar2 mcm dekat wad. Aku dengar suara nurse. Aku kat mana? Aku kena tahan wad ke. Huhu. Mane mak? Aku cuba bukak mata. Tapi tak boleh. Kepala sakit. Aku terlelap semula. Rasa ok sikit, aku cuba gerakkan kaki, tangan. Then, nurse suruh aku bukak mata. Kalau tak, aku tak boleh balik. Aku cuba jugak. Kepala aku masih sakit. Sempat nampak jam, pukul 2.40 ptg. Nurse tolong turunkan aku letakkan di kerusi roda. Aku disorongkan di tempat menunggu. Mak dan abah datang. Kepala aku masih pening dan muntah-muntah. Rasa tak larat sangat sampailah jam 4.30. Aku gagahkan badan pergi tukar baju. Alhamdulillah ok sikit. Tunggu punya tunggu, pukul 6.30 baru discharge. Lama gila. Kepala aku sakit lagi, loya pun ada. Tapi aku cakap ok je. Taknak kena tahan di wad pulak. Huhu.

Hampir 3 jam juga aku dibedah. Lama betul. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kawasan dibedah, Alhamdulillah tak sakit,cuma rasa bengkak2 je. Jadi kesimpulannya, pembedahan tak perlu nak ditakutkan sangat. Sebab tak sedar langsung ketika dibedah. Tak tahu pun apa yang doktor buat. Hehe.

Now, taking rest kat rumah. Hujung minggu ni pulak nak balik kampung. Seminggu je lagi cuti, then nak bukak semester semula.

Rasa terharu dengan rakan2 yang ambil berat dan mendoakan kesihatan aku. Moga Allah merahmati kalian =)

1 comment:

Anonymous said...

hi saya nak bedah esok selalu dapat cuti berapa lama